Tidur petang bukanlah hobi daun. Ada orang pantang ada masa luang terus berdengkur walaupun di kerusi pejabat, dalam lrt, dalam kereta, menunggu di kaunter bank dan di mana mana. Mereka begitu mudah menutup mata dan mengeluarkan bunyi dengkur yang tak merdu. Ada orang, lepas lunch, tidur adalah wajib, ada juga orang, balik kerja sempat lagi lena sekejab. Tidur di siang hari keutamaan bagi mereka.
Mungkin disebabkan jadual daun pada hari isnin sekarang padat, maka hari ahad daun perlukan rehat. Hampir lupa esok adalah cuti wilayah, bolehlah daun bangun lewat setengah jam. Tak perlu tergesa gesa. Selalunya kalau hari kerja daun dengan sendiri akan bangun awal, manakala kalau hari cuti body clock daun agak kurang berfungsi, bantuan alarm clock perlukan dan diletakkan dalam jarak yang tak tercapai oleh tangan.
Entah mengapa daun akan terjaga awal sebelum orang azan. Dulu di zaman jahiliah, semasa daun tinggal di Kampung Baru, masjid dan surau sekeliling, suara orang azan sambung meyambung serentak dari surau surau dan masjid berdekatan, malangnya daun tidak terjaga, daun hanya terjaga bila alarm clock berbunyi. Begitu juga bila daun tinggal di rumah lama, surau dan masjid juga dekat, azan begitu kuat tapi daun hanya bergantung kepada alarm clock, bunyi je alarm, daun akan terjaga. Malang kan.
Suatu hari di rumah lama daun bangun pagi kerana jalan jalan akan di tutup di sekitar KL atas sebab sebab tertentu, semua orang berlumba keluar awal, sebelum subuh sudah ready pakai baju. Baru daun sedar kuatnya bunyi azan di kawasan itu. Sesampai saja di office daun cerita pada kawan kawan betapa kuatnya azan di kawasan rumah daun yang mana sebelum ni ini daun tak pernah sedar. Kawan daun gelak kuat katanya telinga daun di tutupi syaitan, daun tidak kecil hati, tapi suara perlinya itu masih terngiang ngiang hingga sekarang.
Agaknya selari dengan meningkatnya usia syaitan itu semakin hilang di telinga.