- Mengumpulkan semua kad (ada 2 kad)
- Pilih yang mana paling sikit hutang, gunting tanpa ragu ragu.
- Bayar hutang kad yang telah digunting semaksima mungkin setiap bulan.
- Bila kad yang telah digunting itu habis dibayar, pergi bank tutup akaun. Habis satu cerita.
- Gunting kad kedua tanpa ragu ragu, tak perlu pejam mata masa gunting ini.
- Bayar hutang kad kedua ini semaksima mungkin setiap bulan sehingga habis.
- Jangan tergoda dengan mana mana pujuk rayu untuk mengambil kad baru walaupun hadiahnya teddy bear.
- Jangan mengamalkan sikap "nak tolong kawan" bila kawan kita datang promote kad baru.
- Menampal jumlah hutang besar besar di dinding rumah sebagai motivasi untuk mengecilkan jumlah itu secepat mungkin.
- Membayar hutang secepat mungkin sebelum due date untuk mengelak interest melambung.
- Jangan malu malu bercerita tentang jumlah hutang dan progress payment kepada kawan kawan sebagai motivasi.
Daun telah melalui semua langkah di atas dan menunggu beberapa bulan lagi untuk menghabiskan hutang. Langkah terakhir ialah menutup akaun kad terakhir.
Sabar sabar, sikit saja lagi dan setiap kali melintasi bangunan ini daun teringat daun ada hutang dengan dia. Bank yang teguh ini telah banyak mengutip interest dan rasanya tak sanggup lagi menyumbang
dan hutang kita menyumbang profit kepadanya seperti di sini.
hahaha. sama la kita. aku tinggal 1 jer skrg ni. tu pun pakai utk emergency jer cam tayar bocor ke. setakat ni dah setaun lebih tak swipe kat mana2 soping komplek.
ReplyDeleterespek ko yg gagah
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeletesamalah kita nampaknya
saya pun tinggal nak menutup kad kredit terkhir saya
tak mau dah kad kredit..
tijah,
ReplyDeletebagus tu, yang satu tu juga kadang kadang terbabas sebab tu daun gunting semua
ah fat,
gagah sebab setiap kali nak pakai kad teringat kata kata kawan daun " tak mati pun aku tak pakai kad kredit"
kl,
sama sama la kita nyah kad kredit
ye ek mcm tue..sy tak tau coz tak pnh pakai kad kredit..ada la org mai opis promote baik punya tp sy halau je..klu dia promote gak walau perkataan halau sudah dikeluarkan..sy yg kua dr opis sy heheehhe....
ReplyDeletesahrom,
ReplyDeletebagus juga idea ni
tq for sharing
ReplyDeletegood info
akak pun ada 2 kad ni
mmg niat nak potong
ekekkeke...
jom jom