Tuesday, February 23, 2010

Kurangkan income tax

Hari isnin dalam The Star ada satu article berkenaan income tax, ada orang dah baca ada orang tak sempat baca, sila semak di sini. Income daun yang ciput ni nanti terpaksa juga kena bayar tax. Gitu lah tiap tiap tahun. Seboleh bolehnya tak mahu bayar( niat jahat) , jadi walaupun sesak di hujung tahun ,daun tetap cari jalan untuk membayar zakat sebelum atau pada 31 hb Disember untuk mengelakkan kena tax yang banyak pada bulan March atau April nanti. Alangkah bagusnya jika tax itu hanya dua digit angka saja atau pun 0 digit.

Daun masih mencari satu resit buku yang hilang, walaupun ada sampul khusus untuk simpan resit untuk tax kadang kadang resit tu hilang juga. Maklum lah manusia lalai, resit yang hilang tu rm lebih kurang rm 50 je, tapi dia akan mengubah kategori mana jumlah tax kita.  Bila sampai kat Bahagian E ni, 10 sen pun kita kira, Sila semak di page 21 dalam buku panduan untuk melihat kategori jumlah tax ni. Seboleh bolehnya daun mahu berada di kategori yang paling sikit. Biar taxnya nanti jadi 0.

Sekarang form 2009 sudah diposkan, kalau sesiapa yang dah biasa buat e filing tu, income tax tak ada lagi hantar form, membazir duit dia orang je print form banyak banyak, kan lebih senang online je. Kalau pakai form nak kena pos atau hantar sendiri, kalau hantar sendiri mesti lah ada saja soalan kita nak tanya kat kaunter tu, jawapannya pula memang skema. Sakit hati.

Dulu daun pakai fail SG, di sebabkan dulu daun ada sedikit side income, dengan baik hatinya daun declared, dapat diskaun sikit kalau isi form BE instead of B, income tax lalu tukar fail daun ke OG. Sekarang daun tak ada lagi side income,jadi  isi form B, tapi income tax cakap tak perlu tukar ke SG. Mereka kata SG dan OG hanya penanda jenis form saja , yang penting nombor di belakangnya saja. Form dia pula tetiap tahun bertukar konon nak sesuaikan dengan kehendak budget setiap tahun. Membazir kertas.

Tak payah la tunggu hari akhir nak isi form ni, hari ni pun boleh. Sila hantar sekarang.

9 comments:

  1. nie kena tunjuk resit ke???bukan kiter simpan resit, just klu diorang nak check br tunjuk erk....

    ReplyDelete
  2. Salam Daun.
    Tahun lepas saya kerja makan gaji sebulan setengah aje. Lepas tolak zakat mahu tak kena cukai bagi tahun ni. Pertama kali dlm sejarah kalau itu berlaku.

    Cukai2 yg saya bayar tu saya niatkan utk pembangunan negara dan amal jariah. Mana tahu duit saya yg ciput tu digunakan buat masjid ke hehehe

    ReplyDelete
  3. sahrom,
    resit tu tak payah sertakan untuk simpanan kita je

    yb,
    kalau yb yang income besar tu ciput apatah lagi daun

    ReplyDelete
  4. dah potong tiap-tiap bulan tak boleh nak lari dah nie...

    ReplyDelete
  5. ...
    e-filing...

    adesss lupe password..
    taon lepas sesak jugak LHDN sapu duit aku..

    taon nie??.. tak tau laaa...
    sob sob sob..

    ReplyDelete
  6. Lepas baca entri ni terus saya bukak laman Web LHDN tgk2 camne nak daftar...

    ReplyDelete
  7. mamai,
    tetiap bulan potong pun kena isi form juga nanti ada yang boleh refund tu terlebih bayar

    aujinz,
    lupa boleh call lhdn

    webmaster,
    senang je daftar, selamat mencuba

    ReplyDelete
  8. dah 4 thn kot saya guna efiling. Senang sikit..

    ReplyDelete
  9. finaz,
    daun dah cuba kira manual lebih mahal sikit dari online, sejak tu online je

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan