Monday, April 19, 2010

Kerja kedua

Hidup di kl ni memang tinggi kos sara hidup berbanding di tempat tempat lain. Melihat kepada gaji posmen hari tu kita terbayang bagaimana mereka boleh menjalini kehidupan dengan kenaikan harga barang barang seperti sekarang. Maka ramai orang terpaksa bekerja di sebelah malam untuk menampung perbelanjaan harian mereka. Ramai yang memilih untuk membuka gerai di pasar pasar malam, menjual burger di taman taman berdekatan atau bekerja di restoran makanan segera.

Pizza Hut contohnya, selepas jam 6 petang biasanya ramai budak budak hantar piza yang kerja malam ni melapur diri, kebayakannya kerja memang nak menambahkan pendapatan, di samping tu dapatla makan free. Tiba tiba teringat daun masa muda muda dulu. Masih ingat lagi nombornya 7552525, sekarang tak pakai lagi nombor ini untuk order pizza, sekarang dah boleh order online. Kerja di tempat fast food gini memang seronok, kawan ramai, makan minum free, kerja sambil gelak ketawa tak ingat dunia. Pula rangkaian fast food ni berdekatan, dah muak makan pizza, order kfc dari jiran seberang jalan atau pun Mc D yang berdekatan. Zaman dulu dulu kita guna barter trade. Sekeping pizza besar bersamaan dengan 8 Mc Chicken gitu. Trade ini berlaku tanpa pengetahuan boss.

Bagaimanapun bekerja di fast food restoran gini tak sepenat berniaga di pasar malam, kebanyakan yang berniaga di pasar malam terpaksa prepare lebih awal. Kena beli barang barang dulu, susun barang, kemas barang satu hal lagi, contoh orang yang berniaga air yang macam macam jenis warna tu, modal tak seberapa sangat tapi untungnya banyak. Kalau musim panas memang laku, sekejab air semua dah habis. Kalau musim hujan pula yang tak habis tu tuang kat longkang saja. Nak bawa balik tak berbaloi, buat berat kereta saja. Balik rumah pula kena basuh dulu semua bekas tu, nanti bersemut.

Mereka ini memang kerja keras untuk mendapat pendatapan lebih. terpaksa berjaga malam, tidur beberapa jam sahaja, esok pula nak ke pejabat seperti biasa. Pasar malam sekurang kurangnya jam 11 malam dah clear, semua orang dah balik. Bagi yang bekerja di pasar lewat malam lagi teruk, seperti di Down Town Cheras atau di pasar seumpamanya di Setapak atau Kota Damansara sana, jam 10 baru nak mula, habisnya jam 3 pagi. Esoknya kerja seperti biasa, memang sah akan mengantuk di sebelah pagi tapi bagi yang dah biasa mereka tak kisah. Cari makan punya pasal mereka sanggup berjaga malam. Daun tak sanggup berjaga malam macam ni, tabik kepada mereka.

10 comments:

  1. kl mmg tinggi cost of livingnya. tapi lubuk rezeki jugak tu. maklum la umatnye ramai yaamat kan.

    ReplyDelete
  2. betul tu jah, ada orang kerja sikai je tapi business yang lain kencang,

    ehhh, ko belum tidur lagi jah

    ReplyDelete
  3. salam..

    mmg kos living tinggi
    ada keta pun, kena bayo tol, paking blabla..
    baik duk umah jerk lalalal..

    beli makan kat luar kurang2 7 8 henggget
    last2 masak je la simple2 lauk telo
    sardin cap ayam pun mahal
    lallaal...

    gaji 4 riban pun
    tolak keta, umah, mak ayah, itu ini bils blabla

    tinggal ciput
    huwaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. kl lubuk rezeki..semua ada..mak bapak je yg takde..

    ReplyDelete
  5. biru,
    syukur la ada juga 4 ribu, banyak tu he he

    sahrom,
    orang rajin banyak la rezeki, orang malas makan apa yang ada saje

    ReplyDelete
  6. baru tringat nape saya brenti keje dulu... Niaga sendiri lebih baik dari byk segi:

    1. remuneration makin hari makin ummphh!
    2. belonging of assets
    3. profit sendiri punya hehe..
    4. keja separuh mati pun takper sebab company sendiri punya so berbaloi
    5. dan yg paling penting - satisfaction!

    ReplyDelete
  7. finaz,
    daun belum sampai seru lagi nak kerja sendiri, masih makan gaji, mungkin tunggu sampai pencen,...oh tidakk

    ReplyDelete
  8. Kawan dulu pernoh bawa teksi sapu tak ada permit..puas juga berhambat dengan polis kehulu dan hilir..nak tampung kos sara hidup terpaksa..

    ReplyDelete
  9. daun

    saya ni rasanya jadi cikgu sampai pencen je la..
    semangat meniaga takde

    ReplyDelete
  10. releven,
    daun suka baca pengalaman sebegini, nanti boleh kongsi sama kita

    kl,
    cikgu ok apa banyak side income tu

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan