Selepas lunch ana ke surau. Setiap hari ada saja ceramah agama selama sejam. Hari ini tajuknya tentang Sejarah Islam. Cerita tentang zaman nabi-nabi dan para sahabat dulu-dulu. Masuk je surau ana nampak 4 orang sedang tersenguk-senguk di tepi dinding. Tidur rupanya. Ada juga yang kusyuk mendengar. Ana memanglah... bab sejarah ni memang k.o . Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dulu masa sekolah pernah juga dapat 37/100 sampai kena panggil masuk bilik pengetua. Hebat kan. Berbalik kepada cerita surau tadi... kenapa orang tidur masa ni? masa ustaz tengah berceramah. Tepi-tepi dinding memang orang dah booking awal senang nak tenggekkan kepala. Silih berganti mata orang ni celik mata orang sebelah pula pejam, ada juga yang terus-terusan tidur.
Tapi herannya hari sebelum ustaz lain cita pasal nikah kawin tak ade yang tidur. Banyak pula soal-jawabnya. Yang banyak tanya pula abang-abang yang dah nak pencen. Untuk rujukan anak -cucu katanya. Sebetulnya surau jadi tempat tidur sebab:
- Lepas makan perut memang dah kenyang waktu ni paling sesuai tutup mata.
- Lepas ambik wuduk pakai telekung macam selimut terus
- Air cond surau memang sejuk terlampau
- Kena pula hari ni tajuk sejarah
- Confirm tidur.
- Nota tolong salin nye nanti pinjam...
No comments:
Post a Comment
tidak lebih dari 50 patah perkataan