Sehari sudah kita berpuasa, semalam daun sempat singgah di pasar ramadhan berdekatan rumah, alhamdulillah office daun membenarkan kita balik setengah jam awal, tapi macam mana nak balik kalau kerja belum habis lagi, kena juga tunggu jam 5, siap solat asar baru boleh berlumba dengan mereka yang juga balik awal. Cuaca pun baik kalau tidak jangan harap dapat berbuka puasa di rumah, selalunya azan berkumandang di tengah jalan.
Di pasar ramadhan terlalu ramai orang hingga nak tengok pun tak nampak apa, nak berjalan pun sesak. Daun telah menetapkan undang undang yang sama seperti juga tahun tahun lepas:
- Jangan membeli lebih dari 2 jenis kuih. Semalam beli satu saja.
- Jangan membeli lauk lebih dari 2. Semalam beli satu saja.
- Jangan membeli apa apa air yang berwarna warni di kedai. Tak beli apa pun. Daun memang pantang minum ais di bulan puasa. Minum air buat kat rumah saja.
jangan beli nanti kenyang tak makan
Peringatan juga
- Selalu ingat apa yang ada kat rumah sebelum membeli, kat rumah dah ada sedikit sebanyak yang boleh di makan dengan segera, roti, kurma dan lain lain. (bunyi macam kedekut )
- Masak di rumah lebih baik. Setelah beli sejenis kuih dan satu jenis lauk terus balik tanpa toleh kiri kanan lagi.
Tidak membazir pun, semua dimakan habis hingga kenyang dan tidur seawal jam 11 malam. Semalam semasa tengahari daun sempat mendengar tazkirah di surau, ustaz kata, syaitan tak dapat menggoda kita bila kita berpuasa tapi akan mengacau kita bila kita kekenyangan. Memang betul, bila dah kenyang tu tak dapat nak buat apa apa lagi. Perasaan malas tiba tiba datang. Selepas cuci baju satu bakul terus mata menjahit jahit. Zzzzzzzz
Selamat berpuasa dan berbuka Daun yer..
ReplyDeleteMakan se ala kadarnya..
samelah kite ..
ReplyDeletehuhuhu..
beli murtabak ngan kuih lepas tue terus balik..
puasa sebulan..
huhuhu
relevan,
ReplyDeleteselamat puasa, semoga baik baik semuanya
aujinz,
bagus la gitu tak membazir
hahaha.. bagus2.. camni rupanya undang2 tu..
ReplyDeletebila sampai raya nti leh jd orang kaya baru ni. hahaha..