Friday, August 13, 2010

Patuhi undang undang

Rata rata kalau masuk blog orang semua cerita pasal puasa dan makan. Apa menu semalam, apa menu hari ni, apa menu esok, semuanya pasal makan makan dan makan. Memandangkan hari ni Jumaat, berdekatan office daun apa pasar siang yang menjual semua benda, kain baju, kasut, makanan dan macam macam lagi. Daun pergi tak sampai setengah jam, selepas beli kek susu kegemaran terus belah. Kalau lama lama pusing kan banyak pula benda yang berkenan. Bukankah undang undang (rekaan sendiri) mengatakan beli tidak lebih dari dua jenis kuih saja sehari.

Ini juga kesukaan.

Dua hari berpuasa ni belum ada lagi kuih atau makanan yang masuk tong sampah, semuanya habis licin. Semalam pun hanya beli sejenis kuih sahaja, tepung pelita.  Lauk pun sejenis saja, jangan banyak banyak, balik rumah tambah apa apa yang patut, sayur balik masak sendiri ( kedekut ke?) Sayur sayur yang kat kedai ni kadang kadang cincai je dia orang masak, tambah tambah sayur berdaun. Ada lagi rasa berpasir kalau tak basuh bersih.

Bukan semua orang yang menjual di gerai tu berniaga setiap hari, ada yang berniaga bila bulan puasa saja atau itulah pertama kali mereka berniaga.  Masak ala ala kadar saja, sedap tak sedap habis juga, ramai orang yang tak sempat sampai rumah sebelum maghrib terpaksa la beli. Ada juga orang yang setiap hari beli kedai, tak kira sempat ke tak sempat sampai rumah sebelum azan, bulan puasa dapur tutup.

Memandangkan daun telah menetapkan undang undang jangan membazir di bulan puasa, maka daun tidak meronda pasar ramadhan dari hujung ke hujung. Cukup setakat beli satu dua balik. Jangan toleh toleh, esok kan boleh datang lagi.


7 comments:

  1. sama la kita. masak 1 lauk, 1 sayur...dah. kuih beli sejenis. cuma hr ni beli sbb cem nak mkn nasi tomato.

    ReplyDelete
  2. salam daun..
    tepung pelita memang best lebih-lebih lagi yang ada sengkuang cina sikit kat dalamnya...

    eh...lambat lagi ke buka... (sambil tengok jam..)

    (camana boleh dapat nama 'tepung pelita' tu...? pelik jugak kan...)

    ReplyDelete
  3. jah,
    nasi tomato? belum ada lagi ye dalam list ko?

    abi,
    yang ada sengkuang tu kuih tako, itu pun best juga rupanya memang nak sama dengan tepung pelita

    ReplyDelete
  4. la kuih tako ko...
    totingga keto-api rupa'ea eseh nie...

    seghupo yo ghoman'ea...hihii

    terimokasih daun...

    (dpt ilmu baru hari ini...)

    ReplyDelete
  5. hahaha.. bagus betul undang-undang tu. leh jd ikutan ni.

    tapi kan, kalau orang tu baru pertama kali meniaga, kebiasaannya sedap. tapi hari-hari selepas tu mesti akan terkurang kat mana2. ke cmna?

    suka tepung pelita! lama seyh x makan.. cam mengidam plak.

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan