Daun kenal sepasang suami isteri yang kerja kerajaan. Setiap hari ke office bermotosikal. Tengahari balik makan dirumah bersama anak anak, jarang makan di luar. Oleh kerana tinggal dan kerja Kuala Lumpur banyak belanjanya, meraka berjimat cermat. Mereka bernasib baik kerja kerajaan agak longgar peraturan keluar masuk office. Kerja swasta macam daun ni kalau tiap tiap hari masuk lewat ada yang jeling nanti. Boleh cari altenatif lain untuk jimat cermat, kalau rajin boleh bawa bekal.
Pada hari gaji pasangan ini akan mengeluarkan semua baki yang ada dalam akaun masing masing dan menyimpannya di akaun bersama. Bermakna mereka masih mempunyai baki pada hari gaji. Mereka mulakan bulan baru dengan gaji pada bulan tersebut dan pada akhir bulan mereka akan membuat perkara yang serupa. Tidak hairan mereka boleh membeli kereta cash tanpa hutang. Tidak ada hiasan yang melampau dalam rumah. Cukup makan dan tidur pun lena.
Ada orang malu nak bawa motorsikal, standard mereka pakai kereta,walaupun sebenarnya nak bayar ansuran kereta pun tersangkut sangkut. Bila ke supermarket pula malu nak tolak troli yang tak penuh, nak jaga muka, penuhkan dengan barang barang yang tak perlu. Lepas tu bayar pakai kad kredit. Hutang tu. Bukan tak peka tapi tak sedar.
elok pakai baju yang sesuai dengan kita
No comments:
Post a Comment
tidak lebih dari 50 patah perkataan