Thursday, May 20, 2010

Pengotor

Ada orang kata kalau nak tahu seseorang itu pembersih atau tidak cuba lihat bilik air di rumahnya, tandasnya dan tempat mandinya. Jika bersih tempat ini maka pembersihlah penghuninya. Semalam sebaik sampai di lcct daun terus ke tandas yang pertama kita jumpa sebelum kita cop pasport.

Beberapa hari tak jumpa tandas yang ada paip memang seksa, kita terpaksa menggunakan tisu basah memanjang memang tak selesa, dah tu terpaksa bawa botol air untuk ke tandas. Bagaimanapun memang mengecewakan bila daun membuka pintu pintu tandas di lcct ini, kesemuanya mempunyai pemandangan yang tak sanggup dilihat.  Tisu bertaburan, pampers pun ada, tuala wanita yang menggelikan, lantai yang basah. Tong sampah yang melimpah. Oh tidakkkk.


Ini ialah tandas yang paling bersih daun jumpa di situ.

Nak tak nak terpaksa pergi ke tandas yang kedua di tempat menuntut bagasi. Pemandangan yang hampir serupa. Bagaimanapun terpaksa juga masuk. Tak kan nak tahan sampai ke rumah. Bagaimana agaknya pandangan orang luar bila sebaik sahaja mereka sampai ke Malaysia mereka jumpa tandas yang sebegini. Sungguh mengecewakan. Agaknya Tony Fernandes tak pernah masuk ke tandas di sini. Dia tentu sibuk promosi tiket.  Air Asia memang sesak, ramai penumpang transit di sini. Tambang yang murah menarik mereka untuk singgah di Malaysia sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Tahun lepas untung selepas cukai Asia Asia rm 549 m berbanding Mas rm 4XX m.

Tandas awam kat mana mana pun kebersihannya memang tak seperti yang kita harapkan, cuba tengok tandas awam dekat jalan tar tu atau mana mana tandas awam sekitar kl yang memang memerlukan duit sebelum masuk. Siap ada orang jual tisu di depan. Kenapa dia panggil tandas awam kalau kena bayar? Daun jumpa tandas awam di Melbourne yang memang betul betul awam, tak perlu duit untuk masuk dan tisu pun free.

bersih di dalamnya

Tandas ini sesuai untuk lelaki, perempuan dan orang orang cacat. Cukup luas, kita cuma perlu tekan butang untuk buka pintu, tekan butang juga untuk tutup, kemudian speaker akan memberitahu kita ada maksima 10 minit untuk menunaikan hajat, seterusnya lagu lagu merdu akan berkumandang. Tekan butang juga untuk tisu, dia akan keluar sendiri. Tiada bayaran. Setelah selesai tekan butang pintu terbuka dan tertutup. Memang canggih,memang bersih, cuma ada daun daun luruh di luar kerana sekarang musim luruh.

p/s  daun pergi cuci tandas sekarang.

14 comments:

  1. salam,
    waaaaaaaa daun baru balik dari australia ke?
    bestnya
    nak kanggaro sekor
    egeggegeg...

    memang
    betul, byk tandas awam kat msia ni hampeh
    jijik mata mandang
    bau lagi bikin muntah ijo jerk
    saya rela x masuk kalo tandas air keruh kuning
    ada pad or tak pam
    terus nak muntah dan keluar jerk
    cuma ada la segelintir tuh okay
    cam hotel2 okay la
    hentian r&r pun okay

    teringat lak tandas semasa g germany
    macam yg u kata kat atas tuh la
    luas gila
    bersih seme lengkap
    nyaman lagi tak bau apa busuk pun

    pelik kan
    negara malaysia ni negara islam
    sepatutnya kebersihan utama

    salam,

    ReplyDelete
  2. teringin guna tandas canggih tu

    tapi kena bayar tambang kapal terbang dulu ya....

    ReplyDelete
  3. emel jer n3 nih ke tony..biar dia pecat pengurus bhg cleansing..sah x buat keje.

    ReplyDelete
  4. blue,
    kita memang pandang ringan kebersihan tandas, kita tak ingat kepada penguuna yang seterusnya.

    kl,
    tambang tak de hal, booking hari ni pergi tahun depan

    sha,
    daun ingat cleaner tu mc seminggu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum daun, tandas steysen minyak Esso kuala lipis pernah diistihar tandas awam yang paling cantik dan bersih di Malaysia...cubalah jenguk2..

    ReplyDelete
  6. daun, mana ole2 dari australia..paling koman jersi skuad piala dunia australia ke afrika selatan je huhuhuh

    ReplyDelete
  7. lipis,
    daun pernah sampai ke kuala lipis, bandarnya memang bersih, bangunan bangunan pun bercat cantik, majlis bandaran lain patut datang belajar dari mereka

    sahrom,
    barang semua mahal kalau convert rm

    ReplyDelete
  8. Kebersihan asas kesempurnaan Iman..

    ReplyDelete
  9. kalau yang berbayar pun tak bersih, apa lagi yang percuma. agaknya tandas2 di negara mat salih tu bersih kerana mereka tak guna air untuk cebok dan beristinja'.

    ReplyDelete
  10. relevan,
    memang islam suka kebersihan, kita yang lalai

    en al,
    betul juga tu tapi tak ada juga tisu bersepah atau lain sampah berselerakan

    ReplyDelete
  11. hans,
    bagus la, kebersihan bermula dari rumah

    ReplyDelete
  12. ala..xpyh tunggu tandas awam..tndas kat blik hosmet gua tu..peh....terbaikkk gua ckp lu...gua tak thu dorg ni gen ape...kromosom pmpn tp ...hmmm...klu tnds tu 10 minit je...cmne nk berak lma2?

    ReplyDelete
  13. doktor,
    pintu boleh tutup balik, tak ada hal tekan butang je

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan