Beberapa hari selepas melangkah tahun 2012 daun teringat ingat perbelanjaan sepanjang tahun lepas. Semasa mengira zakat 2011 yang ada mengambil kira jumlah simpanan di Tabung Haji, ternyata jumlahnya hanya 1.5 % dari jumlah pendapatan tahun lepas. Jumlah yang mengecewakan. Kalau peratusan ini berterusan sama untuk tahun tahun akan datang bila agaknya jumlahnya akan mencukupi ? Secara tidak langsung juga menggambarkan tahap serius kita terhadap perkara ini. Lalai.
Bagaimana mengubahnya tahun ni?
Sepotong Ayat
Thursday, January 5, 2012
Thursday, December 29, 2011
Tunailah zakat
Untuk penutup tahun ini perkara yang paling utama perlu diselesaikan adalah menunaikan zakat pendapatan. Alhamdulillah sudah terlaksana. Kepada yang terlupa ada masih ada masa. Sedikit atau banyak bukan persoalannya, yang penting kewajipan mengeluarkan sedikit dari pendapatan kita. Langkah seterusnya simpan resit untuk mengisi borang income tax tahun depan.
* entah mengapa idea tiba tiba hilang akibat jarang up date

Thursday, November 24, 2011
Terjerat
Entah mengapa semangat untuk up date blog semakin hari semakin pudar, masa atau idea bukan masalah cuma sejak daun berjinak jinak dengan fb tumpuan sudah kurang. Adalah lebih cepat up date fb, cuma dengan satu perkataan mesej kita akan difahami. Bagaimanapun hari ini daun ingin kongsi satu kisah yang boleh memberi pengajaran.
Puan Y, berusia 50 an dah sudah mempunyai cucu. Beliau baru sahaja menyedari beliau telah ditipu melalui internet. Kisahnya bermula bila Puan Y mula berkenalan dengan seorang kawan melalui chat room bernama En X. Pada mulanya perbualan mereka hanya berkisar pada isu isu semasa. Lama kelamaan dia mula merasakan En X mula mengambil berat tentang dirinya. Mereka menjadi lebih mesra. Kali pertama En X meminta pertolongannya, En X memerlukan wang sebanyak RM 3000. Puan Y dengan rela hati telah memindahkan wangnya ke dalam akaun En X sebanyak yang diminta.
Pertolongan itu tidak terhenti di situ sahaja, En X terus terusan memerlukan pertolongan, Puan Y entah macam mana tidak merasakan itu satu bebanan tambahan pula dia orang yang berada. Lidahnya seolah olah tidak berdaya untuk memberitahu orang lain mengenai hubunganya dengan En X, mereka tidak pernah berjumpa, hanya melalui ayat ayat power Puan Y telah memindahkan lebih 60,000 dalam masa kurang dari 3 bulan.
Apabila sudah melepasi jumlah ini , Puan X baru merasakan sesuatu yang tidak kena, En Y mula mengugut akan mencederakan ahli keluaga Puan Y jika dia membuat laporan polis. En X pula masih lagi meminta jumlah yang lebih besar. Tidak mampu menangani maslah ini seorang diri Puan Y nekad membuat laporan polis. Kes ini masih dalam siasatan.
Apa yang boleh kita renungi dari kisah ini, Puan Y seolah olah terpukau dengan En X , tanpa usul periksa begitu mudah memindahkan wang ke dalam akaun En X. Ternyata manusia mudah terpedaya. Nampak mudah tapi adalah teramat susah bagi Puan Y untuk menyatakan tidak pada En X.
Berbual mesra yang pada asalnya hanya perkenalan biasa sudah bertukat menjadi mesin ATM pula. Sebaiknya kita perlu mengelakkan diri dari terlibat dalam perhubungan yanag tidak sihat ini dari mula lagi. Mencari kawan tidak salah cuma bila kita sudah terpesung niat, musibah buruk akan menyusul.
Sesal dulu pendapatan.

Tuesday, September 27, 2011
Cuti panjang
Lebih tiga bulan hilang. Ada orang tanya, mana pergi? Memang dah lama betul tak up date blog ni. Kebelakangan ni daun agak busy, banyak perkara yang nak diselesaikan. Tak ada idea langsung nak cerita walau sebaris ayat. Rasa kekok nak menulis blog setelah bercuti panjang. Blog orang jarang melawat apalagi blog sendiri. Hari ini daun mulakan dengan semangat yang sedikit. Harap esok boleh menulis lebih panjang.
Ada beberapa keping gambar yang boleh menceritakan seribu perkataan. Daun ambil masa bulan puasa yang lepas, tahun ini diberi rezeki, daun berpeluang mengerjakan umrah. Mengunjungi Madinah dan Makkah adalah tidak sama dengan berkunjung ke tempat tempat lain, kita akan rindu untuk ke sana lagi. Tidak pernah jemu.

tawaf
cuaca panas tidak pernah menghalang
orang beratur untuk bergunting
satu satunya Universiti di Makkah, Ummul Qura
menara zam zam waktu malam
Menara Zam Zam waktu siang
bersihnya jalan di Madinah
jemu masakan arab, kfc pun boleh buka puasa
Masjidil Haram yang dirindui
makan apa yang ada, itu rezeki
Alhamdulillah
Monday, June 6, 2011
Sana kenduri sini kenduri
Sekarang musim cuti sekolah ni, ramai sangat orang buat kenduri, jauh, dekat, ada yang sempat pergi, ada juga yang terpaksa kita tak pergi. Bukan sengaja tak nak pergi tapi macam macam hal yang tak dapat dielakkan menghalang.
Pergi ke majlis kenduri ni bukan semata mata nak makan, lebihnya nak jumpa kawan kawan. Sembang sembang, kadang kadang tu duduk lama lama tak nak bangun bangun, sampai orang yang belum makan lagi pun jeling jeling.

Musim panas macam sekarang ni elok sangat kalau tuan rumah sediakan abc atau cendul ke? Sejuk sikit badan, sambil sembang, sembang, sembang tambah semangkuk lagi.
tak cukup?
Alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)