Saturday, July 10, 2010

Jimat Cermat

Membaca blog tijah hari ni, daun tetiba teringat macam mana nak berjimat cermat seperti yang pernah di sarankan oleh Azizi Ali, daun baca hampir semua buku buku dia, cuma yang baru baru ni daun dah kurang baca. Dulu selalu juga dengar ceramahnya di tv, sekarang dah semakin kurang daun menonton tv. Pernah juga hadir mendengar ceramahnya di dewan, itu pun company bayar,  free, pergi la. Kalau sendiri nak pergi mahu melayang rm 750 untuk sehari seminar di hotel.

Bab bab gelombang kemelesetan ni memang kita tak tau, bila bila pun boleh datang, sekarang gelombang  ekonomi pun dah macam cuaca, semua dah tak ikut peraturan, dia boleh datang bila bila masa saja, macam musim hujan sepanjang tahun hujan, panas pun sepanjang tahun panas, tak kira negeri mana, semua kena.  Dulu orang ingat pantai timur je banjir, sekarang pantai barat pun boleh banjir, Kuala Lumpur hujan 3 jam pun banjir, itu kuasa tuhan.

Semua perkara boleh berlaku bila bila masa, berbalik kepada jimat cermat tadi, Azizi berkata kita kena mengurangkan interest sebanyak mungkin,  kita kena bayar rumah atau kereta 2 kali sebulan, lagi cepat kita kurangkan hutang lagi bagus. Masalahnya rata rata orang bayar sekali je sebulan, mana nak cari 2 kali sebulan, sekali itu pun ramai yang sangkut. Sebab interest ni tak pernah tidur, dia bergerak setiap hari.

Dia juga kata kalau kita tak mampu nak bayar hutang kereta dalam masa setahun, kita memang tak layak memiliki kereta, sah ramai orang marah, mana kita nak mampu setahun hutang, sekarang orang cari hutang sembilan tahun. Lagi lama hutang lagi orang senyum tanpa sedar interest sedang berganda ganda.  Orang dengan bangga akan beli kereta baru dengan hutang paling lama. Kereta sebenarnya hanya kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B, tidak lebih daripada itu.
yang mana kita mampu milik?

Dalam bab makan makan dan jalan jalan pula, kita sepatutnya keluar shopping dengan perut kenyang, makan dulu di rumah. Ini jarang orang buat, orang selalu keluar shopping dengan selera yang besar dan kemudianya makan juga besar. Macam mana nak jimat cermat? Dalam ketiga tiga contoh di atas memang tak mampu daun ikut. Untuk berjimat cermat memang memerlukan disiplin yang tinggi, bukan setakat hangat hangat tahi ayam, sehari dua je ikut lepas itu niat pun hilang.

Begitu juga dalam bab menyimpan duit, berapa ramai orang menyimpan dulu sebelum berbelanja. Termasuk juga orang yang sedang menulis ini. Jadi macam mana kita tak cakap duit kita nak simpan seratus pun tak ada. Kalau ada pun bila beberapa bulan saja memang akan  ada saja godaan datang. Dalam berjimat cermat disiplin memang tidak boleh berdolak dalih. Itu yang daun gagal buat.

Tak tahu di mana silapnya ramai orang kata : "Kau sah duit banyak". walaupun mati mati kita mengaku tak ada, orang tetap mengiyakan. Macam mana?

8 comments:

  1. setuju sgt. skrg tengah apply bab makan tu. mkn kenyang2 kat rumah then baru keluar. sbb bila lapar kita berpotensi utk ngap apa saja kat luar sana. contoh kenirojes. sorang makan dah rm20. kalu 3? tapi sesekali nak rasa takpe la kan. buat sindri ayam sekor yg besar pun baru rm15. puas hati. cehh! contoh pasal makan je plak kan?

    ReplyDelete
  2. tijah,
    tiba tiba daun teringin rosmeri ciken

    ReplyDelete
  3. berjimat penting tapi bahagian makanan den xjimat
    makan jer selagi duit ada
    hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam...

    betul3x...
    kdg2 semangat dan azam tu dah ade..
    tp disiplin zero...
    huhuhu...sesama la kita berjimat cermat.. :)

    ReplyDelete
  5. hans,
    makan la, bab makan ni memang payah nak berjimat

    cik shinju,
    ramai orang tak berdisiplin termasuk la daun

    ReplyDelete
  6. saya ni pun pemboros
    bila baca entri atau artikel cenggini, azam nak berjimat tu naikla.. tapi esok lusa cam gitu lah balik.ntahla

    entri terbaru saya : FIKIRAN TIDAK TAJAM

    ReplyDelete
  7. jimat cermat paling senang guna apa yang perlu bukan ikut nafsu

    ReplyDelete
  8. kl,
    ramai orang macam tu, panas sekejab je, macam pergi kursus motivasi semangat hari tu je pah tu lebur

    mamai,
    ya, betul... pakai yang ada je

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan