Sunday, March 21, 2010

Tabiat

Kita kadang kadang tidak sedar kita mempunyai satu tabiat sehingga orang lain memberitahu. Ada juga tabiat yang kita sedar tapi kita tak mampu mengubahnya atau tidak mahu mencuba mengubahnya. Daun mempunyai satu tabiat dan sedang cuba untuk mengubahnya. Ini selalu berlaku jika boss bertanyakan soalan, maka dengan sendiri tangan daun akan mengaru garu kepala sambil menjawab.

Obama pun sama

Daun ada perhatikan tabiat tabiat orang lain antaranya:
  • Mengigit kuku. Ini berlaku bila mereka menonton tv atau leka membuat sesuatu, mereka akan mengigit kuku, semua sepuluh jari digigitnya menyebabkan kuku tak cantik, menjadi terlalu pendek dan nampak kontot semacam.
  • Mengoyang goyangkan kaki. Berlaku di mana mana dan bila bila masa, waktu duduk, berdiri, baring, memandu,  masa interview pun, pendek kata 24 jam.
  • Memegang hidung dan kening. Ini paling ramai dan paling ketara. Di kalangan orang politik malaysia daun tak dapat kesan seorangpun tapi di kalangan artis seperti M Nasir, Mawi dan Adlin Aman Ramli, walaupun daun bukan peminat mereka tapi selalu nampak di tv.
  • Melatah. Ohhh.. ini tabiat yang paling susah kita nak ubahnya. Menggalakkannya memang senang. Melatah bukan sahaja di kalangan orang orang tua, orang orang muda pun ada yang sengaja cuba nak menjadikannya tabiat. Kalau melatah sebut yang baik tak apa. Sebut yang tak patut kita pun malu nak mendengar.
  • Mengenyit mata. Ohh ini juga bahaya. Orang akan tersalah tafsir nanti. Sesiapa yang ada tabiat ni segeralah mengambil langkah drastik, segera sila hentikan!
Banyak lagi tabiat kita cuma yang paling biasa adalah seperti di atas, ada juga yang tak sanggup ditulis di sini tapi rasanya masing masing sedar cuma tidak mahu mengubahnya. 

9 comments:

  1. daun

    tabiat saya...
    suka tidur cepat.
    kalau lambat tidur, esok mesti moody...

    * baru saya tahu maimunah tu.
    tak ingat kat dia sebab dah lama tak baca DCKK, dah bertahun tak baca..

    ReplyDelete
  2. alamakkk, kalo saya tgh pikir pun mmg suka pegang kening tak tau apsal.. (ekceli selama nih xpernah terfikir pun sampailah saya terbaca n3 awak nih Daun..) TQ ye kerana myedarkan hahaha...

    ReplyDelete
  3. hahahah
    betul2
    dah selalu buat mana nak sedar kan

    ReplyDelete
  4. saya suka goyang kaki bila duduk..
    huhuhu

    ReplyDelete
  5. kl,
    daun pun dah lama tak baca dulu masa muda muda rajin la

    finaz,
    yang daun tau kening u memang cantik he he

    hans,
    semua orang ada tabiat cuma tak sedar

    lanun,
    itu biasa, ada orang suka menyapu nyapu mulut atau suka sengetkan leher

    ReplyDelete
  6. huhuhu...suke kutuk org pun tabiat ke???

    ReplyDelete
  7. sahrom,
    memang itu pun tabiat, kalau tak mengata tak sah

    ReplyDelete
  8. kalau naik kete, jadi co driver, tangan mesti nak peluk tubuh.. tak reti nak letak kat lain..

    ReplyDelete
  9. che pit,
    bagus juga tu sambil menekan brek

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan