Friday, April 9, 2010

Aku, saya, gua dan mereka

Di sini, kita tak nampak orang, nak membahasakan diri macam ada yang tak kena, ada orang bahasakan diri mereka aku, saya, gua, ikut keselesaan mereka, yang perempuan ada yang lebih selesa bahasakan diri mereka akak, yang lelaki pula, pak cik ramai juga.

Dalam sehari daun membaca lebih kurang 40 entry gitu, tak de la banyak sangat. Kebanyakannya daun baca sepintas lalu, maklum masa terhad. Ada beberapa entry daun suka baca dan terus memberi komen walaupun broadband daun tersangat lembab. Orang orang ini daun sudah selesa dengan gaya mereka walaupun kadang kadang mahu saja lempar batu sembunyi tangan mengutuk mereka.  Memandangkan mengutuk itu perbuatan terlarang, daun mengelak mengutuk orang di blog.

Ada orang yang daun baca entrynya separuh jalan, kerana sudah tahu apa episod akhir yang nak disampaikannya. Jimat masa. Gaya penulisannya sudah sebati dengannya biarpun entrynya itu pendek atau panjang. Ada juga orang yang entry tak ada perenggan langsung, daun mudah semput, terus tak baca. Jahatnya.

Kalau tak ada idea nak menulis daun akan baca blog seseorang dari mula sampai akhir, setakat ini baru beberapa orang daun dah habis baca. Perbuatan yang membazir masa kan, tapi rasanya lebih baik dari meronda di jusco yang dah tentu menghabiskan duit.

Daun cuba mengurangkan masa membaca blog tapi sudah banyak kali percubaan ini gagal, mulai sekarang daun akan cuba mengurangkan masa membaca blog di rumah dan akan delete blog yang daun tak dapat nak memberi komen di blog mereka. Haraf maaf.

5 comments:

  1. saya suka mendengar penilaian daun tentang blog saya kerana daun merupakan salah seorang pembaca regular. katalah apa nak kata, saya sedia menerimanya dengan hati terbuka.

    psst..jangan hentam lebih-lebih sangat ye. Jantung pakcik dah tak berapa kuat.

    ReplyDelete
  2. Salam Daun..perlu had kan masa juga untuk keadaan tertentu..utamakan yang lebih utama..

    ReplyDelete
  3. Daun!!...tolong tengok sket..batu yg masuk dlm laman saya ari tuh sape punyer...owgh

    ReplyDelete
  4. aku suka baca n3 ko. byk isi.

    ReplyDelete
  5. sha,
    mana batunya tak nampak pun

    tijah,
    isi apa jah, biasa biasa je ni,
    pssst,
    nanti ko datang kl roger ya

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan