Di office daun ada seorang otai yang akan bersara tahun ini, dia ni banyak pengalaman hidup dan tak henti henti menceritakan berulang ulang kali. Tanya apa saja dia suka bercerita, dulu masa dia mula mula kerja tahun 70 an gaji ciput saja tapi cukup. Dulu taraf hidup tak macam sekarang, barang murah, pergi kerja pun naik bas je, jalan raya pun lengang. Bagaimanapun pengalaman yang menarik yang dia pernah kongsi ialah bagaimana dia berjaya berhenti merokok lebih kurang 9 tahun lepas.
Dia adalah perokok tegar dan kuat minum, dia kata fenomena ini biasa. Otai ni seorang India. Satu ketika dia pergi jumpa doktor buat check up, doktor memang terkejut biawak melihat lapuran paru parunya. Tanya itu ini begitu begini,
" Berapa batang rokok u hisap sehari? "
" 40 sticks"
hangus paru paru tu
Itu jam juga doktor sembur dia, " u kena ubah u punya lifestyle, kalau tidak baik mati je. " Wah keras betul teguran doktor tu tapi sedikit pun tidak mengubah tabiatnya. Bayangkan dengan 40 batang sehari betapa hitam paru paru dia tapi dia tetap otai. Hingga lah satu hari semasa dia berseorangan di rumah, dia terjumpa surat yang ditulis oleh satu satunya anak dia yang berusia 8 tahun di atas meja, surat itu berbunyi:
Papa,
Please stop smoking and drinking, I love u very much, I don't want u to die very young.
Pada ketika itu juga airmatanya bercucuran jatuh. Hati kerasnya tiba tiba cair. Setelah 29 tahun merokok akhirnya dia menemui turning point. Dia mula benci rokok, tanpa rokok dia lebihkan masa untuk bersenam dan lebih sihat. Memang susah untuk berhenti merokok tapi kata otai ini kalau hati sudah bulat apa pun boleh jadi. This is between u and yourself. Kita tentukan apa yang kita nak. Betul kata dia. Setuju.
ya betul tu.
ReplyDeletedimana ada kemahuan disitu ada jalan.
hendak seribu daya.tak hendak seribu dalih.
semuanya bergantung pada diri kita.
harap penyubiru tak merokok
ReplyDelete40 batang sehari?? tapi yelah nak berubah nih kena ada booster. Kalo tak susah nak berubah..
ReplyDeletefinaz,
ReplyDeletedulu harga rokok murah, sekarang 20 batang rm 6.40 kot
40 batang sehari?..
ReplyDeletesekarang dua puluh batang mane leh dapat RM6.40.
Sekotak sepuluh hinggit..
aujinz,
ReplyDeleteoh dah naik lagi ke? orang tak merokok tak tau
syukur saya tak merokok.jika tidak saya tak tau saya boleh jadi cam otai tu atau tidak.
ReplyDeletebos aku berenti lepas nampak gambar saluran jantungnya... dah rosak
ReplyDeleteMr penyu,
ReplyDeletesyukur jauh dari dari penyakit
ah fat,
kalau u merokok sila berhenti
ahhh...beruntungnya saya x merokok..
ReplyDelete