Thursday, June 17, 2010

Terbalik?

Hari ini daun ada terima email, mari lah kita sama sama membacanya untuk renungan sekejab.

11 AMALAN YANG TERBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang

amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah

terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh

Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut

dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah

sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati

selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan

seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di

mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk

keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga

tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan

belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir

makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim

yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum

dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam

berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak

dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau

ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya

kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke

kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi

makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas

dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,

pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu

perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan

nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,

sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang

supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat

malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah

seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang

berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan

setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa

adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di

bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri

sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri

pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari

bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat

kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.

Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau

anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu

hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru

tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak

bayar RM15.00 sebulan pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan

kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran

atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,

mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi

peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak

ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,

rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,

bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan

yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias

untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga

kurang bahagia.


11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk

gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak

benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak

forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima

hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita

menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut

selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan

peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun

satu ayat." (Riwayat Bukhari)


Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua insyaallah

Wassalam

Thanks & Regards

Mohamad Zulkifli

Information Management & Statistics Division

Malaysian Industrial Development Authority (MIDA)

7th Floor, Block 4, Plaza Sentral, KL Sentral

50470 Kuala Lumpur.



Tel: 22673633

Fax:22742857

2 comments:

  1. macam-macam...

    terbalik pun semuanya cara atau amalan yang baik juga.
    kita berfikiran positif !

    ReplyDelete
  2. betul betul betul..

    hehehhe..
    banyak amalan kita yang terbalik.
    Akak kopipes ke?..

    banyak paragraph lari nie..
    hik hik hik

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan