Tuesday, April 6, 2010

Bagus ke sana?

Pada 1 April lepas genap setahun daun bekerja di sini. Macam cepat saja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun. Apabila kita melangkah ke tempat baru, macam macam perasaan ada. Seronok, takut, gembira, kompius dan kepala penuh tanda tanya. Betul ke keputusan yang kita buat ni? Kita juga akan di tanya oleh orang orang sekeliling macam macam soalan?

Orang company baru akan tanya:
  • Kenapa datang sini?  Mesti gaji tinggi.
  • Company dulu tak best ke?
  • Sapa tipu u datang sini?
  • Ada kerja kosong tempat lama?
Orang company lama akan tanya:
  • Best tak kerja sana?
  • Baik ke boss nya?
  • Increment bagus ke?
  • Ada kerja kosong tempat baru?
Kesimpulanya. Mana pun kita pergi orang masih tanya soalan yang lebih kurang sama. Orang tukar kerja kerana  macam macam sebab seperti jarak dari rumah, gaji lebih, benefit banyak, boss baik, kawan sekepala, tempat makan sekeliling dan lain lain. Pada daun kalau kita suka satu satu tempat kita akan tinggal lama di situ,walaupun gajinya ciput. Kalau kita dah mula bosan kita akan mula mencari tempat lain, cari kelainan, jumpa orang baru, tempat baru, boss baru dan cabaran baru.

6 comments:

  1. pada saya kepuasan bekerja itu yang penting..gaji jatuh no 2 kecuali pada yg baru graduat umur 25 kebwh mereka akan terlalu memikir gaji..tapi, mcm umur sy..gaji tue dh tak brp penting tetapi lebih kepada keseronokan bekerja..brp byk gaji pun takkan cukup krn kehendak kita tak terhad..bagaimana menguruskannya? itu yg penting...

    ReplyDelete
  2. untungnya orang kerja swasta ..
    dengan kerajaan tukar tempat kerja bolehlah.

    ReplyDelete
  3. sahrom,
    betul tu, dah tua tua ni cukup makan kira ok la, sekarang selera pun lain tak macam muda dulu

    en al,
    orang kerja kerajaan lagi banyak benefit, dengki kita

    ReplyDelete
  4. standard la.. Orang biasanya akan berubah kerana sebab yang mereka rasa selesa...

    Kita memang dah diberi piliha.. Kalau dah pilih sesuatu, angan menyesal, tapi fikir kenapa kita memilih perkara tue...
    hehe

    ReplyDelete
  5. bg saya kerja kalo nak best carik kerja yg kita suka. Bila dah suka konfem kerja jadi TIP TOP, boss pun suka, kengkawan respect, appraisal cun, increment & bonus power dan semua soklan diatas boleh dibuang hehe.. tapi ada satu hal jer yg takleh lari iaitu hasad dengki..konfem ada..

    ReplyDelete
  6. finaz,
    itu memang mana mana pun ada, selagi manusia hidup selagi tu ada sifat dengki. Pedulikan mereka.

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan