Tujuan utama bukan nak rebut hadiah, sekadar nak suka suka, lagi pun dah lama tak gelak gelak macam ni. Memang tak menang pun, saguhati pun tak dapat. Pertengahan jalan mula terasa keletihannya. Pening, nak muntah, maklum selalu jadi driver hari tu jadi penumpang duduk sebelah. Malamnya memang pancit, memanglah kan dah tetua ni bateri lemah. Lepas aktiviti makan terus tidur. Zzzzzzzzzzzzzzzz sampai pagi. Malas nak join rombongan ronda ronda bandar Melaka malam malam hari, tidur lagi bagus.
Sepanjang jalan dari KL ke Melaka melalui PJ, Cyberjaya, Nilai, Labu dan entah mana mana tempat lagi, tak tahu berapa banyak papan tanda yang terpaksa kita pandang kiri kanan untuk dijadikan jawapan kepada soalan solan berkaitan. Bagaimanapun ketika melintasi papan tanda ini, tarikannya sangat kuat, kena pula masa tu jam 1 tengahari. Perut pula tengah berbunyi, nak berhenti makan banyak lagi soalan yang tak dijawab, bimbang sampai lewat di hotel, nanti kena tolak markah. Terpaksalah dengan hati sayu kita merenung kedai ni dari dalam kereta saja dan salah satu jawapan kepada soalan itu kita letak nama papan tanda ni.
sila abaikan tanda gelap itu
Memandangkan kita tak dapat nak singgah di kedai ikan bakar malim itu pada hari sabtu, maka esoknya kami bertiga membuat treasure hunt sendiri mencari kedai itu on the way balik kl. Sesat sikit sikit akhirnya kami sampai juga ke kedai itu, mana tau nanti balik kl teringat ingat pula kalau tak singgah. Berhampiran epf menghala ke air keruh akhirnya jumpa juga. Bila berjumpa ini jadinya.
pasti tinggal tulang
erkkkkk.. alhamdulillah
Sebelum balik sempat juga merayap di bandar melaka dan sempat juga ke kapal yang tersergam tu, dah lama daun tak ambil angin.
siapa yang tak nampak daun dalam gambar ini mereka
golongan orang baik baik
daun yg tudung pink gambo pertama ke?alamak..nmpaknya sy terkeluar dr golongan org baik2 la ye
ReplyDeleteBest nampaknya ikan bakar kat Malim tu. Saya selalu makan ikan bakar di tempat2 lain yg di tepi laut.
ReplyDeletehehehehe...pandai awak ye utk gamba yg last tuh hee..
ReplyDeletepoasti tinggal tulang...
ReplyDeletememang dasat.. huhuhu
sahrom,
ReplyDeletedaun tiada dalam gambar, harap maaf ada di belakang kamera
yb,
semua tinggal tulang, sampai pun jam 2 lebih memang tengah lapar
finaz,
daun belum bersedia nak bergambar
mana satu, makanan sedap sangat ke awak lapar sangat? saya nampak pokok dan daun2 sekali.
ReplyDeleteaujinz,
ReplyDeletememang betul betul dasat
en al,
dua dua sekali