Saturday, February 27, 2010

Bila marah

Seorang ustaz pernah memberitahu apabila kita berada dalam keadaan marah, kita boleh redakan kemarahan itu dengan menyebut perkataan 'senyum, senyum, senyum' berkali kali. Maka dengan sendirinya mulut kita akan tersenyum dan amarah itu hilang. Memang adat kita tak dapat lari dari merasa marah, geram dan sakit hati. Bagaimanapun kita tak dapat melemparkan rasa marah itu dalam sekelip mata. Untuk mengalihkan rasa marah ini juga memerlukan kecepatan kita teringat kepada cara meredakannya.

Senyum, senyum, senyum sebut berkali kali. Tak kisah lah senyum kambing pun boleh.


Keadaan sekarang yang panas ni juga boleh meningkatkan darjah kemarahan itu, bayangkan yang sejuk, abc contohnya, daun baru menghabiskan semangkuk abc tadi.
Jika rasa marah itu masih bermain main di kepala, duduk bawah kipas dan bayangkan waterfall. Sejuk sikit rasa


Adat berblog kadang kadang kita didatangi oleh komen yang tidak dijangka. Kita pula tidak tercapai tangan nak bagi penampar. Mungkin juga kekurangan datang dari kita, sikap jujur kita menyebabkan mereka lupa adat bertandang di rumah orang. Semoga diampunkan dosanya. N3 sebelum ini terpaksa ditarik balik untuk kesejahteraan semua.

Thursday, February 25, 2010

Bila mahu berhenti?

Di office daun ada seorang otai yang akan bersara tahun ini, dia ni banyak pengalaman hidup dan tak henti henti menceritakan berulang ulang kali. Tanya apa saja dia suka bercerita, dulu masa dia mula mula kerja  tahun 70 an gaji ciput saja tapi cukup. Dulu taraf hidup tak macam sekarang, barang murah, pergi kerja pun naik bas je, jalan raya pun lengang. Bagaimanapun pengalaman yang menarik yang dia pernah kongsi ialah bagaimana dia berjaya berhenti merokok lebih kurang 9 tahun lepas.

Dia adalah perokok tegar dan kuat minum, dia kata fenomena ini biasa. Otai ni seorang India. Satu ketika dia pergi jumpa doktor buat check up, doktor memang terkejut biawak melihat lapuran paru parunya. Tanya itu ini begitu begini,

" Berapa batang rokok u hisap sehari? "
" 40 sticks"

hangus paru paru tu

Itu jam juga doktor sembur dia, " u kena ubah u punya lifestyle, kalau tidak baik mati je. " Wah keras betul teguran doktor tu tapi sedikit pun tidak mengubah tabiatnya. Bayangkan dengan 40 batang sehari betapa hitam paru paru dia tapi dia tetap otai. Hingga lah satu hari  semasa dia berseorangan di rumah, dia terjumpa surat yang ditulis oleh satu satunya anak dia yang berusia 8 tahun di atas meja, surat itu berbunyi:

Papa,
Please stop smoking and drinking, I love u very much, I don't want u to die very young.

Pada ketika itu juga airmatanya bercucuran jatuh. Hati kerasnya tiba tiba cair. Setelah 29 tahun merokok akhirnya dia menemui turning point. Dia mula benci rokok, tanpa rokok dia lebihkan masa untuk bersenam dan lebih sihat. Memang susah untuk berhenti merokok tapi kata otai ini kalau hati sudah bulat apa pun boleh jadi. This is between u and yourself. Kita tentukan apa yang kita nak. Betul kata dia. Setuju.

Wednesday, February 24, 2010

Tolonglah

Setiap hari bila daun melalui Besraya untuk ke office, kawasan yang paling sesak ialah selepas Sg Besi, maka di sini bermula la upacara selit menyelit, yang kiri nak ke kanan,yang kanan nak ke kiri. Daun mewakili penunggang motor ingin memohon kerjasama para pemandu semua supaya:
  • Memberi signal sebelum menukar lane, ini tetiba je potong depan, kasihan orang yang bermotor ni terpaksa membrek hingga terhoyong hayang kiri kanan. Itupun kadang kadang punggung mengelunsur ke depan dan terjatuh. Kasihan mereka.
  • Sila pastikan lampu brek belakang berfungsi, tiba tiba je berhenti, orang belakang tak sempat mengelak terpaksa sondol. Ini daun pernah kena kereta sondol kereta, kita dah tekan brek habis sampai stering pun macam nak tercabut menahan tapi gagal, kena juga. Kita juga yang merana membayar.
  • Pemilik kereka Myvi, mungkin tak sedar side mirror dia sangat besar, tak tau la siapa yang design ni, memang tak sesuai dengan badan, side mirror merc pun tak sebesar ni. Memang menganggu penunggang motor yang lalu celah celah. Tolong ke tepi sikit. Kapcai nak lalu.
  • Bas Metro ni selalu kacau, saja la dia hon kuat kuat bila potong kita, mentang la badan dia besar, pula asap bukan bersih, hitam arang. Kalau nak ambil side tu bukan ingat orang belakang terus libas gitu je kalau tak mengelak memang kena.
  • Teksi pun sama, suka sangat potong lepas tu berhenti depan tiba tiba, dia ingat semua orang ada 4 kaki boleh tongkat tak jatuh. Kejam mereka. Kadang kadang tu mahu je bawa telur baling kat cermin depan dia. (tanduk jahat daun mula keluar)
Banyak kena sabar tambah tambah hari hujan, macam semalam.  Sakit jiwa kita.

Tuesday, February 23, 2010

Kurangkan income tax

Hari isnin dalam The Star ada satu article berkenaan income tax, ada orang dah baca ada orang tak sempat baca, sila semak di sini. Income daun yang ciput ni nanti terpaksa juga kena bayar tax. Gitu lah tiap tiap tahun. Seboleh bolehnya tak mahu bayar( niat jahat) , jadi walaupun sesak di hujung tahun ,daun tetap cari jalan untuk membayar zakat sebelum atau pada 31 hb Disember untuk mengelakkan kena tax yang banyak pada bulan March atau April nanti. Alangkah bagusnya jika tax itu hanya dua digit angka saja atau pun 0 digit.

Daun masih mencari satu resit buku yang hilang, walaupun ada sampul khusus untuk simpan resit untuk tax kadang kadang resit tu hilang juga. Maklum lah manusia lalai, resit yang hilang tu rm lebih kurang rm 50 je, tapi dia akan mengubah kategori mana jumlah tax kita.  Bila sampai kat Bahagian E ni, 10 sen pun kita kira, Sila semak di page 21 dalam buku panduan untuk melihat kategori jumlah tax ni. Seboleh bolehnya daun mahu berada di kategori yang paling sikit. Biar taxnya nanti jadi 0.

Sekarang form 2009 sudah diposkan, kalau sesiapa yang dah biasa buat e filing tu, income tax tak ada lagi hantar form, membazir duit dia orang je print form banyak banyak, kan lebih senang online je. Kalau pakai form nak kena pos atau hantar sendiri, kalau hantar sendiri mesti lah ada saja soalan kita nak tanya kat kaunter tu, jawapannya pula memang skema. Sakit hati.

Dulu daun pakai fail SG, di sebabkan dulu daun ada sedikit side income, dengan baik hatinya daun declared, dapat diskaun sikit kalau isi form BE instead of B, income tax lalu tukar fail daun ke OG. Sekarang daun tak ada lagi side income,jadi  isi form B, tapi income tax cakap tak perlu tukar ke SG. Mereka kata SG dan OG hanya penanda jenis form saja , yang penting nombor di belakangnya saja. Form dia pula tetiap tahun bertukar konon nak sesuaikan dengan kehendak budget setiap tahun. Membazir kertas.

Tak payah la tunggu hari akhir nak isi form ni, hari ni pun boleh. Sila hantar sekarang.

Sunday, February 21, 2010

Berani dia tag

Daun adalah pembaca tetap finaz, apa yang dia tulis daun baca, hari tu ada deus Xmachine tag dia, entah macam mana otak proaktif daun terus mengarahkan jari  klik blog deus Xmachine, baca apakah soalan soalannya, mana lah tahu nanti finaz tag daun pula (perasan) bolehlah daun ready. Daun dapati soalan soalannya tak mencabar sangat, bak kata en al tak menarik langsung. Harap finaz tak tag daun tetapi sebaliknya pula berlaku. Berani dia tanyakan soalan ala ala majalah remaja ni kepada daun yang dah tua ni. Tak patut, tak patut.

Dah beberapa hari daun tak post n3, agak busy kebelakangan ni, konon. Hari ini pula taman daun ada gotong royong jamuan tahun baru cina, daun ikut sama menyibuk. Sekarang baru ada masa, daun tidak mahu hampakan finaz, bagi lah dia peluang gelak 6 harkat. Dia pun serius je kerja, elok kasi dia senyum sorang depan pc tu, tak ada orang nampak.he he.Ini adalah pertama kali daun kena tag, selalu baca orang punya saja. Soalan mudah saja. Sambil makan biskut pun boleh jawab.


1- Adakah anda rasa HOT???
Sekarangkan musim panas, suhu kat luar tengahari tadi 41 C, elok untuk kita basuh cadar, basuh selimut, gerenti cepat kering. Dalam rumah pun panas, rumah daun tak ada air cond, kipas rumah daun tengah berpusing tu.

2.upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekrang!


3 - cerita pasal gambar

Ni  pengisar beras, orang dulu dulu pakai, daun ambil gambar ni di rumah jiran, dulu masa kecil kecil selalu kena paksa oleh mak daun kisar beras ni di bulan puasa. Penat ooooo kena sabar banyak. Sekarang orang dah buat deco.

4 - bila kali terakhir anda mkn pizza?

Bulan lepas, ada kawan office belanja, income dia paling banyak, daun hanya makan sekeping dah kenyang. Tolong jangan bawa daun makan buffet,perut daun kecil.

5 - lagu terakhir anda dengar

Banyak sangat, semalam daun tengok American idol, top 24. Broad band daun asyik mogok je dua tiga hari ni, nak blog pun sangkut sangkut.

6 - Apa yg anda buat selain menyelesaikan tag ni

Sambil merenung buku buku daun yang menimbun atas meja ni, entah bila nak habis baca, sambil sambil tu juga jeling jeling racheal ray di tv 7.

7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama ape

oohhh banyak, di kalangan kekawan mereka panggil l.a, oiii, sewel, bengong, mak cik, ustazah rock, kak, che la, dikalangan family, makin ramai panggil tok sebab dah tua....keh keh keh

8 - tag lg 8 org ....

8 ramai tu, siapa aaa pengikut yang sporting ala ala remaja,ok la daun pilih orang yang jarang memberi komen di blog daun dengan harapan mereka tak baca ni dan daun tak paksa mereka jawab tag, mereka mungkin:

ah fatt,
jalak,
ber_uwang,
jmr,
hans,
plainjaine,
aujinz
dan lanun ranggi.

9 - siapakah org no.1 kpd anda

Ah fatt - blogger yg selalu post n3 panjang panjang, semput membacanya, ramai pengikut, kadang kadang mahu delete dua tiga ayat terakhir dalam n3 ah fatt, tak sesui untuk tontonan umum. ko jangan marah ah fatt

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5

hans, orang paling rajin post n3, dulu ingat dia pompuan sebab ada gambar shah rukh kat blog dia, minat menonton filem.

11 - no.3 ade hubungan dgn sape?

dengan jalak - mereka memang sehati sejiwa,dua dua perokok tegar, sampai hati mereka seksa diri, lebih baik suruh dari larang, nasihat pun tak guna. Merokok la banyak banyak lagi.

12 - bagaimana pula dgn no.4

jmr, daun suka tegok gambar gambar dalam blog jmr semua cantik cantik, pakar la dia.

13 - pesanan kepada org no.6

Daun suka kisah kisah benar dalam n3 dia, tapi dia jarang up date, up date la jaine.

14 - kata2 cinta utk org no.2

daun tersangat tak sesuai jawab soalan ni, zaman muda dah lepas, kasi peluang orang muda

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan

Dua-dua lelaki yang tutttttttt

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda

Finaz,dia ni terkenal dengan tagline "memang la memang", menepati jadual waktu dari pagi sampai malam,pakar it ( ada diskaun ke finaz?) kerja keras, calun apprientice season akan datang.

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU

dua dua mamalia, berdarah panas,berbulu, tinggal di darat, melahirkan anak.

18 - prasaan anda wat tag ni

jenuh memikir jawapan kepada soalan soalan mudah ni.

19 - adakah anda tau si razman itu sengal

Siapa itu Razman? daun tak kenal dia? lawyer,, magistrate ahli musik?

20 - GAY or LESS

ihhhhhh, sampai hati tanya soalan keji mahkamah kat sini. Sah soalan ni tak memberi peluang untuk kita membela diri. Cuma ada dua pilihan pertama atau kedua, dua duanya tidak bermoral. Kejam mereka.

Wednesday, February 17, 2010

Gerammmm

Sudah hampir setahun daun menggunakan broadband celcom ni tapi dua tiga hari ni rasa nak baling ke longkang. Semalam daun tanya, customer servicenya dengan tenang menjawab

Minta maaf hari ini memang ada masalah, sila cuba lagi paling awal jam 8.00 malam, ini panggilan dari kawasan mana?

Sabar je,hari ini pagi sampai petang pun sama juga, suara lain pula menjawab panggilan

Hari ini kita ada masalah, boleh saya tahu ini panggilan dari kawasan mana? Kalau area KL tak ada masalah.

Eeeeeeeeeeee geramnya, maka daun rasa sudah sampai masanya tukar kepada yang lain, apakah yang terbaik? kalau ada pakar yang boleh beri nasihat terima kasih banyak banyak.

Tuesday, February 16, 2010

Kepenatan

Hari sabtu pagi pagi dah check account, alhamdulillah ada bonus, dengan kadar segera terus daun mengemas, maklum lah tahun lepas seringgit bonus pun daun tak dapat. Lupakan tentang terapi cuci rumah, siap apa yang patut, campak campak saja dalam beg, check kereta sikit sikit, start enjin, tutup pintu, jalan.

Bertolak sebelum jam 10 pagi, jalan sesak di Karak dan Bentong, semua orang nak balik kampung hari sabtu juga ke? Punggung dah kebas, pukul berapa nak lepas kawasan ni, melepasi je Bentong jalan agak lenggang, terus kereta lama ni memecut, singgah zohor di masjid Raub, bekal mee goreng licin di sini. Raub, Kuala Lipis, Gua Musang dan akhirnya menjelang maghrib daun dah sampai rumah. 9 jam setengah  memandu adalah jangka waktu biasa balik kampung waktu perayaan.

Pukul 10 malam tidur,zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz, esok ahad pagi pagi bangun kita main masak masak.


ayam ni dah masak, sila angkat



kacau daging bonus ni....oiiiiii hangit nanti

bila nak masak ni, asap masuk mata...
.
.
.
.
.
.

adegan makan baik jangan tengok, kesian orang yang beraya dengan limau mandarin tu, cuma adegan selepas makan tak sanggup dilihat..........

jangan lariiiiiiii.........sapa nak cuci pinggan ni, periuk kuali lagi

Pagi isnin jam 10 pagi daun dah cabut balik kl, tak sempat nak ke mana mana, jalan lenggang boleh pecut, konon konon laju. Sebelum asar dah sampai rumah, sempat berehat sekejab, maghribnya daun mengangkat takbir di Bangi. Balik rumah jam 11.00 lebih zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Larat ke cuci rumah hari ini?


Saturday, February 13, 2010

Sujud Syukur

Daun harus segera campak baju dalam beg, kemas apa yang patut balik kampung..............................

Friday, February 12, 2010

Alternative

Ramai orang bertanya:     Tak balik kampung?.................... Tak balik kampung?

Daun cuma senyum, "belum confirm"  dalam hati daun sudah ada jawapan. Kalau ada bonus daun balik, kalau tak ada, daun buat aktiviti membersih rumah dua tiga hari ni. Setiap hari ada saja orang bertanya soalan ini, penat juga nak menjawabnya. Kurang dua puluh empat jam lagi,  esok dah cuti. Esok menjelang pagi jika masih tidak ada bonus dalam account, daun akan memulakan hari dengan mencuci lantai dapur, habis dapur cuci hall, habis hall cuci porch, habis porch cuci toilet, habis toilet rest, penat mestinya. Petangnya tiduuuuuuuuuuuuurrrrrrrrrr.

Hari ahad, mula dangan cuci bilik, habis bilik cuci tangga, habis tangga cuci baju................. mesti penat, petangnya daun akan tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Hari isnin, daun akan cuci kereta, habis kereta, daun cuci motor kapcai pula, apa apa lagi yang patut dicuci akan dicuci hari ahad, petang daun akan tiduuurrrrrrrrrrrrrrrrr, hari biasa mana ada masa nak lepak gini.

Hari selasa, semestinya cuti lagi...................kalau tak ada barang apa apa lagi nak dicuci, daun akan pergi melepak kat kedai buku............... tak beli tumpang baca saja........... Kepada finaz, mencuci adalah terapi bagi daun, sila gelak 6 harkat. Mencuci baju adalah terapi yang paling kerap dibuat, yang lain lain tu ikut keperluan, kalau tahap kerajinan tinggi lebih kerap terapi ini dijalankan.
Bagaimanapun jika kesemua terapi ini tidak berjalan esok, bermakna daun ada bonus.


Wednesday, February 10, 2010

Hantu tv

Dulu masa zaman remaja, banyak masa daun dibuang di hadapan tv, siang malam menonton tv, bila dah ala ala dewasa sikit sama juga, siang malam menonton tv, dulu, balik kerja tak ada aktiviti lain, mengejar cite siri Korea atau Hong Kong kat tv, cerita melayu tak berapa laju sangat. Kalau tengok cerita siri ni memang sangup tangguh makan dulu, bukan tu je, sembahyang maghrib pun selalu terlewat. Tv punya pasal kawan ajak minum petang pun tak mau, nak kejar waktu.

Bila dah ala ala tua sekarang, sama juga cuma bilangan jam makin berkurang, hari hari mengadap tv cuma sambil sambil tu mengadap skrin ni juga.  Sejak berpindah ke sini tahun 2007, daun membawa bersama piring astro, konon nanti akan pasang segera. Malangnya hingga hari ni piring tu masih ada dalam stor. Kira kira 4 tahun juga tak menonton astro. Walaupun siaran tv bukan clear sangat terutama rtm, masih lagi boleh bertahan. Masih berhasrat tidak ingin khidmat astro, kononnya ingin mengurangkan masa menonton tv, kalau ada astro mesti lagi leka.


Tv pun bukan baru, tv lama pernah rosak dan dibaiki sebab nak beli baru pun tak berbaloi, mampu. Tunggu bonus tak muncul muncul. Tiada hiburan lain. Hanya tv, daun hanya mendengar radio dalam kereta. Seorang kawan pernah menumpang kereta daun mencari cd, memang tak ada cd dalam kereta, daun masih menggunakan radio kaset zaman dulu. Itu pun tak ada kaset, dengar radio je.

Seumur hidup tak pernah beli kaset atau cd lagu. Daun tak minat menyanyi. Bila balik Kelantan tu, selalunya bila melalui jalan bukit bukau Kuala Lipis - Gua Musang, radio tak dapat siaran, dia mula mengeluarkan bunyi bising semacam, itu juga dikira musik, tapi tak merdu. Orang yang gila musik tak akan tahan berada dalam kereta daun. Sunyi.

Tuesday, February 9, 2010

Ada ke tak ada?

Topik yang hangat diperbualkan di office daun sekarang ialah bonus, bonus dan bonus. Memandangkan tahun baru cina hanya beberapa hari lagi, masing masing mengharapkan bonus muncul. Pagi petang memang tiada topik lain. Semua orang ada andaian sendiri, sebulan, dua bulan, dua setengah, tiga bulan. Ada juga yang mengagak O bulan.

Sekejab rasa sakit hati mendengar, sekejab rasa gembira, selagi tiada dalam account kita cakap banyak pun tak guna. Ada yang kata " kau apa nak susah, kau bukan pakai duit banyak, kami ni anak ramai, kau duit gaji pun tak habis makan." Kejam mereka. Ini adalah orang orang yang bakal menerima penampar daun. Mereka bernasib baik sebab hingga hari ini penampar itu masih belum singgah ke pipi mereka.

Monday, February 8, 2010

Kuat kah Kita?

Semalam daun ada kursus, tepat pukul 5 semua orang cabut, cukup lah sehari mendengar, makan, mendengar,makan, itu je kerjanya. Hari isnin gerenti semua tak ingat. Lupa. Sebaik membuka pintu kereta daun telefon seorang kawan. Dia baru keluar hospital minggu lepas, masih mc di rumah. Ada masa luang boleh la melawat dia sekejab, jaraknya tak jauh sangat dari tempat kursus. Setengah jam sudah sampai. Ini kali pertama berkunjung ke rumahnya.

Orang gajinya membuka pintu, dia keluar menyambut daun dengan terbatuk batuk. Belum mendengar cerita sebenarnya lagi, daun cuma menerima panggilan darinya beberapa hari lepas mengatakan dia berada di hospital. Gelaknya masih sama seperti biasa, sakit atau sihat tiada beza. Dia ni memang terkenal dengan perangai gila gila. Bergurau keras memang tiada masalah baginya.

Kawan daun ni pernah membuat operation dulu, 2 tahun lepas. Pernah sekali dia menunjukkan parut di dadanya tanpa segan. Breast cancer. Penyakit yang meninggalkan kesan bukan sahaja parut di badan tapi juga kesan kepada kehidupan sekeluarga. Kali ini operation untuk kali kedua, parutnya lagi panjang, lebih kurang sejengkal. Kesan jahitannya masih baru. Tanpa malu malu kali ini dia juga menyingkap baju dan menunjukkan rupa bentuk yang selalu daun tengok di tv dan gambar sahaja.

Kali ini dia memilih untuk membuat local anesthesia, satu tindakan yang berani mati. Bukan calang calang orang sanggup memilih cara ini untuk operation di dada. Dia ni memang katogeri orang orang degil tahap dewa. Berapa orang sahaja sanggup mengambil risiko ini. Menurut doktornya dia adalah orang ketiga yang sanggup buat local anesthesia sepanjang kareer doktor itu untuk operation seumpama ini.  Dia menceritakan bagaimana doktor inject dadanya sebanyak 14 kali, masa ke semasa, satu persatu, matanya melihat bagaimana urusan kikis mengikis dibuat. Rasanya sampai ke tulang tulang rusuk.

Darahnya terpalit hingga ke leher. Dengan tidak memakai topeng tentunya mulutnya tak berhenti bercakap dan masih sempat menegur doktor yang tidak cukup inci tingginya. Di saat ini pun masih boleh bergurau lagi. Akibat kesakitan kakinya silih berganti sekejab satu atas sekejab satu bawah. Katil operation yang sangat sempit itu tidak cukup untuk guling guling. Sekejab dia rasa nak terkencing. " doktor saya nak kencing" " kencing je nanti saya basuh". Tempoh 25 minit berlalu dan operation siap. Tuhan memudahkan.

Selesai operation doktor memberi ubat tidur, sedarnya kesakitan datang lagi, baginya sakit, mati adalah perkataan biasa. Sudah lali. Kami selalu bergurau, tak tahu sapa mati dulu. Kau ke aku? ha ha ha. Kini dia akan menjalani chemo selama 3 bulan dan mc selepas chemo lagi 3 bulan. Sepanjang chemo tentunya tak boleh lagi melawat, pesakit sangat sensitive pada persekitaran. Sepanjang kami berborak daun dihidangkan dengan berbagai kuih dan juga mee goreng.  " Kalau kau boleh makan semua ni memang kau hantu raya, malam ni aku kena baca ayat kursi banyak banyak" katanya bila daun terkejut melihat banyaknya hidangan.

Tubuh yang kurus, mata yang cengkung dan kehitam hitaman. Itu adalah apa yang kita nampak, kesakitannya kita tak nampak. Hanya orang orang sepenyakit sahaja yang  tahu lebih arif. Penyakit yang menelan belanja bukan sedikit. Katanya  dia kuat kerana anak anak. Tiga anak lelakinya yang sudah 2 kali menjahanamkan tv dan mematahkan kerusi di rumah. Mereka lah sebab dia hidup. Tentunya dia faham Tuhan juga tidak akan menguji kita jika dia tahu kita tak mampu menghadapinya.

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan olah Aiysah r a " Tidak ada satu pun musibah yang menimpa seorang muslim kecuali dihapuskan segala dosanya sekalipun kerana tercucuk duri"

Sunday, February 7, 2010

Manja dan Kemanjaan

Berbagai tafsiran dibuat berkenaan tajuk di atas. Ada orang melabelkan manja sebagai ukuran usia, umur setahun dua dianggap manja kerana belum mempunyai adik. Apabila sudah mempunyai adik, manja telah beralih kepada yang lebih kecil. Selalunya manja ini akan kekal kepada anak yang paling kecil dalam keluarga, bagaimanapun dalam kes kes tertentu ini tidak berlaku kepada semua orang. Bukan semua orang suka dimanjakan. Salah seorangnya daun.

Manja juga dikaitkan dengan karektor atau kelakuan sesorang yang nampak lembik lembut semacam, yang kadang kadang sukar dijelaskan. Gaya melentukkan kepala, gaya bercakap, gaya berjalan, gaya duduk, gaya melambaikan tangan, cara senyum, cara meminta pertolongan, cara mengucapkan terima kasih, oohhh tidak...... ciri ciri ini juga tiada pada daun.

Kebolehan berdikari juga bersangkut paut dengan kemanjaan, ada orang suka bergantung kepada orang lain, kemana mana nak berteman, tak boleh berjalan seorang, suka mengirim barang daripada keluar beli sendiri, takut untuk membuat sesuatu tanpa bantuan orang, kerap meminta pertolongan walaupun tak perlu ditolong. Sifat sifat begini juga tidak ada pada daun. Dashyat.

Asuhan dan sifat semulajadi juga membentuk kemanjaan. Seorang kenalan daun masih memanggil anaknya yang berusia 20 tahun ' baby' dan setiap kali berbual terutama di talifon, nadanya tiba tiba bertukar manja. Perbualan penuh janji janji, seolah olah anaknya masih belum masuk tadika. Terasa juga geli telinga mendengar tapi apa kan daya.

Friday, February 5, 2010

Sangka Orang

Bila mula mula daun melibatkan diri dalam blog ni, ada orang tanya "Apa cite kau tulis ? Blog porno ke?
Ihhhhhh, mereka ini tiada benda lain yang difikirkan, negatif memandang orang lain.

Ada juga yang kata, "Sila lah berblog, nanti kau kena tangkap".
Kenapa kena tangkap? daun tidak pernah berpolitik atau mengutuk individu dalam ini, blog politik pun daun tak follow. Kalau ter follow pun, tidak membacanya untuk tidak membuang masa.

Ada pula yang kata, " Kenapa gambar kau macam tak menarik langsung?. Nanti tiada orang suka."
Mereka sangka daun mencari seseorang di sini. Abaikan. Abaikan. Tiada niat sebesar kuman ke arah itu. Kejam mereka.

Ada yang kata gaya penulisan daun kasar, agak keras, tiada unsur bunga bunga langsung. Tidak lemah lembut, kurang keayuan penyampaiannya.
Yang ini betul, lemah gemalai bukan ciri ciri daun, eeeeee geli lah ala ala manja ni. Tak sanggup.

Wednesday, February 3, 2010

Siapa berkuasa ?

Kisah A,
Sorang isteri berkerja, mempunyai income tetap manakala suaminya pula berkerja sambil sambilan, mempunyai income juga kecil kecilan, tetiap pagi menghantar anak ke sekolah, menghantar isteri ke office, tengaharinya mengambil anak dari sekolah, petangnya mengambil isteri dari pejabat. Tentunya banyak perbelanjaan rumah ditanggung oleh isteri. Bagi isteri syurga di bawah tapak kaki suami. Daun no komen, janji dia orang bahagia.

Kisah B,
Seorang isteri berkerja, mempunyai pendapatan yang lebih besar dari suaminya, rumah isteri beli atas nama sendiri 100%. Suami hanya mampu membeli kereta yang mempunyai susut nilai tahun ke tahun, setiap hari menghantar isteri dan anak sebelum ke office. Petangnya pula rutin yang sama. Perbelanjaan suami besar dari gaji, terpaksa pinjam duit isteri, jumlahnya meningkat berbelas ribu. Daun no komen janji mereka bahagia.

Banyak lagi kisah kisah macam ni yang kita dengar. Cuma nama dan tempat sahaja berbeza. Ada suami yang rasa biasa biasa saja. Ada yang rasa rendah diri. Ada yang tak kisah. Ada juga keluarga suami bimbang nak berkunjung ke rumah nanti timbul pula konflik lain. Macam macam. Kehidupan mereka yang sebegini tak serupa nasibnya yang mana kadang kadang timbul persoalan, siapa yang berkuasa?

Tuesday, February 2, 2010

Rezeki

Hari wilayah daun cuti, hari yang boleh settle hutang hutang yang ada, paginya mestilah aktiviti mendobi dulu, kemudian barulah aktiviti membayar hutang bermula, kemudian ke rumah kawan, last month daun ada belanja dia sebab tolong daun, tapi dia complain katanya sate yang daun beli di pasar malam dekat rumah dia tu tak sedap, daging nya agak berbau, mana lah kita tau. Dia terpaksa order piza tambah sebab perutnya besar, mee yang daun beli juga tak cukup.

Jadi sebelum ke rumahnya semalam daun singgah pasar basah beli ayam sekor, nanti kau masak la sendiri, sate ke apa benda. Sebaik sahaja saja melangkah masuk rumahnya telah terhidang nasi beriani atas meja, wah.... dia kata ini menu pak ungku, entah lah daun cekik je sepinggan. Selamat lah makan tengahari. Sembang sekejab balik, lalu ikut highway puchung damansara, jam punya lah panjang, punggung pun kebas, tak tahan masuk federal highway keluar ikut sungai besi. Selamat sampai rumah.

Oleh kerana kenyang, petangnya daun masak menu simple, menu yang sambil pejam mata pun Chef Wan boleh masak. Sup Ayam. Ketuk ketuk ketuk, campak dalam periuk, petangnya kul 6.30 daun dah siap makan kerana nak ke Bangi. Sampai di area Bangi tetiba hujan turun, payung pula tak ada dalam keta. Singgah 7 eleven beli payung. Tak pasal tambah lagi koleksi payung. Selepas isyak ada pula orang belanja kami nasi bungkus dari langat katering. Makan lagi. Alhamdulillah rezeki kan, habis juga makan. Sapa lah yang tak bernama ni sudi sedekah makan malam. Semoga dimurahkan rezeki. Minggu depan kalau ada orang lain pula nak sedekah ok juga. Amin.