Sembang sikit sikit dengan pegawai bertugas yang peramah tu minta kebenaran ambil gambar.
katanya jangan beli ayat ayat Al Quran yang ditulis di kulit kulit binatang, dikhuatiri disembelih tidak mengikut peraturan dan lebih kepada keperluan perniagaan sahaja. Juga yang salah baris atau ejaan,mana kita tau kan, kita tak pandai bahasa arab.
Antara Al Quran yang dirampas kerana ada kesalahan kesalahan tertentu
pinggan pinggan dan bekas makanan ynag dicetak ayat Al Quran, juga di rampas bimbang dibeli oleh orang bukan islam dan diguna dengan tujuan yang salah
ramai antara kita tidak fasih bahasa arab dan tidak tahu ada kesalahan di dalam Al Quran di kedai, sila pastikan ada cop sebegini sebagai tanda sah kandungannya betul 100%
buku yang telah diharamkan tetapi masih banyak di pasaran, diharamkan kerana menimbulkan keraguan di kalangan pembaca. Sila jangan beli buku ini. Banyak lagi buku buku yang diharamkan termasuklah buku buku berunsur lucah yang melambak di pasaran. Buang masa je ambil gambar buku buku tak bermoral tu.
Lepas ambil gambar gambar ni terus ke gerai berkenaan untuk membeli buku Ustaz Nooli, ustaz yang selalu daun dengar suaranya di radio dan membaca bukunya. Alhamdulillah ustaz ada hari ini, daun membawa buku lama ustaz dan bertanya itu ini begitu begini, terima kasih ustaz dengan tunjuk ajar, semoga dimurahkan rezeki dan menulis banyak buku lagi, daun budget ngam ngam je rm untuk beli buku buku ustaz, semoga pelaburan ni membawa kebaikan. Sempat juga ustaz autograf.
terima kasih sekali lagi ustaz
Lepas tu daun terus balik tanpa toleh lain lain gerai lagi. Terus menuju parking. Duit dah habis.
daunn..pertama kali la akak tak pergi pesta buku..sedihnya..masa tak mengizinkan..nak pergi esok..tapi anak sedara di hospital melaka..nak pi melawat pulak...tadi..sabtu..anak sekolah pulak..
ReplyDeletebanyak info dpt dari entri ni.nice sharing! :D
ReplyDeleteerna,
ReplyDeletetahun depan mesti ada lagi
mr penyu,
ini saja yang daun ingat,semoga ada kebaikan daripada info tersebut
bagus awak nih..beli buku & beramal dgnnya ilmu darinya mmg satu pelaburan yg baik..Dah abis baca nti, share lah info dgn kitaowang..
ReplyDeletefinaz,
ReplyDeleteinfo dari blog u lagi banyak, ada masa akal daun tak tercapai untuk fikir, maklum dulu sekolah atap je
slm ziarah.. tima kasih info..
ReplyDeletemaiyah,
ReplyDeleteapa apa yang baik elok kita share
pembelian saham yang tak akan rugi. saya sendiri suka beli buku .. tapi akhir2 ini kurang sikit kerana rasa amat bersalah dan tidak berlaku adil kepada buku2 tersebut kerana tidak terbaca atau baca separuh2 je. azam untuk menghabiskan bacaan tu ada .. tetapi asyik tertangguh je. mungkin lepas ni saya kena kurangkan sikit berblogging !
ReplyDeletedah dekat setahun daun berazam macam tu tapi panggilan blog lagi kuat
ReplyDeletelepas nie boleh la pinjam buku-buku tu...saya tak berkesempatan nak pergi
ReplyDeletemamai,
ReplyDeleteboleh apa salahnya