Thursday, December 16, 2010

Syukur apa yang ada

Hari ini semasa singgah di Shell mengisi minyak, daun saja saja tanya Bangla yang tolong mengisi minyak tu.

Sini berapa bayar satu hari kerja?

30 ringgit 12 jam

Penat tu, kerja 12 jam, berdiri pula tu, lepas tu bukan ada peluang tengok fb atau blog.  Kesian mereka. Tujuan tanya tu bukan apa, hari ini ada adjustment gaji, disebabkan ciput saja dapat, maka elok kita tengok mereka yang lebih rendah dari kita, insaf sikit, kalau kita bandingkan dengan mereka yang lebih dari kita sampai bila bila kita akan rasa sedih.



2 comments:

  1. Salam Daun,

    Betul tu, kalau kita asyik tengok orang yang lebih dari kita. Mungkin rasa kita amat kekurangan.

    Jadi untuk menyedarkan diri kita yang kita ni masih bernasib baik, pandanglah orang yang kurang dari kita.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kunang kunang kerana setuju dengan pendapat daun

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan