Monday, December 14, 2009

Dah ready bayar zakat?

Hari ni 14hb, bermakna lagi 2 minggu akan melangkah ke tahun baru. Soalan cepu emas yang selalu ditanya tanya ialah:

     "Ada ke bonus?"

Bagi company yang contractual bonus, 2 bulan contohnya, bolehlah angan angan, hujung bulan ni ada extra 2 bulan, boleh beli kelengkapan anak sekolah, tukar sport rim, bayar hutang kredit kad dan sebagainya. Belum pun duit masuk dalam akaun, budgetnya dah tersenarai. Gerenti  1 hb dah habis. Itu lah kebiasaannya, kalau tanya pada 2 hb, jawabnya "eh, bonus dah habis la."

Satu perkara yang kita lupa atau buat buat lupa menjelang akhir tahun ini ialah membayar zakat. Zakat pendapatan, zakat fitrah dah lepas. Kalau membayar zakat sudah termasuk dalam senarai kita, bermakna kita tidak lupa kerana syarat-syarat wajib zakat ialah:

  • ISLAM
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.

  • MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.

  • SEMPURNA MILIK
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

  • HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

  • CUKUP NISAB
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
  • CUKUP HAUL
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan. (dipetik dari website pusat zakat selangor)

Zaman sekarang dah senang, boleh kira sendiri dulu sebelum ke pejabat zakat, bawa duit je siap siap. Boleh prepare sebelum gaji hujung bulan ni. Klik sini untuk kira.

9 comments:

  1. salam...

    singgah jap ye...daun bidara kat mane tu...semacam je pokoknya...hehehe

    ReplyDelete
  2. yelah sepatutnya dah takde alasan dah utk byr zakat kan.

    ReplyDelete
  3. manusia susah nak bayar zakat tapi senang nak beli rokok
    xfaham betul

    ReplyDelete
  4. nak kena kira berapa la zakat nak kena bayar nie....rugi bayar text nie

    ReplyDelete
  5. cikgu,
    daun di kl,ini memang betul pokok bidara.

    finaz,
    wajib kalau kita termasuk dalam golongan yg terkena zakat

    hans,
    zakat ni hanya setahun sekali

    mamai,
    zakat peraturan agama, tax peraturan negara, dua dua pun kena juga

    ReplyDelete
  6. salam. memang deh set nak bayar sebelum hujung tahun ni. BTW terima kasih atas ingatan.

    ReplyDelete
  7. al lavendari,
    kita saling mengingati

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, orang yang tidak lupa berzakat, hartanya sentiasa bertambah..

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan