Tuesday, June 15, 2010

Kita Ketinggalan ?

Ahad lepas daun ke Low Yat, meronda mencari apa apa yang patut, dah beli apa disenaraikan terus balik. Sesungguhnya Low Yat bukan sesuai lagi untuk daun. Semakin hari semakin maju teknologi it ni, tak mampu kita nak mengejarnya. Kebanyakan yang mengunjungi Low Yat adalah orang orang muda, orang orang tua hanya menemani anak dan membuat bayaran saja. Budak budak sekarang memang bertuah celik mata sahaja mereka telah berada di alam it. Zaman kita kita dulu komputer belum lagi begitu meluas penggunaannya, hingga pejabat pos pernah buat iklan yang gila gila hebat, satu rumah satu komputer. Mahu komputer order saja daripada odasaja sdn bhd, sekarang tak tau apa status company tu.

Dua hari ini daun ada course, excel, kalau budak budak sekolah sekarang dengar, mesti  dia gelak. Memandangkan minggu ni daun ada masa free boleh lah meluangkan masa bersama sama sekumpulan orang yang lebih kurang sama dengan daun, kami adalah orang orang yang lembab it hadir untuk belajar, bagaimanapun yang lebihnya makan. Belajar dua hari dengan penuh gelak ketawa kerana kita semua banyak tak tahu dari tahu. Seronok juga ketawa dengan kebodohan sendiri.

Daun memang tabik kepada mereka yang dah pencen tapi masih berusaha untuk belajar di hujung minggu, mereka kerja keras, maklum la bukan senang belajar dengan mempunyai banyak tanggungjawab lain. Ada juga orang yang lebih berumur lagi cepat tangkap berbanding orang lebih muda. Mereka fokus dalam apa apa perkerjaan. Tak banyak menyimpang ke arah lain. Apabila melihat kesungguhan mereka daun rasa sangat ketinggalan. Daun belum lagi pencen tapi daya kesungguhan terkebelakang. Ketinggalan.

7 comments:

  1. saya pun tak pandai IT yang moden2 ni!

    ReplyDelete
  2. daun..samalah kita..akak excel..tak eti lansong..nasib bosnya baik..asal suroh buat..ajarkan..tak jemu2 dia mengajar dan tak pernah marah pun..
    nanti nak buat...lupa lagi..alahai...

    ReplyDelete
  3. salam daun,
    zaman sy sk dulu2 kita ambil kelas belajar menaip konon nya nak jadi kerani mesti pndai menaip. mesti dlm sijil ada trtulis 1 min 40 perkataan.

    tapi skrg zaman IT..mesti tahu komputer...dah x leh ketinggalan.

    ReplyDelete
  4. sonata,
    daun pun sama

    sha,
    kita cuba la ni, gerak perlahan dulu

    k erna,
    memang baik boss tu, kalau garang sah dah lari

    sahrom,
    kita hari hari belajar

    zue,
    daun tak laju mana menaip, ada orang lagi pantas

    ReplyDelete
  5. hari hari menaip kat blog pun..
    masih lagi tak laju..

    muhuhuhuhu

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan