Wednesday, February 10, 2010

Hantu tv

Dulu masa zaman remaja, banyak masa daun dibuang di hadapan tv, siang malam menonton tv, bila dah ala ala dewasa sikit sama juga, siang malam menonton tv, dulu, balik kerja tak ada aktiviti lain, mengejar cite siri Korea atau Hong Kong kat tv, cerita melayu tak berapa laju sangat. Kalau tengok cerita siri ni memang sangup tangguh makan dulu, bukan tu je, sembahyang maghrib pun selalu terlewat. Tv punya pasal kawan ajak minum petang pun tak mau, nak kejar waktu.

Bila dah ala ala tua sekarang, sama juga cuma bilangan jam makin berkurang, hari hari mengadap tv cuma sambil sambil tu mengadap skrin ni juga.  Sejak berpindah ke sini tahun 2007, daun membawa bersama piring astro, konon nanti akan pasang segera. Malangnya hingga hari ni piring tu masih ada dalam stor. Kira kira 4 tahun juga tak menonton astro. Walaupun siaran tv bukan clear sangat terutama rtm, masih lagi boleh bertahan. Masih berhasrat tidak ingin khidmat astro, kononnya ingin mengurangkan masa menonton tv, kalau ada astro mesti lagi leka.


Tv pun bukan baru, tv lama pernah rosak dan dibaiki sebab nak beli baru pun tak berbaloi, mampu. Tunggu bonus tak muncul muncul. Tiada hiburan lain. Hanya tv, daun hanya mendengar radio dalam kereta. Seorang kawan pernah menumpang kereta daun mencari cd, memang tak ada cd dalam kereta, daun masih menggunakan radio kaset zaman dulu. Itu pun tak ada kaset, dengar radio je.

Seumur hidup tak pernah beli kaset atau cd lagu. Daun tak minat menyanyi. Bila balik Kelantan tu, selalunya bila melalui jalan bukit bukau Kuala Lipis - Gua Musang, radio tak dapat siaran, dia mula mengeluarkan bunyi bising semacam, itu juga dikira musik, tapi tak merdu. Orang yang gila musik tak akan tahan berada dalam kereta daun. Sunyi.

7 comments:

  1. ala, tuan..bole la panggil sy tuan..gaya penulisan tuan sebijik mcm al-lavendari..adakah tuan dan al-lavendari adik beradik berlainan ibu dan bapa mahupun rumahtangga...heheheh..maaf tuan, saje nk usik tuan..tuan layan lagu lamer tak??

    ReplyDelete
  2. baru beli LCD baru hehehehe rasa macam tak mau bangun dari sofa

    ReplyDelete
  3. 1. bonus awk dpt bulan April nti (company nak rolling dulu hehehe..)

    2. kadang2 dgr muzik nih lama2 mau gak rasa mcm nak pecah kepala. Especially kalo penyanyi tuh pompuan.. nyaring dia satu macammmm yiiiii... scary!

    ReplyDelete
  4. baincardin,
    al fatihah...

    sahrom,
    tolonnggggggggg finaz, tolong gelak 6 harkat ganda dua. tuan hanya untuk en al saja.anyway lagu lama tu ada le sesekali tapi dengar dalam kereta je.nyanyi tak reti

    mamai,
    daun tak minat musik, tak ada lcd pun tak apa

    finaz,
    daun boleh hidup tanpa musik tapi bonus tu perlu la, nak balik kg ni

    ReplyDelete
  5. giler gagah
    nasib baik ada tenet

    ReplyDelete
  6. okla..sy panggil tuan sbg puan erk..itupun klu dh puan la..klu tak sy panggil cik je a.k.a miss....heheheh

    ReplyDelete
  7. ah fat,
    intenet kurangkan masa tengok tv

    sahrom,
    panggil daun cukup, pangkat tak penting di sini

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan