Sunday, December 20, 2009

Buka buku baru ?

Hari ini masuk hari ketiga di bulan Muharram, di manakah kelainannya? Daun cuba mencari apakah perubahan di tahun baru ini, tapi gagal, hari ini sama seperti hari hari semalam, tiada bezanya. Daun masih seperti daun di tahun 1430H. Pada 1 Muharram daun dengan semangat baru ingin berubah menjadi lebih baik dari semalam.

Hari jumaat lepas ada orang dari waktu asar sudah bersedia, mencari mana dia doa tahun lepas, simpan di mana?  Masing masing membaca doa akhir dan awal tahun. Daun hanya sempat membaca doa awal tahun. Daun sampai rumah sesudah azan maghrib. Ada juga orang masih leka, leka di pasar malam, leka menonton bola, leka di depan tv. Ada juga orang masih tidak tahu tahun baru telah datang, kita buka buku baru. Kita berdoa semoga buku lama kita diampunkan dosa dosa di dalamnya.

Tiga hari, jangkawaktu yang sesuai untuk menilai, dimana daun di tahun baru?  Semakin bertambahkah imannya? Semakin sempurnakah wudhuknya? Semakin khusukkah solatnya? Semakin tepatkah tajwidnya? Semakin banyakkah doanya? Semakin ikhlaskah amalnya? Semakin bersihkah hatinya? Semakin menimbunkah pahalanya? Semakin susutkah dosanya?

Daun,
Tidak ada makna maal hijrah sekadar ucap dan harapan. Hijrah datang hanya dengan perbuatan dan kepercayaan. Lihatlah rukun islam, lihatlah rukun iman, bukankah itu perbuatan dan kepercayaan? Lakukan perubahan dan percayalah Tuhan bersama sama orang yang ingin berhijrah.

p/s peringatan untuk diri sendiri.

10 comments:

  1. assalammualaikum

    semoga kita2 terus istiqamah dalam kebaikan

    ReplyDelete
  2. salam, semoga tahun ini lebih baik lagi...

    ReplyDelete
  3. niat dan disertai pernuatan itu yangs epatutnya

    ReplyDelete
  4. sonata,
    ya, moga hari ini lebih baik dari semalam

    mamai,
    semestinya begitu

    ReplyDelete
  5. Perubahan akan berlaku jika kita benar-benar menginginkannya.

    ReplyDelete
  6. semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelum ini

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, Tepuk dada tanya selera, kalau kita rasa nak berubah, pasti kita akan lakukan satu perubahan...tidak ada alasan lagi...

    ReplyDelete
  8. hans,
    ya semoga hari ni lebih baik dari semalam.

    lipis,
    pesan lipis akan diingati

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan