Monday, August 16, 2010

Tak bangun sahur ke?

Macam macam ragam.
  1. Ada orang jam 12.00 malam dah sahur, sebelum tidur mereka makan siap siap, tak payah bangun bangun lagi terus tidur sampai pagi. Pinggan mangkuk pun sekali je basuh.
  2. Ada orang tidur dulu, ikut yang sebetulnya, bangun awal pagi, jam 4 dah bunyi kelengkung kelengkang, selepas makan tidur balik, ada juga yang jaga sampai pagi . Pinggan mangkuk selambak, sekali lagi kerja cuci mencuci.
  3. Ada orang bangun juga, bangun sekadar meneguk air, ada juga yang dah siap siap letak gelas tepi bantal, konon jaga je teguk air lepas tu tumbang balik.
  4. Ada orang langsung tak bangun sahur, malas nak bangun, kalau dah pejam mata tu jangan harap nak buka selagi tak pagi.
  5. Ada orang senang terjaga waktu orang sahur tapi tak lalu nak makan, sekadar pusing meja lepas tu tidur balik.
terbabas ke?

Dulu masa kecik kecik daun termasuk dalam kategori no 5, kemudian bertukar jadi no 1 dan sekarang bila daun sudah berani mengaku muda tua dengan sendiri dia bertukar menjadi no 2.

Bukan kerja senang nak bangun pagi masak atau panas apa yang ada, besar pengorbanan tu, nak pula kena kejutkan orang yang liat yang bangun. Kalau bangun tengok bola tu laju pula, tapi bangun sahur amat susah. Cabaran bulan ramadhan bukan setakat berpuasa saja tapi melayan orang makan sahur pun satu dugaan.

8 comments:

  1. Salam Ramadhan Daun,
    bangun sahur memang payah dan biasanya benda payah nie BESAR ganjarannya...
    klu bab bangun sahur nie saya respek sangat kat orang perempuan (terutama arwah mak & isteri saya)... tidur lewat camana pun pukul 4 am tetap bangun gerakkan kitorang bangun sahur...



    hebat ALLAH...

    ReplyDelete
  2. hohoho.. besar pengorbanan tu. hihi =P semoga berlebih ganjaran bila bangun sahur =)

    ReplyDelete
  3. Saya camne pun ttap bangun sahur sbb dh biase bgn awal...

    ReplyDelete
  4. hi Daun,
    saya Bella - Fin note blog sebagai salah satu blog favs dia..nice post..saya pun sama no5

    ReplyDelete
  5. salam,

    beza org islam berpuasa dgn org bukan islam berpuasa adalah dgn bangun makan sahur.
    disunatkan makan sahur dan melambat2 kan makan sahur sebelum waktu subuh walau hanya dgn minum seteguk air...

    semoga ibadah kita diterima Allah swt..
    amin

    ReplyDelete
  6. makan punya pasal, aku ok jer

    ReplyDelete
  7. yups betul2
    susah nak bangun pagi nih
    tapi kalau dkt rumah senang plak
    xfaham juga den kadang2 dgn diri sendiri
    hohho

    P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!

    P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan