Monday, July 12, 2010

Alhamdulillah, Terus...

Apabila kita berada di suatu tempat yang sebelum ini kita tak pernah terfikir akan berada di situ kita merasa terasing. Apabila kita mendapat satu benda yang sebelum ini kita rasa jauh panggang dari api, kita tertanya tanya, macam tak percaya. Betul ke ni?

Kita lupa takdir berada di depan kita. Sepuluh tahun dulu kalau melalui plaza phoenix, jalan memang sesak, tak mau tinggal kawasan berdekatan, susah pagi pagi nak keluar. Sekarang dah lain, tiap tiap hari boleh lalui kawasan itu, jalan pun dah besar. Ada pula altenatif melalui jalan lain. Lama lama kita pun dah biasa.

Sama juga bila kita berada di tempat yang baru, menyesuaikan diri dengan persekitaran pada mulanya memang susah, lama lama kita semakin melupai tempat yang lama.


Seperti orang yang tak pernah mendaki gunung, susah pada mulanya, bila sampai di pertengahan jalan kita didatangi oleh macam macam halangan, menganggu kita supaya berhenti separuh jalan dan turun semula, "perkerjaan ini memang tak sesuai untuk kita. "
"Kita tak cukup kuat"

Itu kata kata gangguan,
Jangan peduli.
 Terus jalan.

6 comments:

  1. satu tulisan yang sangat baik, padat dan banyak pengajarannya.

    tinggal lagi, bila dah tua2 ni sudah nak kejar dan menguasai teknologi baru lebih2 lagi dalam bidang ICT.

    ReplyDelete
  2. en al,
    kita tak cuba kita tak tahu, kita usaha dulu, setakat kita mampu, maklum dah tetua ni enjin berat

    ReplyDelete
  3. Jalan Cheras mmg jam teruk dulu. Skrg dah ok kan?
    Tempat saya pun dah ok sejak ada DUKE. Siapa sangka kampung saya boleh ada 2 batang lebuhraya iaitu DUKE dan AKLEH dan juga LRT hehehe

    ReplyDelete
  4. yb,
    memang kita tak dapat jangka apa akan terjadi di masa hadapan, siapa sangka rumah kawasan yb tu melambung harganya sekarang

    ReplyDelete
  5. Salam. Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan