Kalau pagi keluar awal, daun akan singgah kedai beli nasi bungkus, kalau lewat keluar, tengahari terpaksa la bungkus nasi kat sekitar kawasan yang mahal ni. Nak bawa bekal dari rumah
malas tak sempat. Sebenarnya kalau bawa dari rumah bukankah lebih bagus, daun memang kagum dengan orang yang membawa bekal setiap hari. Rajin betul mereka bangun pagi dan memasak dulu.
kita beli pun kadang tak sempat
Teringat pula dulu semasa pergi ke rumah seorang kawan, dia cikgu, memang masa bujang dulu buat air sirap pun tak reti tapi bila dah berumahtangga penyakit rajin dia memang tahap melampau. Tiap tiap hari sebelum ke sekolah dia akan memasak untuk bekal anak anak, bila petang dia akan membuka semua beg beg anaknya memantau. Dialognya dalam loghat Kedah.
Mak : Ini bekal kakak habih sapa yang makan?
Anak : Kawan
Mak : Kenapa bagi kawan?
Anak : Kawan lapaq
Salam Daun..
ReplyDeletebgun pg2 masak bekal x bape bgus..
nt ngntok kat opis..kuikuikui...(padahal malas) :p
Salam Daun...
ReplyDeleteSejak Daun tinggalkan office lama ni, Benteqpun dah tak bersarapan kat 8th flr. Mmg kena bangun awal la nak ke dapur. Habis teruk pun Benteq akan sediakan roti bakar untuk anak2 dan semua, jugak utk diri sendiri...bekal tu Benteq makan sampai masuk lunch hour... Memang jimat! Anak2 dan suami pun makin sayang..he..he..he..
Hahaha...memang kelakar... sebab ponah terjadi kek anak den... penat-penat bawak bekal, sampai sekolah kawan-kawan yg baham...
ReplyDelete(hahaa apsala den klik kat sini tadi...aduhh..)