Tuesday, March 30, 2010

Kenal dan dikenali

Dulu masa mula menulis blog daun terfikir perlu ke meletak gambar di sini? Setelah membaca banyak blog, didapati ada 3 jenis pengenalan diri yang mereka tampilkan.
  • Ada orang suka dikenali. Terus letak gambar, tak kira gambar sendiri atau family, kalau jumpa tengah jalan gerenti kenal, wah glamor gitu,  pergi mana mana mesti cam, mudah urusan, kalau yang ada bisnes memang elok sangat letak gambar macam ni, makin cepat berkembang bisnes, orang akan kenal secara online dulu, lebih memudahkan.
  • Ada orang mahu dikenali separuh je. Kalau letak gambar mesti yang tak nampak kepala, nampak kaki dan tangan je, kalau tidak pun letak gambar orang lain yang berdekatan, gambar tuan punya blog tak termasuk. Orang macam ni pemalu.
  • Langsung tak ada gambar. Tak mahu dikenali,suka menyorok, suka duduk di belakang, telinga mendengar, mata memandang, ada masa menyelinap mana mana ruang, jahat kan, orang berwatak jahat tu memang ada iras iras daun. Orang yang tak mahu menonjol diri. . Pemalu. boleh belah, 


Kenapa tak mahu dikenali?
  • Takut dikutuk
  • Lebih bebas menulis kalau orang tak nampak muka. he he
  • Apa lagi aaa? opp masa dah tamat.


Saturday, March 27, 2010

Pergi Lagi

Petang tadi sekali lagi daun  menyibukkan diri di PWTC, perginya tak lama terus ke dewan dua mencari buku yang tak jumpa hari isnin lepas. Hari ini orang sangat ramai, maklum hari ini cuti dan esok pula hari terakhir. Malas nak berasak asak, tanpa toleh kiri kanan terus pergi ke gerai yang berkenaan. Sebelum itu sempat juga singgah ke gerai Kementerian Dalam Negeri yang tak sempat daun ambil gambar isnin lepas.

Sembang sikit sikit dengan pegawai bertugas yang peramah tu minta kebenaran ambil gambar.


katanya jangan beli ayat ayat Al Quran yang ditulis di kulit kulit binatang, dikhuatiri disembelih tidak mengikut peraturan dan lebih kepada keperluan perniagaan sahaja. Juga yang salah baris atau ejaan,mana kita tau kan, kita tak pandai bahasa arab.

 Antara Al Quran yang dirampas kerana ada kesalahan kesalahan tertentu


pinggan pinggan dan bekas makanan ynag dicetak ayat Al Quran, juga di rampas bimbang dibeli oleh orang bukan islam dan diguna dengan tujuan yang salah

ramai antara kita tidak fasih bahasa arab dan tidak tahu ada kesalahan di dalam Al Quran di kedai, sila pastikan ada cop sebegini sebagai tanda sah kandungannya betul 100%


buku yang telah diharamkan tetapi masih banyak di pasaran, diharamkan kerana menimbulkan keraguan di kalangan pembaca. Sila jangan beli buku ini. Banyak lagi buku buku yang diharamkan termasuklah buku buku berunsur lucah yang melambak di pasaran. Buang masa je ambil gambar buku buku tak bermoral tu.

Lepas ambil gambar gambar ni terus ke gerai berkenaan untuk membeli buku Ustaz Nooli, ustaz yang selalu daun dengar suaranya di radio dan membaca bukunya. Alhamdulillah ustaz ada hari ini, daun membawa buku lama ustaz dan bertanya itu ini begitu begini, terima kasih ustaz dengan tunjuk ajar, semoga dimurahkan rezeki dan menulis banyak buku lagi, daun budget ngam ngam je rm untuk beli buku buku ustaz, semoga pelaburan ni membawa kebaikan.  Sempat juga ustaz autograf.

terima kasih sekali lagi ustaz

Lepas tu daun terus balik tanpa toleh lain lain gerai lagi. Terus menuju parking. Duit dah habis.

Friday, March 26, 2010

Siapa suka menunggu?

Hampir setiap hari pagi pagi lagi telinga daun akan mendengar orang mengutuk ktm, seorang pengguna kenderaan awam di office daun tak jemu jemu mengutuk ktm tetapi setiap hari menggunakan kemudahan awam itu. Kalau lah daun ada kuasa magic dah tentu daun zip mulutnya. Kutuk kutuk pun masih juga menggunakannya setiap hari.

Sebagai seorang yang jarang sekali menggunakan kenderaan awam, baik teksi,bas atau lrt, daun tak dapat nak menyokong rungutannya, penat juga mendengar perkara yang sama setiap hari. Mengapa tidak mengambil altenative lain? Seseorang yang ingin menggunakan kenderaan awam haruslah mempunyai sifat sifat murni seperti:
  • Penyabar. Sabar menunggu, sejam dua jam atau tiga jam jika bas atau lrt lambat datang atau rosak tanpa menyumpah nyumpah.
  • Berdaya tahan. Rela menahan hidung menghidu bermacam macam jenis bau semasa berasak asak di tempat yang sempit.
  • Mengutamakan orang lain. Memberi laluan kepada mereka yang bersungguh sungguh menolak dari belakang.
  • Hormati orang yang tak berupaya. Sanggup memberi tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan.
  • Tertib. Beratur mengikut giliran di pintu masuk.
Jika tiada 5 perkara di atas sila menaiki kenderaan sendiri dan di larang memekakkan telinga orang lain setiap pagi.

Wednesday, March 24, 2010

Terima kasih cikgu

KLcitizen a.k.a Cikgu dah beberapa hari memberi award ni pada daun, bagaimanapun daun tak berkesempatan nak menjawab, minta maaf la cikgu, daun hanya membaca blog cikgu di google reader, nak beri komen memang susah, broadband daun cap ayam, dah tukar dari rm 68 ke rm 98 pun macam tak ada beza je. Setiap kali masuk blog cikgu tiba tiba skrin jadi kejung, keras di situ, kebanyakan yang daun komen adalah blog yang senang dan ringan untuk broadband daun. Tak apa la baca tanpa komen blog cikgu pun banyak juga info yang daun dapat.

Memandangkan soalannya tak ada la susah sangat maka daun sudi menjawab.


Syarat-syarat award yang diberikan.

1. Ucapan terima kasih untuk pemberi award serta link mereka seperti di atas.

Maka daun sudah link cikgu.

2. Award dipanjangkan untuk 15 yang lain.

Ramai tu cikgu, tapi tak ada masalah, tak kisah la mereka dah pernah dapat ke belum daun belasah je masuk nama mereka ni.

  1. mamai
  2. tijah
  3. hantu makan
  4. tasekm
  5. finaz
  6. sahrom
  7. yb
  8. che pit
  9. blue
  10. jmr
  11. sg kasai
  12. hans
  13. al lavendari
  14. sha
  15. pak man
Mereka ini semua rajin up date dan daun rajin baca.

3. Tujuh perkara tentang diri saya.

Ini soalan paling senang cikgu, sila percaya 100 %
  1. pendek
  2. suka membaca tapi tak pandai ayat
  3. suka menolong orang baik baik dan ingin menjadi baik
  4. nampak garang ( sila berjaga jaga)
  5. tidak suka binatang peliharaan seperti kucing, burung dll
  6. geli melihat orang manja dan kemanjaan ( sila percaya 200%)
  7. sekarang ala ala insaf
Itu saja soalannya cikgu, ingat sampai 10. Sekejab dah siap. Tolong bagi markah cikgu. Terima kasih banyak.

Tuesday, March 23, 2010

Book Fair, Apa ada?

Isnin daun cuti, tujuannya nak merayau ke book fair di pwtc, tahun ni lebih banyak booth dibuka. Sengaja pergi selepas cuti sekolah habis konon tak nak berebut dengan cikgu cikgu dan student semua. Masuk jam 11.20 pagi keluar jam 2.15, kira lama la juga itu menapak satu booth ke satu booth. Itu pun kira tak nak balik lagi tapi memandangkan ada agenda lain pula terpaksa la balik dulu.

Apa ada di sana?
  • Mesti la buku, beribu ribu buku ada di sana. Siapa yang nak pergi sila lah tarikh tutup 28 hb ni. Bermacam macam buku ada, dari buku kanak kanak hingga la buku orang orang tua. Semua kedai ada diskaun, jangan malu malu nak tawar menawar, kat kedai memang tak dapat harga ni.
  • Sekumpulan orang orang bertauliah dari Linguaphone, tugas mereka menyekat semua orang yang lalu lalang sambil bertanyakan soalan sama " Kak, anak umur berapa? kami ada tawaran istimewa." Sepanjang daun di situ ada la lebih 10 orang tanya soalan itu, mereka ada di mana mana. Kalau ya pun jangan la melampau sangat orang nak berjalan pun susah.
  • Sessi bertemu penulis, sempat juga daun jumpa Fatini Yaacob, penulis buku Natrah yang baru di pasaran tu, sungguh bersemangat dia bercerita, kagum dengan semangat dia. Bukan senang menulis buku tebal sebegini.
  • Booth yang berkaitan dengan buku seperti Kementerian dalam negeri, bahagian penerbitan, mereka ada contoh buku buku yang dilarang dijual di pasaran, di letakkan dalam cermin, tengok je tak boleh pegang, daun pula tak ambil gambar, maklum handphone tak ada kamera. Pegawai tu cakap boleh lihat senarai tu dalam website mereka. Antara yang dilarang ialah buku mengenai sembahyang yang kulinya ada gambar orang sembahyang sambil kepit Al Quran di ketiak, daun tengok masih banyak dijual di kedai kedai, ditarik kerana boleh mengelirukan orang ramai kerana negera kita mengamalkan Mazhab Shafei. Juga Al Quran yang tak betul cetakannya, kalau nak beli sila pastikan ada cop dikulit dalamnya. Juga tak ambil gambar, handphone kan tak ada kamera.
  • Kedai minum dan makan, maklum booth tersangat banyak kita tentu dahaga nak menjelajah semua dewan. Masuk dewan ke dua dah penat, mengah. Tolong jangan pakai kasut tinggi.
  • Cenderamata? Eh mestiah ada.

Habis apa yang dibeli? Merayap lama lama tak sah kalau tak angkat sebiji. Memandangkan budget untuk beli buku hanya rm 50 je, maklum nak nak hujung bulan ni rupiahnya kurang. Lagipun buku kat rumah bertimbun ada beberapa biji belum habis habis lagi baca. Maka daun hanya beli buku ni.

  • Hakikat kehidupan duniawi oleh Harun Yahya rm 45 rm 40 , kisah kebenaran tentang kehidupan manusia, pernah baca buku dia sebelum ni, berat olahannya tak kan habis dalam masa seminggu.
  • Travelog Dakwah oleh Mohd Kamil Ibrahim, rm 18 rm 15, kisah pengalaman dia sendiri, berubah dari orang yang tak tahu kepada tahu, pernah baca buku pertama dia, tidak ada unsur riak, bagus untuk orang yang ala ala nak insaf.

Setelah merayau hampir 3 jam tentulah letih dan lapar kan, semalam daun tak masak cuma singgah kg baru, sesekali kena ayam kg bagus juga. Bungkus je, nasi separuh, ayam kampung goreng, sayur kegemaran dah habis, taugeh pun jadi lah, daging cincang, sambal sikit, rm 6.50, ini menu Kelantan.


sebelum kejadian

selepas kejadian

Sunday, March 21, 2010

Tabiat

Kita kadang kadang tidak sedar kita mempunyai satu tabiat sehingga orang lain memberitahu. Ada juga tabiat yang kita sedar tapi kita tak mampu mengubahnya atau tidak mahu mencuba mengubahnya. Daun mempunyai satu tabiat dan sedang cuba untuk mengubahnya. Ini selalu berlaku jika boss bertanyakan soalan, maka dengan sendiri tangan daun akan mengaru garu kepala sambil menjawab.

Obama pun sama

Daun ada perhatikan tabiat tabiat orang lain antaranya:
  • Mengigit kuku. Ini berlaku bila mereka menonton tv atau leka membuat sesuatu, mereka akan mengigit kuku, semua sepuluh jari digigitnya menyebabkan kuku tak cantik, menjadi terlalu pendek dan nampak kontot semacam.
  • Mengoyang goyangkan kaki. Berlaku di mana mana dan bila bila masa, waktu duduk, berdiri, baring, memandu,  masa interview pun, pendek kata 24 jam.
  • Memegang hidung dan kening. Ini paling ramai dan paling ketara. Di kalangan orang politik malaysia daun tak dapat kesan seorangpun tapi di kalangan artis seperti M Nasir, Mawi dan Adlin Aman Ramli, walaupun daun bukan peminat mereka tapi selalu nampak di tv.
  • Melatah. Ohhh.. ini tabiat yang paling susah kita nak ubahnya. Menggalakkannya memang senang. Melatah bukan sahaja di kalangan orang orang tua, orang orang muda pun ada yang sengaja cuba nak menjadikannya tabiat. Kalau melatah sebut yang baik tak apa. Sebut yang tak patut kita pun malu nak mendengar.
  • Mengenyit mata. Ohh ini juga bahaya. Orang akan tersalah tafsir nanti. Sesiapa yang ada tabiat ni segeralah mengambil langkah drastik, segera sila hentikan!
Banyak lagi tabiat kita cuma yang paling biasa adalah seperti di atas, ada juga yang tak sanggup ditulis di sini tapi rasanya masing masing sedar cuma tidak mahu mengubahnya. 

Thursday, March 18, 2010

Lama tak jumpa

Tadi daun berjumpa seorang kawan, dah bertahun tak jumpa, kami terserempak di ym beberapa bulan lepas, selalu orang jumpa kawan di facebook. Dia pun terkejut, daun ada simpan addressnya masa zaman chatting muda muda dulu. Beberapa bulan ym akhirnya berjumpa sambil makan makan, daun sorang yang makan dia kata dia dah kenyang. Bagus juga, jangan makan kalau kita dah kenyang, he he.


Banyak soal jawab, itu ini begitu begini, kisah hidup yang tak sunyi dari ranjau dan duri, cehhhhh. macam drama tv pula. Dia suruh daun tulis di blog mengenai perkahwinan yang membosankan. Daun mati idea, kalau daun mula tulis bermakna daun menjadi macam maimunah di celah celah kehidupan dalam mingguan malaysia tu.  Menulis mengenai cerita kehidupan orang yang kecewa, marah, serba salah, terperangkap dan macam macam ciri negatif lagi.

Kisah rumahtangga ada masa baik kita jangan campur tangan, biar mereka sendiri selesaikan. Seorang kawan pernah berkata, hidup berumahtangga ibarat untung batu dan sabut, kalau untung batu tenggelam dan tak timbul timbul lagi. Kalau untung sabut timbul, nasib kita baik. Masalahnya sekarang bukan semua orang untung sabut.

Wednesday, March 17, 2010

Kosong

Kadang kala otak kita beku,.
Kosong, sekosong kosongnya.
Tak ada apa yang nak difikirkan.
Tiada masalah.
Tiada soalan.
Tiada jawapan.
Kita pun jadi layu.
Lepak saja sepanjang hari.

Sunday, March 14, 2010

Pantang

Setiap orang ada kegemaran masing masing, ada orang pantang letak depan semua langsai, tak kisah apapun dia tiada soalan, yang tinggal pinggan. Bersih. Ada orang memilih, itu tak mahu makan, ini tak boleh, itu pantang, ini pantang jumpa. Ada juga orang makan mengikut waktu, ini boleh makan siang saja, malam tak boleh. Diet. Perkataan diet adalah perkataan yang daun tak suka sebab kebanyakan orang hanya bercakap di mulut tetapi tidak benar benar diet.

pantang

Nasi lemak adalah antara makanan yang daun pantang di waktu pagi, bukan kerana diet tetapi daun alah pada cili. Kadang kadang terpaksa juga makan untuk menghormati orang lain tetapi hanya mengambil nasi dan telur sahaja. Ada masa penat juga nak menerangkan kepada orang supaya faham kerana orang akan kata " eh, anak aku 5 tahun pun boleh makan, kau dah tua tak tahan pedas?" Konflik ada di situ. Lebih baik kita diam dari mencipta perang.
pantang
Ini juga antara pantang daun di waktu pagi, petang, siang, malam, daun alah pada susu bercampur teh atau kopi, daun hanya minum teh 'o' atau air kosong. Itu kan jimat kos kalau ada orang nak belanja.  Kah kah kah. Dua contoh dia atas adalah kegemaran atau kemestian kebanyakan orang. Kalau sehari tak kena nasi lemah atau teh tarik mereka tak boleh duduk. Itu kata mereka.

"Kalau nasi lemah teh tarik kau pantang, pagi pagi kau makan apa?" Ramai juga orang bertanya.


Isnin sampai jumaat karipap kentang

sabtu ahad karipap kentang juga tapi lain kedai

"Boringnya hidup kau"

Friday, March 12, 2010

Gila

Gila ada banyak jenis gila, kadang kadang kita tak terfikir gila ni ada macam macam jenis dan kelasnya yang tersendiri.
  • Gila bola. Orang yang gila bola ni sanggup ponteng kerja, ponteng kelas, ponteng temujanji semata mata nak melekat depan tv tengok bola. Sanggup bangun tengah malam, minum kopi 5 cawan, makan kacang bertaburan. Semuanya kerana nak melihat gol, sebagai seorang yang bukan minat bola daun tak faham di mana sengatnya tengok bola ni.
  • Gila perempuan. Ohh...  ini lagi ramai, tak kira lah yang bujang ke yang kahwin ke, kalau dia dah ada penyakit ini memang susah diubati. Apa macam carapun kita cuba dia masih macam tu juga, tak nak berubah, pantang tengok perempuan lalu mesti nak toleh, lepas toleh cuba nak mengayat, nak berkawan, nak bercinta, seterusnya dan seterusnya.
  • Gila burung, Ini selalunya berlaku pada golongan tua tua sikit, pula ada kawasan, kalau duduk rumah flat memang tak sesuai gila ni. Gila bela burung banyak banyak, beli sangkar burung yang mahal mahal, burung pun mahal mahal juga. Bangun pagi je jengok burung dulu, bagi air bagi makan, suap makan pula sebiji sebiji, kalau ada 20 ekor burung, 20 ekor nak kena bagi makan pagi petang, kena belai belai, cuci sangkar, tiru suara,oh tidak...

  • Gila kereta. Ini gila menghabiskan duit. Pantang dapat gaji ke kedai accessories, sanggup berjam jam membelek itu ini, habis belek kedai A pergi kedai B, semua nak yang latest, sport rim, radio, kusyen. Enjin nak paling baik, warna nak paling cantik, sanggup buat loan nak cantikkan kereta. Tukar itu tukar ini, hari hari kilat, hari hari gosok.
  • Gila judi. Ini lagi parah, bukan setakat duit hilang, hutang keliling pinggang, gelang boleh gadai, kereta boleh jual, rumahtangga boleh hancur, semua musnah. Kalau tak dapat main judi tak senang duduk, giannya semacam. Orang macam ni tak ada fikiran. Kesian mereka.
  • Gila internet. Siapa mereka? daun, kita dan kita semua. Satu hari berjam jam mengadap pc, konon busy pun sempat lagi melawat lawat kawasan. Jengok sana jengok sini, bukan dapat apa pun semua sekadar hiburan, mengacau blog orang, lepas tu gelak sorang sorang, nak harap kan nuffnung, seringgit pun belum cecah. Apapun nasib baik ada internet, banyak gunanya.

Thursday, March 11, 2010

Password

Kehidupan di zaman moden ini tidak boleh lari dari menggunakan password, pc di office, nak memulakan kerja mesti menggunakan password, tengahari ke atm untuk mengeluarkan duit juga perlu pin number, itu juga password, mengacau kawan kawan di facebook juga memerlukan password, merapu di blog juga perlu password, di mana mana kita perlukan password. Membayar bil di maybank2u juga memerlukan password, membaca email sampah dari kawan kawan juga perlu password.

Kalau di kira kita perlu mengingati begitu banyak passward untuk berbagai kegunaan. Ada juga orang suka menggunakan password yang sama untuk semua aktivitinya atau menggunakan pin number yang sama untuk semua atm yang dia ada. Daun jarang sekali menyemak facebook, sesekali menyemak terpaksa menukar password baru. Semakin jarang kita menggunakannya semakin kita lupa. Password e -filing income tax contohnya, kita hanya menggunakannya hanya setahun sekali, setiap tahun daun menukar password yang baru.

Berapa banyak yang kena kita ingat? Salah satu password yang daun pernah guna ialah "lupa password ke? "

Tuesday, March 9, 2010

Bila kemalasan melanda

Adakalanya kita didatangi penyakit malas, maka apa yang akan jadi ialah:
jam 9.30 malam tidur...lepas tu terjaga sekejab

sekejab lagi tidur lagi

tak larat nak mengadap buku

apa lagi mencuci baju

atau gosok baju


semua esok la...

Monday, March 8, 2010

Betul ke laju?

Setelah dekat setahun daun pakai broadband celcom yang rm 68 hinggit ni, tak tahan dengan kelajuan siputnya maka hari ini daun telah up grade kepada yang rm 98. Kata mereka ini jauh lebih laju. "Kami ada dua saja  yang 68 dan 98". Orang kaunter yang tersenyum dangan baju biru itu memberitahu. OK la daun akan cuba ini sebulan, kalau masih bergerak macam siput juga daun akan cari altenative lain.

Mungkin juga pada masa itu logo celcom patut di tukar
yang lama

yang baru

Sunday, March 7, 2010

Panas panas panas

Cuaca yang panas sekarang memang menyebabkan kita rimas berada dalam rumah, tambah tambah rumah yang tak mampu nak beli air cond macam rumah daun ni. Kipas yang berpusing itu cuma memutarkan udara panas yang sama sahaja. Pusing pusing kat situ juga. Cuaca panas ini ada baik dan ada buruknya, ada orang bertambah rezekinya di musim panas dan ada orang semakin buruk nasibnya di musim ini. Antara orang yang bernasib baik di musim ini ialah
  • Penjual air di tepi jalan, lakunya kedai air tebu dan air kelapa, kalau lalu depan mereka di waktu tengahari mesti rasa nak berhenti beli. Tentunya sejuk tekak kita sekejab selepas habis segelas.
  • Kedai kipas, kedai air cond sekarang makin kembong poket mereka. Kalau kita datang setakat nak beli lampu rm 4.50 tu memang la lambat dilayan.
  • Kedai accessories kereta juga laku, mana ada orang boleh tahan kereta tak ada air cond musim sekarang, nanti mandi peluh, cermin pun kalau boleh nak tinted 100 %.
  • Kedai gunting rambut pun laku, rimas la berambut panjang sekarang, boleh tak nak potong ala ala tentera baru lapur diri.
  • Agak agaknya tokeh baju pagoda pun kaya sekarang, musim panas ni orang selesa pakai baju pagoda saja, tak kisahla cap menara teluk intan pun boleh kalau tak ada yang mahal.
Walaupun lewat petang tadi sudah hujan sekejab tetapi bahang panas masih terasa hingga ke malam, elok daun pergi buka peti ais tengok apa yang ada untuk basahkan tekak sikit.

Saturday, March 6, 2010

Mata dan cermin mata

Apabila kita mula menyalahkan wiper kereta kerana tak bersih mencuci cermin yang menyebabkan kita nampak tak jelas signboard di depan, maka itu tandanya mata kita dah kabur. Juga apabila kita menyalahkan antena tv kerana tak nampak jelas tulisan di tv, itu juga tanda mata kita dah kabur. Semenjak mula menjadi warga tua ni, penglihatan pun mula kelabu, cahaya lampu menjadi pecah, gambar yang jelas nampak terbayang bayang. Itu tanda tanda kita rabun. Sila lah ke kedai cermin mata.
Daun mula mengenali cermin mata sejak beberapa tahun lepas. Pakai pun masa memandu malam saja. Kemudian rabun itu berlaku pula waktu siang, bila pergi kursus atau berada di bilik yang memerlukan kita memabaca tulisan yang kecik yang jauh di depan, terpaksa pakai walaupun confirm nampak 10 tahun lebih tua. Daun mula mengenali apa itu multicoated lenses.

Memakai cermin mata untuk rabun jauh tak sesuai untuk orang yang suka membaca buku. Cermin mata ini perlu di bawa kemana mana dalam beg, pakai bila perlu sahaja dan pernah juga tercicir. Hangus duit lagi kalau buat yang baru. Untuk melihat yang dekat lebih sesuai tanpa cermin mata, ini menyebabkan kita tak selesa untuk menulis dan melihat white board yang jauh di depan silih berganti. Sekejab buka sekejab pakai, tak pun mengangkat sedikit cermin untuk melihat ke bawah atau menunduk untuk melihat jarak dekat.

Penat dengan aktiviti ini kita perlukan multifocal lenses, boleh tengok jauh dan dekat sekali gus tanpa buka cermin mata. Duit mesti tambahlah. Orang kedai memang akan kempen kita dari harga tinggi hingga harga rendah, dia akan pakej seperti agen insuran menjual insuran kepada pelanggannya. Apa yang boleh dimasuk dalam quatation dia akan masukkan termasuklah accident death benefit yang memang sah sah bukan kita yang dapat.

Memilih cermin dan frame memakan masa berjam juga, tambah tambah orang yang cerewet, nak kena cari yang sesuai dengan bentuk muka dan duit dalam poket. Bentuk saloma ni memang tak sesuai dengan daun.





Wednesday, March 3, 2010

Sabar, Sikit saja lagi

Bukan senang nak habiskan hutang, buat hutang memang senang. Langkah menghabis hutang kredit kad daun dah bermula beberapa tahun lepas, sikit lagi, tinggal sikit lagi. Tak sabar nak tengok jumlah dia kosong. Selagi ada kad selagi itu kita cuba guna. Membayar jumlah yang minima bermakna hutang kita memang tak bergerak. Hutang seolah olah tak dibayar. Selagi ada kad selagi tu juga kita kata sekali ni je guna, sekali ni je guna. Akhirnya langkah untuk menghapuskan hutang ni berlanjutan hingga bertahun tahun. Jadi tahun lepas daun telah:
  • Mengumpulkan semua kad (ada 2 kad)
  • Pilih yang mana paling sikit hutang, gunting tanpa ragu ragu.
  • Bayar hutang kad yang telah digunting semaksima mungkin setiap bulan.
  • Bila kad yang telah digunting itu habis dibayar, pergi bank tutup akaun. Habis satu cerita.
  • Gunting kad kedua tanpa ragu ragu, tak perlu pejam mata masa gunting ini.
  • Bayar hutang kad kedua ini semaksima mungkin setiap bulan sehingga habis.
  • Jangan tergoda dengan mana mana pujuk rayu untuk mengambil kad baru walaupun hadiahnya teddy bear.
  • Jangan mengamalkan sikap  "nak tolong kawan" bila kawan kita datang promote kad baru.
  • Menampal jumlah hutang besar besar di dinding rumah sebagai motivasi untuk mengecilkan jumlah itu secepat mungkin.
  • Membayar hutang secepat mungkin sebelum due date untuk mengelak interest melambung.
  • Jangan malu malu bercerita tentang jumlah hutang dan progress payment kepada kawan kawan sebagai motivasi.
Daun telah melalui semua langkah di atas dan menunggu beberapa bulan lagi untuk menghabiskan hutang. Langkah terakhir ialah menutup akaun kad terakhir.

Sabar sabar, sikit saja lagi dan setiap kali melintasi bangunan ini daun teringat daun ada hutang dengan dia. Bank yang teguh ini telah banyak mengutip interest dan rasanya tak sanggup lagi menyumbang

dan hutang kita menyumbang profit kepadanya seperti di sini.

Mari berangan angan

Bayangkan kalau kita ada duit berjuta juta macam ni


tidur atas duit


dalam almari ada duit


dalam stor ada duit


dalam beg ada duit

tapi itu semua bukan duit kita
itu duit raja dadah colombia
duit tak halal

dan ini


ini memang duit kita

tebal kertas hutang dari duit