Ada orang bertanya kenapa lama tak up date blog? Memang semenjak dua menjak ni daun agak busy, baik di office maupun di rumah, kepala pun buntu. Jadi ada baiknya daun berehat seketika, masa untuk berblog tu boleh digantikan dengan masa berangan angan. Jadi untuk kurangkan tekanan, berangan angan di sini juga boleh.
- Pertama, bayangkan duit lebihan cukai daun hari tu rm 46.00 tiba tiba lhdn tersalah cetak menjadi rm 46,000. Mungkin daun akan pengsan bila menerima cek dari lhdn itu.
- Kedua, bolehlah daun teruskan angan angan, duit itu nanti boleh digunakan untuk bercuti.uuuuuuuuuuu memang dah lama daun tak bercuti panjang, mungkin ini lah peluangnya. Mana tempat daun nak pergi. Sini pun ok juga.
- Ketiga, lebihan itu boleh la daun guna untuk beli mesin basuh. Mungkin akan ramai lagi yang heran kenapa rumah daun tak ada mesin basuh, baik beli sekarang. Brand cap ayam pun tak apa asal ada.
- Keempat, boleh juga nanti beli air cond. Itu pun hanya akan diguna bila ada orang datang saja, siapa yang pernah datang mengadu rumah daun tak cukup kipas. Mereka dah biasa duduk dalam air cond mungkin. daun orang kampung tak kisah, panas sikit boleh tahan.
Sudah, sudah...... jangan angan angan lagi, kalau ya pun income tax tersalah cetak, itu duit tidak halal, duit itu bukan kepunyaan kita, sila pulangkan. Sila terima kenyataan lebihan duit income daun hanya rm 46.00 saja dan syukur, syukur kepada tuhan tahun ini daun tak dikenakan income tax. Alhamdulillah.
SELEPAS AWAK BERANGAN-ANGAN AKHIRNYA AWAK KEMBALI KE ALAM NYATA TANPA SESIAPUN YANG MENGINGATKANNYA. INI SUDAH BAIK ...!
ReplyDeleteen al,
ReplyDeletehe he kadang kadang tu elok juga berangan angan gini
semua impian bermula dengan angan2...:-)
ReplyDeletesahrom,
ReplyDeletekadang kadang angan angan itu terlebih lebih
boleh ar kang beli pizza kekah kat member member..
ReplyDeletesalam daun,
ReplyDeletehehehheh..
best best
berangan2 mmg best
free je tak kena bayo kan
ekekekek...
sihat ke tuh?
azman,
ReplyDeletepiza? boleh saja
blue,
daun sihat, he he