Penjara Pudu yang telah dirobohkan itu banyak menyimpan sejarah. Dulu masa dia dibuka untuk lawatan pada tahun 1997 daun bersama kawan ada pergi melawat. Terasa insaf bila berada di dalam tembuk besi itu. Memang mereka tak jumpa orang lain kecuali warden di situ saja. Waktu melawat pula terhad, banyak peraturannya. Grill pula bukan macam grill zaman sekarang, sangat kukuh buatannya, seolah olah boleh tahan seratus tahun lagi. Bunyi grill dibuka sudah menakutkan. Sangat kuat.
Tandas pula banyak yang terbuka, kalau nak buang air besar terus duduk saja, berbaris di situ. Mandi ada yang pakai kolah besar, cebuk satu, dua, sabun, tiga, empat, lima. Siap. Sungguh cepat. Mereka tidak menikmati kehidupan seperti orang biasa lagi. Tidur di lantai simen gitu memang sangat sejuk.
Daun ada beberapa keping gambar lama, tapi tak ada scanner, gambarnya pula banyak muka daun, memang nampak macam banduan kalau disiarkan di sini. Keputusan untuk menutup penjara pudu dibuat kerana pihak bandaraya terpaksa mengikut arus pembangunan. Adalah tidak sesuai lagi banduan banduan menjalani kehidupan dikelilingi oleh bangunan bangunan tinggi. Mereka boleh melihat bangunan tinggi hanya dengan mendongak kepala. Orang orang sekeliling juga boleh memerhati mereka dari atas. Proses hukuman sudah tidak sesuai lagi di tengah tengah bandaraya.
Pak Man pernah bertugas di penjara ini suatu masa dahulu. Ada pengalaman jaga Ibrahim Kerbau.
ReplyDeleteJom follow Bain layan HDR, yay! ^_^
ReplyDeleteteringat kat BBGS a.k.a Bukit Bintang Girls School..terpaksa jugak dipindahkan kerana terletak di segitiga emas bukit bintang..student kua je trus nampak shopping complex kan huhuhuhu
ReplyDeletehilang sudah 1 lagi tinggalan sejarah
ReplyDeletetijah,
ReplyDeletesejarah pun hilang meninggalkan kita
apa-apa pun saya tak setuju dia di robohkan. boleh di convert jadi macam2. dulu central market juga nak di robohkan. tengok sekarang sudah jadi pasar seni yang tersohor.
ReplyDeleteen al,
ReplyDeletemungkin mereka tak nampak dari sudut itu, mereka nampak lebih banyak untung sahaja