Wednesday, June 9, 2010

Tangan di atas lebih baik..

Kita selalu melihat kejadian sebegini, bukan sekali, di mana mana pun berlaku, di pasar malam memang selalu ada. Bila kita tengah tengah laju berjalan tetiba kaki tersekat kerana di depan kita ada orang cacat duduk bersimpuh, dengan kaki tempang, dengan anak kecil menyusu, siap bertongkat lagi. Mereka ini meminta sedekah.

Ramai orang yang bersimpati menghulur derma, ramai juga yang hanya melihat, terus melangkah pergi, mereka fikir kenapa perlu bagi duit kepada mereka ini, entah entah ini semua ada geng mereka sendiri, satu group pasar malam sini, satu group ke food court sana. Sindiket mencari wang secara mudah ini ada di mana mana.

Bagaimanapun kita selalu lupa bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah. Ini adalah hadis nabi. Pertama kali daun mendengar hadis ini di sekolah rendah dulu.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya: ”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

(al-Bukhari)

Kita semua lupa, daun juga lupa, setiap kali melintas di hadapan orang orang yang meminta sedekah sebegini, kita hanya memandang tanpa menyumbang. Sindikit atau tidak adalah persoalan mereka. Menyumbang adalah usaha kita usaha kita untuk bersedekah. Sedekah yang telah dijanjikan ganjaran pahala walaupun sedikit sumbangan kita.

Memberi tidak hanya bermakna menghulurkan wang, sumbangan tenaga juga pertolongan, selepas memasukkan seringgit ke dalam tabung surau, kita menghulurkan tabung itu kepada setiap orang. Bukan semua orang sanggup tebal muka mengutip derma macam ni, ataupun apabila kawan kita meninggal kita rela hati mengutip derma satu pejabat, itu juga sumbangan, kita tangan yang di atas.

Di rumah kita mesti ada barang yang kita beli tetapi tidak lagi menggunakannya lagi, mungkin esok lusa ajal kita sampai, elok juga kita sedekah kan apa yang patut, selagi barang itu boleh memberi manfaat kepada orang lain mengapa tidak kita menjadi tangan yang di atas?

Jika tidak mempunyai apa apa benda atau barang untuk sumbangan, masa, idea atau sedikit ilmu yang kita ada kalau boleh memberi manfaat kepada orang lain apa salahnya berkongsi. Sentiasa berfikir untuk menjadi tangan yang di atas akan mengikis sikap bakhil kita.

4 comments:

  1. sangat setuju. berkongsi idea/ilmu pun sedekah jugak kan?

    aaa...next session register akaun. mana tau sok dah accumulate duit...bile dah byk leh sedekah kat yg memerlukan. mudah2an...

    ReplyDelete
  2. setuju?, tak de masalah... boleh saja

    ReplyDelete
  3. orang memberi lebih baik dr yg menerima :-)

    ReplyDelete
  4. sahrom,
    betul,sama sama la kita berlatih memberi

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan