Tuesday, December 29, 2009

Patut kah tunggu ?

Hari Ahad lepas lesen memandu daun dah mati, time ni juga la dia nak mati ,selalu renew kat pejabat pos je bayar rm 2.00 extra. Entah kenapa semalam elok elok parking depan pejabat pos Medan Tungku, gatal pula nak naik pejabat JPJ kat seberang jalan di Maju Junction. Sanggup tu naik jejantas, konon nak jimat rm 2.00 lagi pun tak pernah pergi lagi JPJ baru ni.

Orang kata JPJ lagi cepat dari pejabat pos, kononnya. Maka bila sampai, Q nya panjang, ada la 55 orang lagi beratur depan nombor daun. Ini tak boleh jadi , turun tangga pergi pejabat pos balik di seberang jalan. Tengok angka giliran ada 7 orang je lagi orang beratur di depan. Memang hangus rm 2.00 tapi lagi cepat. kalau tunggu di JPJ tadi mahu baru jalan 15 nombor.

Daun nampak dekat Tabung Haji punya la ramai orang sampai tak muat. Kenapa la Tabung Haji ni sewa office kecil saja kat sini. Ini sah nak tunggu sejam atau sejam setengah baru panggil nombor. Buku pula tak bawa ingat nak update untuk akhir tahun.

Hari ini daun ke Tabung Haji HQ, nak up date mesti datang sini, kalau setakat nak masuk duit baik maybank2u lagi cepat tapi kena rm 1.50 per transaction, Setiap akhir bulan 12 up date buku untuk bayar zakat, jumlah bukan banyak mana pun, semangat je lebih, saja nak tengok nombor berapa orang Q, tekan nombor giliran. Tu dia..........

No. Anda: 2439
No. Sekarang: 2324
Sila duduk anda akan dilayan sebentar lagi.

115 orang tu tengah tunggu.... baik balik, nasib baik up date tak payah ambil nombor. Hairan kenapa dia orang tak buka banyak lagi kaunter..?

9 comments:

  1. sebb kedekut nk bukak kaunter....ti kn gune rmi org..mmg leper bontot la tnggu

    ReplyDelete
  2. kih kih.. kekadang tu terpaksa juga tunggu

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum daun

    kalau cepat takpe...
    kalau macam kura2 kat kaunter , memang masak lah menunggu tu

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam
    kura kura pun cepat juga

    ReplyDelete
  5. nak jimat belanja dan menambahkan keuntunganlah agaknya tu.

    ReplyDelete
  6. pengalaman brurusan di kaunter2 sebegini tak pernah yg manis, tapi kadang2 tu atas keterpaksaan pegi lah jugak

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, kalau balik masak nasik tu sempat makan nasik dulu, heheeh..nasiblah..

    ReplyDelete
  8. al lavendari,
    jimat jimat juga, customer kena utamakan

    kenari,
    kalau pergi pejabat kerajaan sah kena ambil cuti

    lipis,
    waalaikumussalam, lama tu..

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan