Sunday, May 22, 2011

Di mana mana

Hari ini sebelum sampai rumah daun singgah membeli char kuew teow di tepi jalan, masa tu selepas maghrib, brother yang berniaga tu membentangkan sejadah dan tikar di tepi keretanya. Sembahyang di tepi jalan, sudah lama tak nampak pemandangan macam ni.

"Minta maaf terpaksa tunggu saya"

Kemudian dia ketung ketang mengetuk kuali. Bukan senang nak mencari makan di kl ni, siangnya kerja office malammya menjual char kuew teow sampai jam 12 malam. Gigih mereka bekerja tapi tak lupa membentangkan sejadah sekejab. Orang orang macam ni patut kita tabik. Semoga rezekinya berganda ganda. Kalau la ada pemandangan macam ni ada di pasar pasar malam alangkah bagusnya.

Orang yang senang senang duduk kat rumah pula melengah lengah waktu.


3 comments:

  1. Assalamualaikum daun,

    Saya pun pernah jua nampak beberapa kali seorang peniaga pasar malam di Puncak Alam sholat maghrib di belakang gerainya.

    Lagi berkat rezeki yang dicari.

    ReplyDelete
  2. wah lama tak kemari yer che lah

    ReplyDelete
  3. kunang2,
    berniaga waktu malam ni tengah maghrib la orang tengah ramai, dugaan tu

    mamai,
    kita sama sama busy.. he he

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan