Hari ini daun berjumpa seorang ustazah, mengajar di sekolah kafa, malamnya mengajar mengaji di surau. Berborak sedikit sebanyak tentang kerjanya mengajar mengaji di sebelah malam, tergerak hati daun untuk bertanya berapakah yuran yang dikenakan ke atas seorang murid sebulan? Seminggu dia mengajar tiga kali. Kebanyakan murid muridnya bawah 12 tahun.
Ini bukan lah pertama kali daun mendengar jumlah yang sebegini. Ustazah ini hanya mengenakan bayaran rm 10.00 sebulan, itu pun ada juga yang memberi rm 5.00 sahaja, daun tidak terkejut. Mereka, orang orang yang sebidang dengannya lebih mengharapkan ganjaran pahala berbanding pulangan dalam bentuk kewangan. Ikhlas lebih dari segala galanya.
Pernah dulu daun mendengar ceramah dari ustaz Badrul Amin, katanya kita kalau sekali ke Tesco, dalam troli penuh barang, bila sampai di kaunter kita bayar beratus ratus, kita sanggup untuk makanan dan lain lain keperluan, kita juga sanggup menghantar anak anak mengaji atau menjemput ustaz datang ke rumah. Ustaz pula datang dengan motor buruk, premm.. pem.. pem...pem....berapa kita kasi mereka sebulan? rm 20 sahaja. Kita sanggup. Ustaz pula tak banyak cerita, ustaz ikhlas, tidak minta lebih, ustaz tidak sampai hati menerima.
Kesanggupan kita menerima atau membenarkan keadaan ini berlaku sudah menjadi perkara biasa. Tiada siapa yang komplen. Berapakah nilai rm 10.00 sebulan sekarang?
sebenarnya kita bakhil dengan diri kita sendiri kita bagi bagi banyak kita juga yang dapat(pahala)orang lain tak dapat.pahala tu kekal tapi kita tak kejar
ReplyDeleteanom,
ReplyDeletekita tak sedar kita bakhil, banyak meminta dari memberi
Salam...
ReplyDeleteAminkan Doa Imam Masjidil Haram
mcm org selalu kata..pi tgk wayang 2 jam rasa sekejap tp dgr ceramah 1 jam..dh mengantuk heheheh
ReplyDeletesahrom,
ReplyDeleteitu hari hari berlaku?
baincardin,
kita minta yang terbaik
orang sering mengambil kesempatan ke atas keihlasan kita
ReplyDeletedaun..akak tak pernah berkira..kalau ustaz ustazah..tidak berkira..kita pun sama..juga ikhlas memberi..dengan mengambilkira..kesudian nya mengajar..yang sepatutunya tanggong jawab kita sendiri..apalah nilai 10 itu sekarang...ni..kan..
ReplyDeletemamai,
ReplyDeletekadang kadang orang salah sangka keikhlasan kita
k erna,
ikhlas, lagi membawa berkat