Apabila kita mula menyalahkan wiper kereta kerana tak bersih mencuci cermin yang menyebabkan kita nampak tak jelas signboard di depan, maka itu tandanya mata kita dah kabur. Juga apabila kita menyalahkan antena tv kerana tak nampak jelas tulisan di tv, itu juga tanda mata kita dah kabur. Semenjak mula menjadi warga tua ni, penglihatan pun mula kelabu, cahaya lampu menjadi pecah, gambar yang jelas nampak terbayang bayang. Itu tanda tanda kita rabun. Sila lah ke kedai cermin mata.
Daun mula mengenali cermin mata sejak beberapa tahun lepas. Pakai pun masa memandu malam saja. Kemudian rabun itu berlaku pula waktu siang, bila pergi kursus atau berada di bilik yang memerlukan kita memabaca tulisan yang kecik yang jauh di depan, terpaksa pakai walaupun confirm nampak 10 tahun lebih tua. Daun mula mengenali apa itu multicoated lenses.
Memakai cermin mata untuk rabun jauh tak sesuai untuk orang yang suka membaca buku. Cermin mata ini perlu di bawa kemana mana dalam beg, pakai bila perlu sahaja dan pernah juga tercicir. Hangus duit lagi kalau buat yang baru. Untuk melihat yang dekat lebih sesuai tanpa cermin mata, ini menyebabkan kita tak selesa untuk menulis dan melihat white board yang jauh di depan silih berganti. Sekejab buka sekejab pakai, tak pun mengangkat sedikit cermin untuk melihat ke bawah atau menunduk untuk melihat jarak dekat.
Penat dengan aktiviti ini kita perlukan multifocal lenses, boleh tengok jauh dan dekat sekali gus tanpa buka cermin mata. Duit mesti tambahlah. Orang kedai memang akan kempen kita dari harga tinggi hingga harga rendah, dia akan pakej seperti agen insuran menjual insuran kepada pelanggannya. Apa yang boleh dimasuk dalam quatation dia akan masukkan termasuklah accident death benefit yang memang sah sah bukan kita yang dapat.
Memilih cermin dan frame memakan masa berjam juga, tambah tambah orang yang cerewet, nak kena cari yang sesuai dengan bentuk muka dan duit dalam poket. Bentuk saloma ni memang tak sesuai dengan daun.
kalu bentuk saloma x sesuai...daun pakai bentuk camner?
ReplyDeleteempat segi
ReplyDeletesalam daun..akak dah lama pakai multicoated tu..tapi baru2 ni..rasa macam dia buat tak betul..bila pandang kedepan ta nampak dah 3 kali pergi..kali ni nak pergi lagi..mintak dia terus ganti yang baru..bukan sikit duit kan...
ReplyDeleteini baru pertama kali pakai multicoated baru nak biasakan diri, memangla kopak kalau nak ganti baru
ReplyDelete