Sunday, August 15, 2010

Tidur di waktu pagi

Semalam hari Sabtu, seperti hari hari sebelumnya daun bangun sahur jam 5.00.  Panas apa apa yang patut, makan apa yang ada. Selepas subuh setelah selesai urusan cuci mencuri, mata mula layu, bantal macam memanggil manggil. Jam baru 8.00 pagi, apa lagi terus melelapkan mata, hari kerja memang tak ada peluang ni. Petang kita bergegas balik, paginya bangun lebih awal. Ini masa untuk balas dendam. Tup tup terjaga jam 11, memang merugikan. Ada juga daun terbaca, tidur di waktu pagi memang tidak baik, kita akan jadi malas dan tidak bersemangat. Waktu pagi sepatutnya dimanfaat dengan macam macam aktiviti lain bukan tidur.
macam memanggil manggil

Hari ini selepas urusan cuci mencuci selesai daun cuba untuk tidak tidur, selepas merayau rayau blog orang ,  terlena juga ketika menonton ceramah di tv. Tak lama, tak sampai sejam. Ha ha. Susahnya melawan panggilan bantal ni.

6 comments:

  1. kadang2 tu, takde nak tido pun mata, tp bila dh pekena bantal kat kepala, nak je lelap kan.. hahaha

    pernah gak terdengar yg kata tdo pagi time matahari naik ke tengahari ni tak bagus..

    ReplyDelete
  2. Kalau dah ngantuk tidur ajelah bila ada peluang. Bukan setiap hari boleh buat mcm tu.

    Yang elok tidur lepas Zohor. Niat nak bangun qiamulail dan bersahur.

    ReplyDelete
  3. kalau tidur selepas zohor dan bangun b4 asar ok kan

    ReplyDelete
  4. hans,
    tidur tengahari lebih baik kurang sikit terbabasnya, he he

    ReplyDelete
  5. asada,
    memang bulan puasa ni asyik mengantuk je tambah kalau hari cuti

    yb,
    itu lama sangat yb tidurnya sampai niat sahur

    sharinginfo,
    itu memang bagus, segar sikit badan he he

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan