Beberapa tahun lepas kawan daun dari Aloq Staq yang selalu datang rumah mempunyai orang gaji yang asal dari sana. Tetiap kali datang rumah dia akan bawa orang gajinya sekali. Mana kita tahu dia orang Aceh, kalau kita orang tanya " Indon kat mana?" Dia tak senang, dia jawab "Saya bukan orang Indon, saya orang Aceh. Daun tak faham ini konflik geografi atau politik. Bukan kah Aceh itu di Sumatra?
Pernah juga sekali kami ke rumah saudara orang gaji ni di Cheras, kawan daun ni seorang majikan yang baik, dia layan keperluan kekeluargaan orang gajinya. Kedatangan kami disambut baik,orang Aceh mempunyai semangat ukhwah yang kuat. Ikatan antara mereka sama seperti orang Kelantan jumpa orang Kelantan. Riuh rendah gitu cakap bahasa mereka. Kita hanya nganga.
Daun ingat saudara dia ni orang gaji juga tapi bukan, seorang taukeh kedai runcit. Apa lagi, semua yang ada di kedai dia angkut ke rumahnya, ayam, ikan, daging, sotong, udang bagai. Kong kang kong kang dia orang masak, tak nak kita orang tolong. Cara mereka hormat tetamu katanya. Sesambil menunggu orang dapur masak kami berborak dengan taukeh kedai tu. Kami dihidangkan dengan teh beserta dengan segala jenis biskut. Kami bayangkan bagaimana pula banyaknya lauk pauk masa makan nanti. Daun dengan gaya seorang pemberita bertanyakan beberapa soalan kepada taukeh itu, antaranya:
- Bagaimana golongan minoriti seperti Aceh boleh bersaing hebat dalam perniagaan runcit di KL?
- Bagaimana mereka membuat pusingan modal sedangkan mereka tidak meminjam dari mana mana bank?
- Bagaimana saling membantu membina rangkaian kedai runcit tanpa cantas mencantas antara mereka?
- Bagaimana itu dan ini?
suka tengok diorang kan? kampuchea pun sama. jual tudung jer tapi kaya raya. mmg diorang superb dlm money management nih. tak cam org kita berduit sket mula usha prada. oppss..
ReplyDeleteAssalamualaikum, Orang melayu kita kalau meniaga nak terus kaya, macam skim cepat kaya, mereka tu berdikit2 berbelas tahun baru boleh macam itu...
ReplyDeletetijah,
ReplyDeletememang orang macam ni tak de pikir lain,kerja kerja kerja.
lipis,
waalaikumussalam,
dia org kerja kuat tak da short cut
org kita nak short cut kaya. baru mula bertatih berniaga dah beli keta mewah, pakai brg2 branded. modal ke mana untung pun entah ke mana
ReplyDeletemereka belajar susah untuk senang tapi kita belajar senang untuk susah
ReplyDeletekenari, ya ramai org berniaga mencampurkan modal sebagai untung
ReplyDeletemamai,
berniaga bukan untuk semua orang kan
Survival instinct mereka kuat. Kita ni terlalu manja.
ReplyDeleteyb,
ReplyDeletedia orang tak de pikir pasal nak dengki ke apa pikir kerja je.
kat tmpt aku org acheh gak
ReplyDeletekedai biasa jer
tp kereta besar wooo
ah fat,
ReplyDeletedia org pandai berjimat
org melayu kita baru untung sikit dah tukar keta
ReplyDeletetukar perabot
tukar bini
macam mana nak kaya?
hahaha
hans,
ReplyDeleteitu yang paling nampak
Kerana org kita asyik dengan kejayaan org lain dan susah nak membantu sesama kita...Ini semua mungkin didikan 'sikap' turun temurun...maaf...
ReplyDeleteSedikit penjelasan tentang "Dia tak senang, dia jawab "Saya bukan orang Indon, saya orang Aceh""
ReplyDeleteAcheh merupakan sebuah negara yg merdeka sebelum Belanda dan indon menjajah mereka. Kita semua tahu bagaimana besarnya Kesultanan Acheh dulu.
Jadi sebagai rakyat Acheh yg masih sedar tentang status ini, mereka mengaku yg bahwa mereka bukan indon, tapi mereka adalah Acheh.
Dari segi bahasa dan budaya mereka juga lebih dekat kepada kita orang Malaysia berbanding dengan Jakarta.
Itu 100% benar ,,,,,
DeleteDulu masa penjajahan belanda ..
Kalou tak ada Aceh , indon ne dah bisa di abil langsung oleh belanda ,,, nasib baik ada aceh yg tak bisa di jajah oleh belanda,,,
Indon ini tak tau balas budi ....
Indon ini buat aceh macam anak tiri ,,,,
Yg bagi modol buat negara indon ,buat beli pesawat terbang perta x ,masyarat aceh , .....
Ya terimakasi semua suku melayu,,, salam dari anak aceh
Bakal menikah dengan orang acheh jika direstui keluarga.. doakan ya amin
ReplyDeleteAmin ya Allah
DeleteYa, bagaimana ya mereka boleh survive berniaga perniagaan runcit ni? Bagaimana mereka boleh mendapatkan barang-barang dengan harga yang sangat murah? Saya sebagai seorang peniaga tempatan memang menghadapi cabaran untuk restok barang sebab barang semua kena beli tunai. Adakah mereka mendapat kredit daripada pembekal juga? Pembekal kami semua syarikat cina.
ReplyDeleteSeluruh semenanjung ada kedai runcit aceh
ReplyDeletecheck that hop over to these guys look at this web-site More Info Get the facts Get More Info
ReplyDeletem0o75i7k49 b8d16q6l02 y0b14v1v37 z5a74m5t80 l8a20t1t91 l7o97y8o06
ReplyDeletek7e80x7e23 g3x92z4l53 x3i19i1z91 c3v61w0c91 l9n03f2a85 y6p02e8v15
ReplyDelete