Saturday, October 31, 2009

Kredit kad oh kredit kad,

Di dalam The Star hari ni ada menyiarkan tentang rasa tak puas hati agen2 kredit kad berkenaan langkah kerajaan untuk mengenakan rm 50 keatas setiap kredit kad mulai tahun depan. Pengumuman ini telah menyebabkan permohonan kredit kad baru merosot 80 %. Mereke mendakwa tindakan kerajaan ini akan mengundang kejadian yang lebih buruk kepada orang ramai seperti lebih terdedah kepada penyeluk saku kerana membawa wang tunai yang banyak. Pengeluar-pengeluar kredit kad yang telah lama mengaut keuntungan juga akan terkesan sama.

Mari kita lihat dari perspektif yang lebih baik, mengapa perlunya tindakan ini. Caj rm 50 keatas setiap kad akan mendorong orang ramai mengurangkan bilangan kad yang dimiliki. Cuba lihat di dalam dompet masing masing, berapakah bilangan kredit kad yang ada? Perlukah 5 atau 6 kad untuk seorang? Berapakah hutang yang ada sekarang? Adakah lebih besar daripada pendapatan bulanan? Berapa % kah bayaran setiap bulan berbanding jumlah hutang? Minima?

p/s sudah menampal jumlah hutang di dinding untuk tatapan setiap hari, tapi jumlahnya lambat sangat berkurang.

Friday, October 30, 2009

Betul ke tak ada?

Berikut adalah barang yang memang tak ada dalam rumah ana tapi orang tak percaya:
  • Mesin basuh -ana lebih suka basuh tangan, sambil sambil basuh boleh fikir banyak perkara, ia juga satu terapi.
  • Sofa lawa -yang ada hanya kerusi untuk urut kaki, kerusi untuk makan, orang datang duduk bawah je, pakai meja jepun harga rm 30.
  • Hiasan atau bunga -memang ana tak minat banyak barang, tolong jangan bagi bunga nanti masuk tong sampah.
  • Duit banyak- kais pagi makan pagi, duit memang untuk makan ja. Awal bulan dah habis bayar hutang.
  • Barang kemas- walaupun ana orang kelantan ana tak pernah beli emas untuk diri sendiri, yang pakai gelang sampai siku tu orang lain.

Lain lain sambung lain kali.

Tuesday, October 27, 2009

Blog vs Buku

Baru tahun ni ana terlibat dgn blog. Sebelum ni ana lebih banyak buang masa baca buku,lepak kat kedai buku, ada yang beli, ada yang baca di situ sampai habis. Tak habis sekali ,pergi lain kali sambung lagi,sambung lagi, sampai habis. Maklumla buku mahal mahal (konon konon)tak mampu beli.


Memandangkan sekarang ni kita dah nak hujung tahun, bulan 10 pun dah nak habis. Tiba masa jengok jengok resit buku yang dibeli. Senang nanti nak kira income tax, budget pun dah keluar. boleh la kira2 berapa kena tahun ni. Sedikit kecewa, kerana resit tahun ni tak sampai pun rm 200 berbanding tahun lepas rm 600. Beberapa buku lagi ada belum terbaca sebab sekarang sibuk baca blog.

Kunjungan ke kedai buku juga dah kurang, selalu ana suka ke kunikuniya klcc,mph great eastern atau kedai kedai buku jln tar. Sekarang pergi pun yang dekat dekat je, jusco,the mines, tapi tak lepak lelama. Beli pun yang bawah rm 40 ringgit je. Kalau lebih baca situ sampai habis.
Ada ke orang lain perangai macam ni ?

Sejak berblog ni juga,banyak masa buang depan skrin ni, yang pasti ana lebih banyak membaca dari menulis. Membaca tetiap hari, menulis kalau masa free. Ana tertanya tanya apa perkerjaan bujangsusah sebenarnya. Bagaimana dia boleh menulis begitu laju 2 atau 3 entry satu hari. Begitu juga blogger beruwang yang tak kering kering idea. Ana tak pandai berpuisi tapi heran bagaimana mamai mendapat ilham.Kalau nak pecah perut baca je blog
tijah pasti tidak mengecewakan. Ramai lagi blogger yang ana follow memasing ada stail sendiri. Cuma ana tak suka blog colour pink berbunga bunga,tak tau kenapa?

Monday, October 26, 2009

KLIA-LCCT

Tak pernah lagi menjejakkan kaki ke LCCT, last thurday ana ke sana, menghantar kakak ana,itu pun setelah landing kat KLIA dulu. Terminal LCCT ni terminal tambang murah Air Asia. Tahu dia wujud tapi tak pernah pergi. Pernah la naik Air Asia itu pun tahun 2004, lama dah tapi kat KLIA.
Tiket memang tulis terminal lcct, mati mati ana ingat kat klia, dengan confident pergi klia. Sampai sana makcik yang nak ana jumpa call " kat mana kami kat Mc D sekarang" . Cari cari mana ada Mc D sini. " Saya dah kat klia ni, mana nya." " Bukan klia ,sini, kat lcct. Keluar dari bangunan tu pergi tempat lain dekat kawasan tu juga." Alamak...

Terus tanya orang macam mana jalan ke terminal lcct, mula ingat nak pergi dgn kete. Pergi parking kemudian rasanya teksi lebih cepat. Kan tertinggal flight lagi haru. Terus dari balai berlepas ke tingkat tiga balai ketibaan. "lcct berapa?" "rm42" mak ai mahal nya. Tak jadi " Kalau u nak naik bas kat tingkat satu" . Undur beberapa langkah pikir pikir .... tak pa bukan selalu..Yang penting sampai.


Bayar rm 42.20 naik teksi dalam 10-15 minit sampai lcct, hangus rm42 tapi sampai cepat,sampai sana terus check in... flight delay tak jadi 1.40pm 2.20 pm.pula, geram betul kalau tau tadi naik bas je. Air asia memang begitu. lcct- klia naik bas bukan mahal pun 2 hinggit je sorang! Setiap 15 minit sekali !

moral of the story: jauh berjalan luas pandangan.

Saturday, October 24, 2009

Kursus dan Menguap

Hari ni ana ada kursus, tajuknya sudah membuat ana mengantuk,"Corporate governance and ethics: Strengthening Professionalism through ethics". Memang sah, sebelum break for tea jam 10.30 a.m ana dah menguap berpuluh kali. Jiran sebelah sebelah pun perasan. "Kenapa ni? kritikal sangat ke mengantuk? " " Ya .. memang kritikal, saya sibuk sehari dua ni." Ingat nak rest hari sabtu.. pepagi jam 8.00 dah sampai kat Bukit Jalil attend course.


Dari pagi break, sambung,(sambung menguap)lunch, sembahyang, sambung balik masuk dewan, sesi menguap pun bermula lagi, break, sambung course ( sambung menguap) hingga lah habis kul 4.30 pm. Ini lah kursus yang paling banyak menguap. Kira tak kira rasanya ada lah lebih 40 kali kut.


Tapi bukan ana sorang yang menguap Rice pun menguap



Jadi malam ni ana tidur awal...good night

Wednesday, October 21, 2009

Pokai


Kita pokai bila hujung bulan. Hari ni 21hb, bagi sesiapa yang bulan lepas dapat gaji awal sebelum raya memang haru sekarang. Tengah haru. Sapa ya tak haru, nak tunggu gaji lebih kurang seminggu lagi. Poket memasing dah kering. Sesapa yang dapat bonus hari raya hari tu memang bertuah. Tak payah pening pening. Bagi yang tak dapat bukan pening lagi, dah rebah dah.

Untuk raya tahun depan kena menabung dari sekarang,tapi tak sempat tahun depan tabung dah terbuka. Dedulu ada juga guna sistem sampul, insuran kereta, hari raya,mantainance,dll yang datang sekali setahun. Kumpul duit dalam sampul memasing. Bagaimanapun disiplin tu hanya bertahan beberapa bulan je, tak sampai setahun ada saja godaan datang. Ini mesti beli itu nak kena ada, hancur tabung. Sekarang berapa tinggal duit?

dua puluh ringgit je

Tuesday, October 20, 2009

Kita gotong royong

"mayang bawang tu .. mayang je"
"tumbuk, ....sapa suka menumbuk mari sini"
"gentel ni , gentel ...
"minum dulu....oiiiii"
Begitu la kejiranan ana bila bergotong royong. Ana memang suka join dia orang ni. Kalau tak pandai masak pun tak pa jadi tukang potong potong je. Selalunya bila hari raya taman ana akan bergotong royong masak, lepas tu gotong royong pula makan, lepas tu jangan lari.... gotong royong pula kemas.
Budget tak mahal,kutip duit dulu rm 10.00 satu family..
mak aiii, banyaknya aji kak

tumbuk yop...tumbuk

Monday, October 19, 2009

Mari kira hutang

Hutang? Sapa tak de hutang? Seorang jiran pernah berkata " orang gila je yang tak de hutang." betul juga kalau difikir-fikirkan pendapat dia tu. Mari kita kira hutang.

hutang mantainance xxx (lewat beberapa bulan)
hutang broadband xx (lewat sebulan)

hutang credit card xxxx (up to date)

hutang rumah xxx(up to date)

hutang dgn orang 0( nasib baik tak de)

Itu saja hutang yang ana ada.. Sejak 6 bulan lepas ana tidak lagi mempunyai credit card. Semuanya telah digunting satu persatu. Seksanya mempunyai kad kredit ni, tapi dikala susah nasib baik ada kad kredit.

Ana memula terjebak dengan kad kredit ni tahun 1997 gitu. Lama dah kan. Citibank, bank never sleep. Wah bagus betul motto dia. Dah banyak bank ni memungut duit kita , interes dia....tak sanggup kita. Rajin betul orang marketing dia, kerja asyik telefon je, offer tu offer ni, kalau kita telefon nak cancel kad, berkali kali dia orang call balik suruh fikir semula. Tak dapat no h/p dia telefon off, siap tinggal pesan berkali kali sampai orang off ingat ana ade hutang citibank tak bayar. Geram betul terus transfer balance ke maybank.

Maybank pula beberapa tahun pakai hutang tak habis habis, baru nak abis ade hutang baru, baru nak abis tambah lagi. Pbb ade bagi free annual fee transter ke pbb pula, ocbc ade bagi free juga annual fee untuk great eastern polisi holder,angkat juga, tak nak guna tak nak guna terguna juga.maybank tutup tinggal pbb dan ocbc, habis hutang ocbc tutup terus. potong pbb pula, sekarang tinggal hutang pbb je kad dah arwah.

Sesekali sekala ade juga ingat nak ambik kad balik tapi mengenangkan kata seorang kawan " tak mati pun aku tak ade kredit kad" terus niat tu padam. Bukan senang kan nak elak hutang, godaan selalu ada.

Tuesday, October 13, 2009

Dah tua kita..

Dah beberapa hari tak up date, busy memanjang sejak kebelakangan ni, balik rumah banyaknya rehat je. Weekend pergi ke PD, ada team building, dah lama tak main lompat lompat ni, dah tetua ni penatnya panjang. Ana tak pernah main paintball. Ini la pertama kali, sekali kena tembak, adoi sakitnya, lebamnya ni tak tau berapa hari nak baik,perit rasanya. Obstacle pun tak pernah buat, tengok khidmat negara buat macam senang je. Susah juga rupanya tapi nasib baik tak terjatuh dalam air. Ini la pertama kali juga masuk Eagle Ranch Resort ,PD. Pagi sabtunya pepagi lagi dah berkejar ke office bas tunggu pukul 7.30 pagi sapa lambat minta maaf kena tinggal. Sampai di Eagle Ranch dalam pukul 10.00 gitu. Punya la slow pakcik bas bawa. Balik dari PD esok petangnya hari mengundi, jammed poster di PD. Hari ni kerja, tak sempat rehat, balik kerja pukul 9.00 dah terlena,jaga kul 1.00 pagi sekarang jadi burung hantu.


Banyak lagi gambar tak sempat nak upload, tidur dulu esok kerja, nanti update kemudian. Dah tetua ni cepat penat.

Monday, October 5, 2009

Dimana dia..?

Masa bulan puasa hari tu tetiap hari kita makan kuih. Tak kira lah apa nama kuih tu, tepung pelita ke, onde onde ke, buah mulong ke, lompat tikam ke, cendul ke,kepek idong ke, butir nangka ke, semualah.. kuih muih yang berasaskan beras. Tepung beras tu kita beli kedai je yang dah siap paket. Sekarang semua dah dalam plastik, balik tuang je berapa banyak.

Zaman dedulu, mana ada beli kedai semua buat sendiri, masa ana kecil kecil dulu, petang petang bulan puasa. Tak ada la kerja lain. Nak lari tak boleh, kena buat juga ni, aktiviti mengisar tepung beras. " Rendam beras secupak" mak ana cakap. Secupak tu, dedulu mana ada kira kilo, cupak terus, banyak tu. Memang sah la nak buat kuih apa apa, nanti edar kan kat jiran jiran 5 buah rumah. Rendam dalam setengah jam,"Kisar ni sampai habis" maka aktiviti mengisar beras pun bermula. Masuk kan satu sudu.. kisar, masuk satu sudu.. kisar, tak boleh bebanyak terus nanti tepung jadi kasar,kuih tak cantik. Ni lah part yang menjemukan. sesambil mendengar radio,rtm je ada, juruhebah dulu glamour suara je, paling ana suka aziz singah, banyak berlakun drama radio dulu.

Bila dikisar, beras yang lembut rendam air tadi akan pecah pecah halus, turun ikut salurannya
jatuh dalam bekas yang ditadah. Tepung ni nanti baru dibuat kuih. Gigih orang delulu buat kuih, panjang prosesnya. Pewarna ada satu colour je, hijau daun pandan yang ditumbuk, tak macam sekarang pakai pewarna beli kedai. Balik raya hari tu ana cari cari dimana pengisar ni sekarang. Last sekali nampak beberapa tahun lepas,lama dah, dah jadi lapik tiang rumah. Raya hari tu tak ada pula.

Dah lama dilupakan pengisar ni, generasi sekarang pun tak kenal dah. Baru baru ni pergi beraya kat rumah jiran...... ini dia.......dia tiada lagi di department dapur.

:

:

:

:
saya dah berpindah department-landscaping

Sunday, October 4, 2009

Jangan Lari

Awal minggu lepas ana ada pergi beraya kat rumah kawan, dah telefon dah sehari sebelum. Ada rumah katanya. Esoknya, ana pergi, rumah apartment, kita tau ada orang ke tak kat dalam,bunyi suara anak anak ada dengar melalui tingkap. Ketuk ketuk pintu, tak ada yang jawab, salam tak de jawab, kuat lagi salam , tak juga jawab. Tapi bunyi bising bising kat dalam.
Lama tunggu, ingat nak balik dah. Tetiba anaknya buka pintu. Wah! ada.. tuan rumahnya, tengah santai tengok tv, "Kenapa tak buka pintu , dah lama bagi salam ni..." " La, kenapa tak telefon, sengaja aku tak mau buka pintu, ramai sangat bebudak datang nak raya. Aku dah pokai ni, entah dari taman memana datang sini". Lepas satu group, satu group datang "Patut la". Selalu cepat buka pintu bulan syawal ni lambat pula.

Ana bukan nak pergi makan ketupat lemang pun, saja nak kasi ni bawa dari kampung hari tu. Tapai beras. Orang Kelantan selain dari ketupat palas, tapai juga salah satu hidangan orang tetua. Zaman moden ni banyak orang pakai bekas plastik . Orang dedulu pakai daun getah je. kat kampung kan banyak pokok getah. Cucuk dengan lidi kelapa, lidi ambik dari pokok kelapa bukan ambil dari penyapu lidi kat dapur. Belakang rumah, depan rumah kan banyak pokok kelapa.

cara moden

cara tradisi
.......


Thursday, October 1, 2009

Jalan Jalan Lagi

Tak habis habis lagi cerita cuti raya, hari tu cutinya seminggu,melawat rumah sedara mara sana sini, maklum lah setahun sekali jumpa, update mana mana cerita yang perlu, makan makan, kenduri pun banyak, pendek kata makan, tidur, jalan, cuci pinggan tu je.. kerjanya. Bukan saja pantai, jeram pun pergi juga. Rumah kakak ana ni kan pendalaman, kawasan jeram tu tak la jauh sangat. Tak pernah sampai jeram ni, dipanggil juga Lata Beringin. Nun jauh dalam hutan, tak dimajukan, Katanya air terjunnya tinggi 120 m tapi pergi separuh jalan tak boleh masuk kereta dah,jalan terputus ,tanah dah lama runtuh, tak de satu pihak pun usaha nak baik pulih. Parking susah tempat sempit.

tempat cetek
Memandangkan ana ni driver, tak banyak gambar ada. Sampai je, tunggu apa lagi terus terjun
Memula mandi tempat cetek, maklum la bawa budak budak ramai, rasa tak best,last sekali nak cuba tempat air laju, akhirnya hanyut dibawa air. Kuasa air terjun ni kuat, tambah pula badan sekeping,memang hanyut betul, tertelan air satu, dua, tiga, empat teguk, timbul,hanyut lagi,satu, dua, tiga, empat teguk lagi, timbul, nasib baik sangkut di batu batu, hari ni dah seminggu tapi kesan biru biru dan bengkak terkena batu-batu masih ada kat badan. Nak tarik seat belt pun sakit. Malu kat budak budak semua, tetua pun lemas lagi. Ada yang gelak bila ana terbatuk batuk.

tempat cetek

tempat cetek

Tempat dalam.............. terus tenggelam....

.