Bulan puasa ni, kita tengok banyak hotel hotel atau syarikat syarikat menaja majlis berbuka puasa bersama sama mereka yang tak bernasib baik seperti ini. Banyak juga bantuan lain mencurah curah datang ke rumah rumah kebajikan, kebanyakan orang memilih bulan puasa untuk bersedekah. Bagus la, sekurang kurangnya ada juga bulan orang mengingati orang orang susah. Bulan ini daun berpeluang melawat rumah anak anak yatim, inilah pertama kali menjejakkan kaki. Suasananya lain sedikit dari rumah orang orang tua, sebab kanak kanak semuanya cergas, mereka semua dalam peringkat membesar, keadaannya sama seperti melawat asrama asrama sekolah, cuma yang kurang, mereka tiada ibubapa. Tiada kasih sayang keluarga.
rumah mereka
tempat mereka
Bayangkan kalau setiap hari ke sekolah kemudian balik ke sini, di sini rumah mereka, di sini asrama mereka, di sini tempat berteduh, tempat makan dan segala galanya. Tak ada suasana rumah, suasana bergaduh dan bermesra adik beradik, suasana makan minum bersama ibu bapa, semuanya hanya kawan kawan yang berlainan peringkat umur sekeliling mereka. Bila cuti sekolah atau hari raya mereka akan pulang ke rumah saudara mara terdekat. Suasananya mesti tak sama. Sedihkan.
Bulan ini ramai orang datang memberi bantuan, baik dari segi kewangan atau apa apa keperluan seperti makanan, pakaian, selimut, cadar, telekung, sejadah, peralatan sekolah dan macam macam lagi. Maklum mereka bergantung hidup dari derma orang ramai. Sumbangan bulan ini sekurangnya kurangnya dapat bertahan untuk jangka masa setahun.
Bulan lain sumbangan tak selebat bulan puasa. Gembira mereka bila orang datang memberi bantuan. Kita kadang kadang tidak tahu apa keperluan mereka yang kurang sehingga kita sendiri melihat. Setengah setengah barang memang mereka angan angan nak dapat tapi tak semua mereka berpeluang menperolehinya. Apabila hajat mereka tercapai, riak muka gembira memang terpancar. Anak anak ini bukan sahaja memerlukan barang keperluan tapi juga kasing sayang. Sedihkan. Siapa yang tak sedih bila mereka mendengar mereka mengucapkan terima kasih. sambil berdoa,
" Ya Allah yan tuhan kami, berkatilah hidup mereka yang telah memberi kami makan."
Di hari hari terakhir bulan puasa ini, ramai orang berpusu pusu ke kedai pakaian, tempah biskut dan sebagainya. Kita gembira, kita lupa ada orang tidak bernasib baik seperti kita. Ramai juga yang mendapat bonus, kegembiraan mereka berganda. Belanja mereka lebih besar. Mulanya daun rasa kecewa kenapa la tahun ni daun tak dapat bonus raya, tetapi bila difikir fikirkan, singgah sebentar diri kita di tempat mereka yang kurang bernasib baik. Kita tidak sesusah mana. Syukur........
Kalo singgah baru kita boleh selami kehidupan mereka...
ReplyDeleteaminnn....
ReplyDeletewebmaster,
ReplyDeleteya berat mata memandang berat lagi bahu memikul
adzman,
ya ..kita masih bernasib baik....
alhamdulillah kita bernasib baik
ReplyDeleteP/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!
ada sesetengahnya dok situ bukan sbb piatu, kan..? tapi sebab mak bapak tak mampu bela. alahai...
ReplyDelete.
Daun Bidara,
ReplyDeleteKalau kita pergi ke sebuah rumah besar, (banglo@mahligai), selepas itu kita kenalah melawat 7 buah rumah yg buruk.
Barulah hati kita akan tenang. Jika tidak kita akan berfikir, kenapa rumah aku tidak sehebat rumah rakanku ini?
Teringat saya satu lirik lagu seberang
Lebih baik di sini, Rumah Kita Sendiri!
terima kasih semua komen di atas,daun tak sempat nak berblog kebelakangan ni.
ReplyDeleteuseful referencevisite site navigate to this websiterecommended you read useful referenceyou could try this out
ReplyDeletecheck that replica designer backpacks linked here this contact form visit this site right here replica ysl bags
ReplyDelete