Tuesday, March 23, 2010

Book Fair, Apa ada?

Isnin daun cuti, tujuannya nak merayau ke book fair di pwtc, tahun ni lebih banyak booth dibuka. Sengaja pergi selepas cuti sekolah habis konon tak nak berebut dengan cikgu cikgu dan student semua. Masuk jam 11.20 pagi keluar jam 2.15, kira lama la juga itu menapak satu booth ke satu booth. Itu pun kira tak nak balik lagi tapi memandangkan ada agenda lain pula terpaksa la balik dulu.

Apa ada di sana?
  • Mesti la buku, beribu ribu buku ada di sana. Siapa yang nak pergi sila lah tarikh tutup 28 hb ni. Bermacam macam buku ada, dari buku kanak kanak hingga la buku orang orang tua. Semua kedai ada diskaun, jangan malu malu nak tawar menawar, kat kedai memang tak dapat harga ni.
  • Sekumpulan orang orang bertauliah dari Linguaphone, tugas mereka menyekat semua orang yang lalu lalang sambil bertanyakan soalan sama " Kak, anak umur berapa? kami ada tawaran istimewa." Sepanjang daun di situ ada la lebih 10 orang tanya soalan itu, mereka ada di mana mana. Kalau ya pun jangan la melampau sangat orang nak berjalan pun susah.
  • Sessi bertemu penulis, sempat juga daun jumpa Fatini Yaacob, penulis buku Natrah yang baru di pasaran tu, sungguh bersemangat dia bercerita, kagum dengan semangat dia. Bukan senang menulis buku tebal sebegini.
  • Booth yang berkaitan dengan buku seperti Kementerian dalam negeri, bahagian penerbitan, mereka ada contoh buku buku yang dilarang dijual di pasaran, di letakkan dalam cermin, tengok je tak boleh pegang, daun pula tak ambil gambar, maklum handphone tak ada kamera. Pegawai tu cakap boleh lihat senarai tu dalam website mereka. Antara yang dilarang ialah buku mengenai sembahyang yang kulinya ada gambar orang sembahyang sambil kepit Al Quran di ketiak, daun tengok masih banyak dijual di kedai kedai, ditarik kerana boleh mengelirukan orang ramai kerana negera kita mengamalkan Mazhab Shafei. Juga Al Quran yang tak betul cetakannya, kalau nak beli sila pastikan ada cop dikulit dalamnya. Juga tak ambil gambar, handphone kan tak ada kamera.
  • Kedai minum dan makan, maklum booth tersangat banyak kita tentu dahaga nak menjelajah semua dewan. Masuk dewan ke dua dah penat, mengah. Tolong jangan pakai kasut tinggi.
  • Cenderamata? Eh mestiah ada.

Habis apa yang dibeli? Merayap lama lama tak sah kalau tak angkat sebiji. Memandangkan budget untuk beli buku hanya rm 50 je, maklum nak nak hujung bulan ni rupiahnya kurang. Lagipun buku kat rumah bertimbun ada beberapa biji belum habis habis lagi baca. Maka daun hanya beli buku ni.

  • Hakikat kehidupan duniawi oleh Harun Yahya rm 45 rm 40 , kisah kebenaran tentang kehidupan manusia, pernah baca buku dia sebelum ni, berat olahannya tak kan habis dalam masa seminggu.
  • Travelog Dakwah oleh Mohd Kamil Ibrahim, rm 18 rm 15, kisah pengalaman dia sendiri, berubah dari orang yang tak tahu kepada tahu, pernah baca buku pertama dia, tidak ada unsur riak, bagus untuk orang yang ala ala nak insaf.

Setelah merayau hampir 3 jam tentulah letih dan lapar kan, semalam daun tak masak cuma singgah kg baru, sesekali kena ayam kg bagus juga. Bungkus je, nasi separuh, ayam kampung goreng, sayur kegemaran dah habis, taugeh pun jadi lah, daging cincang, sambal sikit, rm 6.50, ini menu Kelantan.


sebelum kejadian

selepas kejadian

9 comments:

  1. ada orang tak kat pesta buku...kalau ada kat bahagian mana yang paling ramai yer

    ReplyDelete
  2. memang la ada orang, dewan dua la ramai, tingkat 4 tak ramai sangat

    ReplyDelete
  3. daun..nape daun pisang tue daun tak makan..goreng pon sodap tue...
    p/s: daun ada jumpe habiburrahman el-shizary tak?

    ReplyDelete
  4. sahrom,
    daun pisang hanya dimakan oleh lembu

    p/s tak pernah jumpa atau baca karyanya termasuklah novel ayat ayat cinta yang popular tu, tak sesuai dengan otak daun yang dah meningkat tua ni, nak baca karya faisal tehrani pula terlalu tinggi.

    ReplyDelete
  5. salam,
    heeeeee
    akak suka gak nak pergi ni kalau duit tgh ada
    banyak sgt dalam senarai pala otak ni nak beli
    kena tengok bajet la dulu,
    dulu pergi
    sempat jumpa penulis novel aisya sofea.
    beli novel dia, kau untukku
    dia tanya nama, then sign kat buku tuh
    ewwwwwwww.. malu kita
    lalalala..

    lepas beli2 buku
    penat kan
    lapo kan
    makan gak la kerja dia
    hahhahaha

    ReplyDelete
  6. fuiiii licingg...bagus, bagus tak baik membazir rezeki...

    ReplyDelete
  7. blue,
    pergi jangan tak pergi

    hans,
    tutup kul 9 malam sempat lagi lepas office

    finaz,
    makan jangan tak makan, berhenti sebelum kenyang he he...

    ReplyDelete
  8. huhuhuhu...

    tak sempat sempat lagi nak pegi..
    takde geng..

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan