Monday, February 8, 2010

Kuat kah Kita?

Semalam daun ada kursus, tepat pukul 5 semua orang cabut, cukup lah sehari mendengar, makan, mendengar,makan, itu je kerjanya. Hari isnin gerenti semua tak ingat. Lupa. Sebaik membuka pintu kereta daun telefon seorang kawan. Dia baru keluar hospital minggu lepas, masih mc di rumah. Ada masa luang boleh la melawat dia sekejab, jaraknya tak jauh sangat dari tempat kursus. Setengah jam sudah sampai. Ini kali pertama berkunjung ke rumahnya.

Orang gajinya membuka pintu, dia keluar menyambut daun dengan terbatuk batuk. Belum mendengar cerita sebenarnya lagi, daun cuma menerima panggilan darinya beberapa hari lepas mengatakan dia berada di hospital. Gelaknya masih sama seperti biasa, sakit atau sihat tiada beza. Dia ni memang terkenal dengan perangai gila gila. Bergurau keras memang tiada masalah baginya.

Kawan daun ni pernah membuat operation dulu, 2 tahun lepas. Pernah sekali dia menunjukkan parut di dadanya tanpa segan. Breast cancer. Penyakit yang meninggalkan kesan bukan sahaja parut di badan tapi juga kesan kepada kehidupan sekeluarga. Kali ini operation untuk kali kedua, parutnya lagi panjang, lebih kurang sejengkal. Kesan jahitannya masih baru. Tanpa malu malu kali ini dia juga menyingkap baju dan menunjukkan rupa bentuk yang selalu daun tengok di tv dan gambar sahaja.

Kali ini dia memilih untuk membuat local anesthesia, satu tindakan yang berani mati. Bukan calang calang orang sanggup memilih cara ini untuk operation di dada. Dia ni memang katogeri orang orang degil tahap dewa. Berapa orang sahaja sanggup mengambil risiko ini. Menurut doktornya dia adalah orang ketiga yang sanggup buat local anesthesia sepanjang kareer doktor itu untuk operation seumpama ini.  Dia menceritakan bagaimana doktor inject dadanya sebanyak 14 kali, masa ke semasa, satu persatu, matanya melihat bagaimana urusan kikis mengikis dibuat. Rasanya sampai ke tulang tulang rusuk.

Darahnya terpalit hingga ke leher. Dengan tidak memakai topeng tentunya mulutnya tak berhenti bercakap dan masih sempat menegur doktor yang tidak cukup inci tingginya. Di saat ini pun masih boleh bergurau lagi. Akibat kesakitan kakinya silih berganti sekejab satu atas sekejab satu bawah. Katil operation yang sangat sempit itu tidak cukup untuk guling guling. Sekejab dia rasa nak terkencing. " doktor saya nak kencing" " kencing je nanti saya basuh". Tempoh 25 minit berlalu dan operation siap. Tuhan memudahkan.

Selesai operation doktor memberi ubat tidur, sedarnya kesakitan datang lagi, baginya sakit, mati adalah perkataan biasa. Sudah lali. Kami selalu bergurau, tak tahu sapa mati dulu. Kau ke aku? ha ha ha. Kini dia akan menjalani chemo selama 3 bulan dan mc selepas chemo lagi 3 bulan. Sepanjang chemo tentunya tak boleh lagi melawat, pesakit sangat sensitive pada persekitaran. Sepanjang kami berborak daun dihidangkan dengan berbagai kuih dan juga mee goreng.  " Kalau kau boleh makan semua ni memang kau hantu raya, malam ni aku kena baca ayat kursi banyak banyak" katanya bila daun terkejut melihat banyaknya hidangan.

Tubuh yang kurus, mata yang cengkung dan kehitam hitaman. Itu adalah apa yang kita nampak, kesakitannya kita tak nampak. Hanya orang orang sepenyakit sahaja yang  tahu lebih arif. Penyakit yang menelan belanja bukan sedikit. Katanya  dia kuat kerana anak anak. Tiga anak lelakinya yang sudah 2 kali menjahanamkan tv dan mematahkan kerusi di rumah. Mereka lah sebab dia hidup. Tentunya dia faham Tuhan juga tidak akan menguji kita jika dia tahu kita tak mampu menghadapinya.

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan olah Aiysah r a " Tidak ada satu pun musibah yang menimpa seorang muslim kecuali dihapuskan segala dosanya sekalipun kerana tercucuk duri"

5 comments:

  1. semoga Allah sentiasa bersama sahabat daun tu.. Amin..

    ReplyDelete
  2. semoga dia tabah dengan ujian yang di beri

    ReplyDelete
  3. finaz,
    katanya sejak dia sakit dia insaf sikit, setiap hari ke masjid, setiap malam bangun sembahyang

    mamai,
    bukan semua orang terpilih melalui ujian berat ini

    ReplyDelete
  4. tersentuh mendengar.
    saya panjatkan doa.
    pesan pada kawan awak,
    dia role model
    mungkin hidupnya juga untuk inspire orang lain.

    :)

    mmg betul bukan semua terpilih untuk ujian maha berat..
    mmg betul juga tuhan bagi ujian yg kita mampu hadapi.

    just hope orang yg mendapatnya akan paham dan see the beauty of it, throught it, and at the end of it

    ReplyDelete
  5. hantu makan,
    terasa insaf kita bila melihat keadaan ini,berat mata memandang berat lagi bahu memikul

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan