Monday, November 15, 2010

Jangan terjadi lagi

Hari ini jam baru menunjukkan pukul 12 tengahari, daun dah siap sedia:

Kunci rumah ada. Dah masuk dalam beg.


Kenapa awal sangat ?  Sebab....

Pada hari isnin lepas daun balik seperti biasa, masa yang sama, jalan yang sama, seperti hari isnin yang lepas lepas tanpa singgah di mana mana  laju sampai di rumah, sebaik nak buka gate hujan mula turun, masa tu jam lebih kurang 6.30 petang. Cari sana cari sini kunci rumah tak jumpa. Mana ni? Ini sah ada dalam laci kat office. Segera telefon kawan yang memang balik lewat, Memang sah tertinggal.

Tak ada pilihan lain, memandangkan tak ada sesiapa di rumah, apa lagi terpaksa menempuh jalan sesak untuk balik office ambil kunci. Itu dekat sejam juga, balik pun dekat dekat sejam juga. Akhirnya jam 8.15  baru boleh buka pintu masuk rumah. Sakitnya hatiiiiiiiiiiiiiii.....

3 comments:

  1. Salam Daun,

    Selamat menyambut Aidiladha.

    Peristiwa tertinggal kunci rumah di office atau kunci office dirumah selalu juga kak ani kena masa kerja dulu. Terutama bila sering bertukar2 beg tangan.

    ReplyDelete
  2. Salam Daun.

    Kesiannya. Nak cepat langsung jadi lambat. Kena buat kunci spare dan letak dalam keretalah kalau mcm ni.

    ReplyDelete
  3. kunang kunang,
    memang serik rasanya kena ari tu,tak mau lagi terjadi

    yb,
    bahaya juga tinggal dalam keta, nanti lain pula jadinya

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan