Thursday, August 5, 2010

Susahnya berdisiplin

Hari ni 5hb, bila dah bayar hutang hutang semua ada la tinggal ciput je duit, dua ari lepas radiator pula rosak, keta yang dah tua memang gitu, kalau cakap kat orang, mesti dia orang suruh tukar keta baru. Ini memang sengaja nak menghancurkan niat daun untuk menyimpan.  Setiap kali kita nak memulakan untuk menyimpan duit ada saja halangan yang datang.

kalau tak tukar kan harus berasap tengah jalan

Itu adalah salah satu contoh alasan alasan yang kita berikan bila kita gagal ke bank untuk menyimpan duit. Halangan untuk menyimpan ini datang bila bila masa, ada masa dia datang sebelum gaji lagi.  Orang yang gagal dalam berdisiplin memang akan berkata begini :

Macam mana nak simpan duit? Baru nak simpan je ada saja benda yang perlu dibayar.

Memang susah nak menabung seperti tabungan paksa macam epf tu, dapat gaji memang dah bersih. Daun pernah juga tanya kat bank kalau buat standing instruction berapa pula charge? Kalau satu transaction rm 5, setahun dah rm 60, rugi tu bayar kat bank rm 60 buta je. Kalau buat quarterly, rm  20 je, tapi jauh sangat jaraknya, berapa pula nak simpan sebulan. Kalau simpan sendiri, memang alamat setiap bulan ada saja alasan tak dapat simpan. Sampai hujung tahun depan pun belum tentu boleh mula.

Disiplin memang payah, kecuali ada semangat yang kuat, orang lain simpan dulu sebelum belanja, kita amalkan terbalik, belanja dulu dah nak habis baru teringat nak simpan. Macam mana?

10 comments:

  1. mmg tu lumrah cik daun.. ada je halnya. kena bersemangat waja nk buat benda2 baik ni ;)

    ReplyDelete
  2. masalah sejagat ni...

    terbaru dari saya : sindrom anai-anai

    ReplyDelete
  3. salam daun..citer daun serupa mcm nasib sy juga..kerja dpt gaji utk bayor utang.
    keta sy pun tgn brmasalah gak..huhuhu..ni cadang2 nak tukar engine je..

    ReplyDelete
  4. ain,
    memang susah nak mula, dah mula berhalangan pula

    kl,
    sama sama kita usaha

    zue,
    ramai orang gini, bukan kita saja

    ReplyDelete
  5. susah kannnn? tapi kena jugak. kena kuatkan iman. kena jahuhkan diri dr sopingkompleks tapi dekatkan diri kat investment bank. hehehe

    ReplyDelete
  6. jah,
    daun shopping pasar malam je

    ReplyDelete
  7. Nak cuba mendisiplinkan poket pula ni..

    ReplyDelete
  8. Salam Jumaat :)

    Mcm mana nak dpt kawalan Malaikat? Jom kita hatinya! ^_^

    ReplyDelete
  9. ar ar
    tu la pasal
    susah nak menabung tapi alah bisa tegal biasa
    simpan jer sikit2 dan kuatkan hati dari godaan nafsu

    P/S : Entry 18SG : Ayam Nih Tak Masak Lagilah! Aku Gigit Tersembur Darah Ayam Nih!

    ReplyDelete
  10. releven,
    ini la perkara yang paling susah nak buat

    hans,
    tabik pada mereka yang ada disiplin ni

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan