Monday, May 24, 2010

Pertama kali

Semalam daun ada dijemput ke kenduri kahwin, maka jam 12 lebih daun dah gerak, singgah dulu di masjid berdekatan sementara tunggu kawan kawan sampai, jam 2.30 kita pun masuk dewan beratur di meja makanan. Tiba je giliran kita, lauk lauk dah licin, yang ada hanya kuah dan air sirap serta kek kecil kecil tu.

Daun tengok ada juga tetamu ambil nasi dan kuah je makan, kasihan mereka datang jauh jauh. Pihak caterer pula kata dalam 15 minit lagi lauk lauk akan sampai.   Timbul tanya tanya. ????????? Kenapa la caterer ni lalai tunggu sampai bekas tu kontang baru nak bertindak, baru jam 2.30 petang. Kemudian sedikit ayam goreng merah sampai setengah jam kemudian dan terpaksa dicatu. Tuan rumah mesti dah goyang orang ramai lagi datang.

Daun hanya diberi seketul kecil ayam goreng tu, tambah kuah sikit dah, nak komplen pun tak guna, makan je la apa yang ada. Kesimpulan dari kisah ini:
  • Sila datang kenduri seawal 12.00 tengahari, orang buka meja je terus serbu.
  • Kalau kenduri anak sulung memang saudara mara dan kawan kawan datang lebih ramai dari yang dijemput, kita pun terkejut.
  • Berhati hati memilih caterer, mereka yang kedekut memang masak ciput je, bayar mahal tu.
  • Sila makan di rumah terlebih dahulu untuk mengelak perut berbunyi.
  • Jangan menambah pening tuan rumah dengan bertanya jumlah tetamu yang dijemput.
Sudahnya kita singgah di kedai mamak selepas tu.

9 comments:

  1. tu nasib baik dlm keadaan lapar tak kena tolak keta kan? hehe

    ReplyDelete
  2. lg satu, klu tak dpt makan...cut la sampul yang bersalam tue..klu biasa bg kertas merah, tukar warna hijau plak heheheh...jahatnya sy kan huhuhuh

    ReplyDelete
  3. ikan emas,
    nasib kan kasihan mereka

    pok li,
    kita tumpang simpati, sah caterer tu tak laku lagi

    jah,
    ko masih menolak keta?

    sahrom,
    ih ih ih tak baik tu

    ReplyDelete
  4. mmg nk kena simpan cikedis spare dlm beg kan...?

    he he.


    .

    ReplyDelete
  5. daun, sure tuan rumah tensi jadi macam tuh.. eh, soklan tertinggal, ke ostrolia berjalan2 ke?. sronoknya.

    ReplyDelete
  6. hantu makan
    daun tengok dia cool je, tapi agaknya teruk caterer kena belasah lepas tu,
    ... daun hanya lepas geram ronda ronda rehatkan minda

    ReplyDelete
  7. salam daun,

    memang kita akan rasa geram dan marah
    tapi kita kena cepat2 berfikir semula
    semua itu rezeki..
    ada hari rezeki kita murah sesangat2
    ada hari kita tak ada rezeki
    so,
    hati akan lebih tenang dan terima tanpa bersungut dan menyalahkan sesiapa

    maaf, hanya ingatan buat diri sendiri juga
    pernah juga terjadi di pihak tetamu dan juga tuan rumah.
    masing2 ada masalah yg mungkin tak terniat

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan