Akhirnya, hari ini daun menarik nafas panjang, setahun berlalu, misi utama 2010 telah tercapai, sekarang boleh tidur dengan senyuman. Jadi semalam daun dah memulakan operasi mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah. Paling utama sekali menebang pokok betik yang menyemakkan mata di depan rumah. Tinggi melangit, nak ambil buah pun dah tak sampai. Elok ganti dengan pokok pendek pendek sahaja. Sebulan ni memang sibuk mengalahkan tauke beras. Rumah dah lama tak berkemas, nasib baik tak ada orang datang, kalau tak mesti kena kutuk.
Tahun ini, daun tidak mensasar azam yang tinggi, elok kita bahagi bahagikan kepada pecahan yang kecil, supaya tidak semput dikemudian hari. Maka di hari yang pertama ini, diistiharkan azam untuk bulan Januari ialah:
Perang habis habisan terhadap kad kredit. Kesemua kad telah daun gunting dan buang, cuma hutangnya saja yang ada belum habis terbayar. Jangan malu malu nak menyatakan jumlahnya. RM 315.45 Sudah bertahun tahun hasrat untuk melangsaikan hutang ini tertangguh tangguh. Halangannya memang banyak dan kadang kadang tak mampu kita elak. Cukup payah menahan godaan menggunakan kad ini, tapi setelah kita potong kad, godaan itu berkurang. Tahun lepas daun tidak sekalipun menggunakan kad sebab semua kad sudah dipotong tahun sebelumnya.
Bagaimana untuk mencapai matlamat ini?
Senang saja, setiap kali bertemu dengan Public Bank daun akan berhenti dan menyumbang wang. Mesin itu sentiasa bersedia untuk menelan duit kita walaupun RM 10, kalau 15 kali lalu Public bank, sekurang kurangnya RM 150 dah selesai. Memang senangkan.
No comments:
Post a Comment
tidak lebih dari 50 patah perkataan