Friday, January 21, 2011

Diet tak betul

Semasa mengemas meja hari ni daun jumpa salinan screening test yang dibuat dua bulan lepas, keputusannya hampir sama saja dengan tahun sebelumnya, bmi ok,blood pressure ok,urinalysis ok,glucose pun ok, cuma yang agak kantoi sikit ialah kolestrol, 5.56 mmol/L.Bagus juga office daun setiap tahun ada buat ujian ni secara percuma, kalau nak harapkan kita ke hospital memang tak tahu bila.

Mengapa kolestrol tinggi? Ini ada kena mengena dengan tabiat makanan setiap hari. Nak kata setiap pagi makan nasi lemak dengan teh tarik, memang tak ada tapi setelah dikaji kaji memang daun banyak cekik ikan bilis dan telur. Itu kan paling senang dimasak sedap dimakan. Daun dinasihatkan selalu makan oat, makanan yang paling rasa tak sedap tu dan senaman 3 kali seminggu. Ini yang susah nak buat.

pura pura sedap

Jadi bulan lepas daun dah beli oat, telan walaupun tak suka, senaman? daun masih mencari cari masa, walaupun sebenarnya bukan tak ada masa untuk bersenam tapi keinginan bersenam tu yang tak ada. Diharap tahun depan keputusannya akan bertukar lebih baik.


2 comments:

  1. Ada rakanku makan oat kononnya nak jaga kesihatan, tapi sayangnya lepas makan oat, tambah lagi dengan dua bungkus nasi lemak..! Cuci mulut, katanya. Huhuhu...aku hanya mampu tersenyum....

    ReplyDelete
  2. oat memang tak sedap, telan terpaksa

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan