Wednesday, August 11, 2010

Puasa dan Makan

Berapa banyak kita boleh makan? Setiap orang ada muatan yang berlainan. Selera yang berlainan. Semalam, sempena menyambut puasa seorang kawan belanja daun di Hotel Equatorial, setelah beberapa kali tangguh akhirnya kita berempat berjaya juga sampai ke hotel yang berdekatan saja dengan office. Kalau bayar sendiri memang tak datang la, tak mampu. Perut daun bukan besar manapun , memang tak sesuai kalau makan buffet.

makan makan dan makan

Sebulan bulan puasa ni semua hotel memang ada promotion buffet ramadhan, dah bertahun tahun tak berbuka kat hotel, semakin kita tua rasa semakin selesa makan di rumah saja. Lain la kalau terpaksa datang sebab orang belanja. Sekali makan semalam 4 orang dah rm 300 ++, itu rm 70++ sorang. Kalau bayar sendiri memang rasa rugi, tapi kalau orang bayar apa nak buat, terima kasih saja. Dua kali round daun dah menyandar.


makan makan makan lagi

Bagi orang yang boleh makan 10 round tak ada masalah, mereka boleh pusing berkali kali. Muatannya besar, boleh kumpul banyak banyak. Mungkin juga mereka boleh memperbesarkan selera bila melihat makanan yang banyak, sama seperti bila kita berpuasa, tengok semua makanan sedap, semua nak beli, semua nak makan. Kalau boleh makan semua ok la, kalau esoknya buang dalam tong sampah, tentu membazir.

Hari ini kita akan lihat ramai orang berpusu pusu balik cepat, berkejar ke pasar ramadhan, baliknya semua jari penuh plastik. Sama seperti tahun tahun sebelumnya.

5 comments:

  1. Salam Ramadhan Daun,
    Dulu selalu jugak berbuka di hotel dengan keluarga tapi atas KELEMAHAN sendiri setiap kali berbuka puasa (buffet) kat hotel setiap kali itulah saya (kami) tertinggal solat tarawikh & ibadat sunat lain sebab tertidur akibat kekenyangan... Allahu Rabbi...
    Alhamdulillah, sekarang dah banyak improvement (harap2 macam tu la...)

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak :)

    ReplyDelete
  3. Abi,
    salam, memang betul tadi ustaz ada cakap, syaitan takut bila kita berpuasa dan dia berani mengacau bila kita kenyang.

    baincardin,
    selamat puasa moga semuanya bertambah baik

    ReplyDelete
  4. untunglah awak perut kecik. saya heran perut saya besar tapi makan tak banyak mana !

    selamat meneruskan puasa.

    ReplyDelete
  5. en al,
    untung la gitu, banyak boleh jimat

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan