Kesedaran untuk menyimpan ini bermula pada bulan disember 2006. Pada masa itu kalau tak silap musim haji. Seorang ustaz telah berceramah di surau pada waktu makan tengahari. Sebelum ini bukan tak pernah mendengar topik haji tetapi hari itu ustaz Wahidin berceramah dengan bersungguh sungguh dan sesungguhnya apa yang ingin disampaikan telah masuk ke dalam hati daun yang jahil.
Esoknya, terus daun dan seorang rakan pergi ke tabung haji dengan satu niat. Menabung. Selepas itu setiap bulan daun cuba sedaya upaya menambah sedikit demi sedikit. Mulanya daun ke tabung haji dan menunggu giliran untuk meyimpan secara tunai di kaunter, lama kelamaan tak larat lagi nak menunggu, potong melalui maybank2u lagi cepat cuma kena charge rm 1.50, tak kisah la, dari buang masa menunggu, baik guna jalan pintas.
Maka setiap kali akhir tahun daun akan semak baki dan mula berangan angan bila jumlahnya akan bertambah dengan lebih cepat. Dulu apabila menghampiri persimpangan jalan Ampang dan jalan Tun Razak kita akan dapat melihat bangunan tabung haji berdiri dengan megahnya, sekarang tiada lagi, bangunan bangunan baru muncul kiri kanan melindunginya.
Salam Daun,
ReplyDeleteSekarang nak menyimpan di Tabung Haji dah senang tak macam dulu2, masa tu hanya melalui potongan gaji.
ya betul, sekarang semua di hujung jari
ReplyDeletehari2 me lalu sinih.. ihiks
ReplyDeleteen me
ReplyDeletetima kasih