Monday, November 22, 2010

Kenduri

Kadang kadang tu rasa malas nak pergi ke kenduri, tambah tambah kalau jaraknya jauh, dulu masa muda muda sanggup ke mana mana kerana nak meraikan kawan kawan, Taiping, Ipoh, sanggup tapi sekarang pilih yang dekat dekat saja. Yang dekat dekat pun kadang kadang kalau ada halangan lain kenduri jadi nombor dua. Sebetulnya jika orang menjemput seharusnya kita memenuhi harapan mereka.

Orang yang menjemput selalu akan cakap " datang la, datang la " Kadang rasa tak sampai hati, pergi juga. Semalam daun ada jemputan di Jalan Semarak, kenduri di dewan, senang sikit kalau kita nak cabut awal, dia orang pun tak perasan sangat kalau kita datang sekejab. Kalau kenduri di rumah susah sikit nak lari. Jam satu sampai, makan, tunggu pengantin yang terlewat setengah jam, nampak je muka dia, angkat tangan,hai hai bye bye, terus cabut, ada banyak kerja nak selesai di rumah.

Nak berborak, lain hari pun boleh, nak mencari kawan kawan yang lama tak jumpa, lain hari pun boleh, nak tunjuk gelang sekerat lengan, memang tak ada pun, nak kelip kelip kelopak mata di meja makan lama lama, pun tak guna, daun tak bermekap seinci.

Wednesday, November 17, 2010

Raya Orang Tak balik Kampung

Pagi ke surau sembahyang raya
Balik makan lemang dan rendang ( di beli di Kajang. Gerai no 13)
Bila rasa kenyang, tergendala semua aktiviti lain
Mata mula menjahit jahit
Mengantuk pula
Tidur sekejab,terjaga hujan, kain dijemur sudah basah
Masak tengahari
Makan lagi
Sambung buat kerja rumah
Petang melawat Jusco, isi peti ais apa apa yang patut
Ayam saja ada, hari ini orang tak jual daging.

Esok daun dah kerja
Ada orang esok masih sembelih lembu
Masih hari raya

Tuesday, November 16, 2010

Esok Hari Raya

Hari ini daun kerja, jalan pun clear je pagi tadi, ramai orang dah cabut balik kampung agaknya. Tahun lepas daun tak balik kampung Raya Haji, tahun ni pun tak balik. Kalau raya pada hujung minggu best juga boleh cuti lama sikit balik kampung. Sehari je cuti, tak ada la balik kampung, cuti pun tinggal ciput je.

Orang kata Raya Haji ni lebih meriah di Kelantan, kenapa tak balik ? sebenarnya meriah tak meriah tu bergantung kepada berapa orang yang ada di rumah, kalau dua tiga kerat je balik kampung tak meriah juga. Tahun ni ramai yang tak dapat balik kampung. Jadi senang senang kira daun beraya di sini saja.

Sini pun meriah juga, pagi pergi sembahyang raya, balik kita makan apa yang ada. Meriah Raya Haji yang sebenarnya lebih bermakna kepada mereka yang sedang mengerjakan haji, tidak tidak pun bagi orang yang pernah mengerjakan haji, mereka pasti terpanggil untuk ke sana lagi.

Bila giliran kita? Dah daftar kat Tabung Haji?

Monday, November 15, 2010

Jangan terjadi lagi

Hari ini jam baru menunjukkan pukul 12 tengahari, daun dah siap sedia:

Kunci rumah ada. Dah masuk dalam beg.


Kenapa awal sangat ?  Sebab....

Pada hari isnin lepas daun balik seperti biasa, masa yang sama, jalan yang sama, seperti hari isnin yang lepas lepas tanpa singgah di mana mana  laju sampai di rumah, sebaik nak buka gate hujan mula turun, masa tu jam lebih kurang 6.30 petang. Cari sana cari sini kunci rumah tak jumpa. Mana ni? Ini sah ada dalam laci kat office. Segera telefon kawan yang memang balik lewat, Memang sah tertinggal.

Tak ada pilihan lain, memandangkan tak ada sesiapa di rumah, apa lagi terpaksa menempuh jalan sesak untuk balik office ambil kunci. Itu dekat sejam juga, balik pun dekat dekat sejam juga. Akhirnya jam 8.15  baru boleh buka pintu masuk rumah. Sakitnya hatiiiiiiiiiiiiiii.....

Sunday, November 7, 2010

Cuti cuti Malaysia

Tiga hari cuti mana pergi? Balik kampung? ( soalan ni ada kena mengena dengan deepavali)

Tak.  Ada kat rumah.

Selama tiga hari ini daun hanya habiskan masa di rumah ( boleh percaya). Ada la keluar tapi setakat melawat Jusco dan ronda ronda Bangi saja. Ramai orang ambil peluang cuti ni berjalan jalan menghabiskan duit, Langkawi ke, tidak tidak pun Cameran Highland. Memandangkan budget cuti tahun ini dah habis, maka daun hanya diam diam di rumah. Tak payah la angan angan nak ke mana mana.


Kalau lah poket kita macam poket pejabat kerajaan boleh la angan angan, hujung tahun kena habiskan budget. Tahun depan cerita lain.

Saturday, November 6, 2010

Mata Yang Rabun

Hari Sabtu seharian daun hanya duduk diam diam di rumah, hari cuti ni tak tahu nak kemana, ada beberapa buku yang tak habis habis nak dibaca. Hari ini sebelum jam 10.00 pagi daun dah terpacak di hadapan Jusco.  Tunggu pintu di buka, sebaik pintu di buka tempat yang pertama yang dituju ialah kedai buku Popular. Orang pertama yang masuk. Menghabiskan masa sejam disitu baru melangkah ke tempat lain. Kedai cermin mata. Sejak akhir akhir ini rasanya tak boleh keluar rumah tanpa cermin mata, terutama waktu malam, dulu boleh gagah gagah lagi sekarang rasa dah semakin parah.

Daun mula rabun jauh sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, mungkin puncanya suka baca buku dalam keadaan cahaya tak cukup. Bukan salah orang lain, mungkin juga faktor umur, kita semakin lanjut usia, cermin mata pun dah mula nak berkawan dengan kita. Jadi kalau tak puas hati dengan gambar tv yang tak terang jangan salahkan tv, kalau tak nampak nombor plate kereta depan juga jangan salahkan cermin keta kita yang tak bersih. Mengaku saja kita dah rabun.


macam kenal ni? cuba undur tiga langkah tengok sekali lagi sapa ni?

Wednesday, November 3, 2010

Tersangat mengantuk

Entah mengapa hari ini mengantuknya lain sedikit, mungkin kerana kekenyangan yang amat sangat. Setelah menghabiskan sebungkus nasi berharga rm 4.50 tadi, mata daun macam dijahit jahit.  Tambah tambah hari ini kurang busy. Agaknya terlebih makan. Zzzzzzz.