Friday, January 28, 2011

Mari Menabung

Berita jam 8.00 tadi memberitahu dividen tabung haji untuk tahun lepas adalah 5.5 %. Jumlah yang agak memuaskan. Lalu daun teringat buku tabung haji yang baru di up date pada bulan lepas. Daun hanya up date setahun sekali. Jumlahnya tak ada la banyak tapi lebih baik dari tak ada langsung.

Kesedaran untuk menyimpan ini bermula pada bulan disember 2006. Pada masa itu kalau tak silap musim haji. Seorang ustaz telah berceramah di surau pada waktu makan tengahari. Sebelum ini bukan tak pernah mendengar topik haji tetapi hari itu ustaz Wahidin berceramah dengan bersungguh sungguh dan sesungguhnya apa yang ingin disampaikan telah masuk ke dalam hati daun yang jahil.

Esoknya, terus daun dan seorang rakan pergi ke tabung haji dengan satu niat. Menabung. Selepas itu setiap bulan daun cuba sedaya upaya menambah sedikit demi sedikit. Mulanya daun ke tabung haji dan menunggu giliran untuk meyimpan secara tunai di kaunter, lama kelamaan tak larat lagi nak menunggu, potong melalui maybank2u lagi cepat cuma kena charge rm 1.50, tak kisah la, dari buang masa menunggu, baik guna jalan pintas.

Maka setiap kali akhir tahun daun akan semak baki dan mula berangan angan bila jumlahnya akan bertambah dengan lebih cepat. Dulu apabila menghampiri persimpangan jalan Ampang dan jalan Tun Razak kita akan dapat melihat bangunan tabung haji berdiri dengan megahnya, sekarang tiada lagi, bangunan bangunan baru muncul kiri kanan melindunginya.

Monday, January 24, 2011

Sementara masih ada

Hari ini surau besar di office daun akan ditutup, tiada lagi ceramah agama yang ada setiap hari pada waktu makan, nanti yang tinggal hanya surau kecil yang ada di besement parking. Kena menapak jauh sikit. Bertahun tahun surau besar tu tersedia di situ, yang datang mendengar ceramahnya hanya segelintir orang, pula orang yang sama saja setiap hari. Orang lebih suka keluar makan jauh jauh atau pun melayan facebook waktu rehat.

Apabila sesuatu yang dah biasa kita ada tiba tiba tak ada, kita terasa kehilangannya. Beberapa hari lepas AJK surau mengemas semua Al Quran dan memasukkan ke dalam kotak untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Sedih kerana terpaksa berpindah ke tempat yang lebih kecil. Management terpaksa melepaskan kemudahan ini kerana separuh dari kakitangan sudah berpindah ke branch lain. Jadi untuk tujuan tujuan keuntungan beberapa kemudahan terpaksa ditarik balik.

Kita tak sedar kita ada beruntung sehinggalah keuntungan itu tiada lagi.

7 Hari Seminggu

Alangkah senangnya hidup jika hari Sabtu dan Ahad kita boleh bersenang lenang, tidur bangun jam sebelas lepas tu bangun terus makan. Peluang tu tak ada lagi jika umur kita dah meningkat dan ada tanggungjawab lain yang perlu disegerakan. Lepak lepak sebegini hanya untuk kanak kanak saja, orang tua macam daun tak ada peluang lagi.

Ada orang hujung minggu la hari berehat, hulur kaki menonton tv, ada orang hujung minggu paling busy atau cuba cuba nak jadi busy, dari pagi sampai petang, tak henti henti. Sekarang jam sudah hampir 12 malam, sudah masa daun bawa berehat.

Friday, January 21, 2011

Diet tak betul

Semasa mengemas meja hari ni daun jumpa salinan screening test yang dibuat dua bulan lepas, keputusannya hampir sama saja dengan tahun sebelumnya, bmi ok,blood pressure ok,urinalysis ok,glucose pun ok, cuma yang agak kantoi sikit ialah kolestrol, 5.56 mmol/L.Bagus juga office daun setiap tahun ada buat ujian ni secara percuma, kalau nak harapkan kita ke hospital memang tak tahu bila.

Mengapa kolestrol tinggi? Ini ada kena mengena dengan tabiat makanan setiap hari. Nak kata setiap pagi makan nasi lemak dengan teh tarik, memang tak ada tapi setelah dikaji kaji memang daun banyak cekik ikan bilis dan telur. Itu kan paling senang dimasak sedap dimakan. Daun dinasihatkan selalu makan oat, makanan yang paling rasa tak sedap tu dan senaman 3 kali seminggu. Ini yang susah nak buat.

pura pura sedap

Jadi bulan lepas daun dah beli oat, telan walaupun tak suka, senaman? daun masih mencari cari masa, walaupun sebenarnya bukan tak ada masa untuk bersenam tapi keinginan bersenam tu yang tak ada. Diharap tahun depan keputusannya akan bertukar lebih baik.


Monday, January 17, 2011

Ayat Ayat Salesman

Akhir akhir ini ramai pula orang telefon daun, entah dari mana dia dapat nombor. Tujuan mereka sama, nak offer kad kredit atau nak jual insuran. Mereka akan menyusun ayat ayat power, membaca skrip yang diberi oleh orang yang berpengalaman, mereka berusaha untuk mendapat persetujuan kita untuk berkata YA.

Oleh kerana daun dulu pun pernah juga buat kerja lebih kurang gini, jadi daun akan gelak sorang mengenang skrip mereka itu. Ada yang nampak sangat tengah baca skrip, belum lancar lagi, ada yang suara terketar ketar tapi ada juga yang dah pro, mereka ini usaha juga memujuk walau kita dah berkali kali kata, no thank you.

Sila cari jawapan untuk mematahkan ayat ayat ini.
  1. Selamat pagi puan, saya Ms x dari syarikat y ingin mengambil sedikit masa puan, puan free ke sekarang? Boleh saya teruskan bercakap atau boleh saya telefon sekejab lagi?
  2. Puan, Saya Ms x dari syarikat y, puan adalah orang yang terpilih dalam senarai kami, kami ingin memberi puan peluang untuk menyertai program yang kita ada. Boleh saya teruskan puan?
  3. Puan, Saya Ms x dari syarikat y.Tahniah puan, berdasarkan rekod kami puan seorang pelanggan kami yang baik. Jadi kami ingin menawarkan kad visa... bla bla bla...
  4. Puan, bla bla bla.......
  5. Puan, bla bla bla....
Letih, daun dah lebih mendengar ayat ayat ini. Penat.

Saturday, January 8, 2011

Kena Pada Masanya

Musibah itu datang pada masanya, kita  kadang kadang tidak sedar. Hari ini tiba tiba pula keta rosak pagi pagi. Memang rasa agak kecewa tapi bila difikir fikirkan, nasib baik rosak hari ni, bukan minggu lepas, dimana daun sangat sangat sibuk. Kalau berlaku minggu lepas alamak memang banyak perkara yang akan sangkut.

Seminggu di tahun baru, tak terasa berlalu, matlamat baru, baru saja bermula, harapannya tahun ini daun dapat melepasi segala halangan seperti tahun lepas. Bukan senang tapi tidak mustahil. Keletihan, petang tadi yang agak santai, sempat juga melelapkan mata sekejab.

Monday, January 3, 2011

Mission accomplished

Akhirnya, hari ini daun menarik nafas panjang, setahun berlalu, misi utama 2010 telah tercapai, sekarang boleh tidur dengan senyuman. Jadi semalam daun dah memulakan operasi mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah. Paling utama sekali menebang pokok betik yang menyemakkan mata di depan rumah. Tinggi melangit, nak ambil buah pun dah tak sampai. Elok ganti dengan pokok pendek pendek sahaja. Sebulan ni memang sibuk mengalahkan tauke beras. Rumah dah lama tak berkemas, nasib baik tak ada orang datang, kalau tak mesti kena kutuk.

Tahun ini, daun tidak mensasar azam yang tinggi, elok kita bahagi bahagikan kepada pecahan yang kecil, supaya tidak semput dikemudian hari. Maka di hari yang pertama ini, diistiharkan azam untuk bulan Januari ialah:

Perang habis habisan terhadap kad kredit. Kesemua kad telah daun gunting dan buang, cuma hutangnya saja yang ada belum habis terbayar. Jangan malu malu nak menyatakan jumlahnya. RM 315.45 Sudah bertahun tahun hasrat untuk melangsaikan hutang ini tertangguh tangguh. Halangannya memang banyak dan kadang kadang tak mampu kita elak. Cukup payah menahan godaan menggunakan kad ini, tapi setelah kita potong kad, godaan itu berkurang. Tahun lepas daun tidak sekalipun menggunakan kad sebab semua kad sudah dipotong tahun sebelumnya.

Bagaimana untuk mencapai matlamat ini?
Senang saja, setiap kali bertemu dengan Public Bank daun akan berhenti dan menyumbang wang. Mesin itu sentiasa bersedia untuk menelan duit kita walaupun RM 10, kalau 15 kali lalu Public bank, sekurang kurangnya RM 150 dah selesai. Memang senangkan.

Bayangkan setelah lebih sepuluh tahun membayar hutang kad kredit setiap bulan, tiba tiba bulan depan tak ada lagi baki yang perlu dibayar. Rasa tak sabar sabar nak melalui public bank sekarang dan menyumbang rm 10,